Pages

Wednesday, June 20, 2007

Raifal M-16



Raifal Colt M16 berasal dari Amerika Syarikat, dikeluarkan oleh firma Colt Firearms, berkaliber 5.56 mm. M16 direkacipta oleh Eugene Stoner berdasarkan ciptaan ArmaLite's AR-15 dan penambahbaikan serta permodenannya dilakukan oleh Colt bermula pada pertengahan abad ke 20.

Raifal ini digunakan sebagai senjata tempur utama oleh infantri Amerika pada tahun 1967. M16 juga turut digunakan oleh 15 negara NATO dan lain-lain negara kecuali Russia dan negara-negara blok komunis.
Raifal M16 mula digunakan dengan secara meluas oleh AS pada 1965 iaitu semasa era perang vietnam. Senjata ini mempunyai keupayaan tembakan secara semi-automatik dan juga automatik, kadar tembakan ialah 700 ke 900 pusingan / minit. 

Berat senjata ini hanyalah 3.9 kg termasuk magazin. Pada 1980an M16 telah menggunakan peluru standard NATO iaitu 5.56mm. Raifal ini dicipta dari bahan besi, aluminium dan plastik komposit.

Menggunakan sistem penyejukan udara atau air-cooled, beroperasi dengan sistem gas, menggunakan kelopak berkapasiti 30 butir, dan menggunakan bolt berputar. 



Versi M16

M16 telah mengalami evolusi disepanjang penggunaannya, terdapat beberapa variasi seperti M16A1/A2/A3/A4 dan juga M4 Carbine yang mana bakal menggantikan M16A2 didalam inventori tentera AS.

Sebanyak 8 juta laras M16 telah dikeluarkan untuk kegunaan tempatan dan juga dieskpot. Selain Amerika Syarikat sebagai pengguna utama, raifal ini juga digunakan oleh 73 buah negara lain termasuklah Malaysia.

Malaysia mula menggunakan senjata M16 yang terdiri daripada versi M16A1 pada tahun 1976 melalui program PERISTA dan digunapakai sehingga tahun 2000

Disuatu ketika M16 adalah merupakan senjata tempur utama bagi ATM sebelum perananya digantikan sepenuhnya oleh Steyr AUG sebagai raifal tempur utama.