Pages

Tuesday, April 26, 2016

DSA 2016: NGPV-LCS PERTAMA OLEH BOUSTEAD PADA 2019

Imej SGPV-LCS berdasarkan rekaan kelas Gowind
Penghantaran batch pertama 3 buah kapal seberat 3100 tan  kepada TLDM oleh Heavy Industries Corporation Boustead (BHIC) dijadualkan bermula pada tahun 2019.  

Jurucakap BHIC berkata, reka bentuk struktur badan kapal untuk kapal pertama telah selesai dibina.
Walau bagaimanapun, reka bentuk untuk sistem dan peralatan lain sedang berjalan, difahamkan bahawa sebahagian besar daripada ini akan dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.  

Jurucakap itu juga turut mengakui terdapat cabaran dalam reka bentuk kapal tersebut (contohnya, menggabungkan pelancar peluru berpandu), dengan ini ia menjadi kapal yang paling kompleks yang pernah direka oleh BHIC.'

Kerjasama diantara pihak BHIC dan DCNS dikatakan berjalan dengan baik dan pembinaan LCS yang berdasarkan rekabentuk korvet kelas Gowind (DCNS), sedang berjalan dengan lancar serta berada pada landasan yang betul.

Monday, April 25, 2016

DSA 2016 : PESAWAT HAWK Mk108 & Mk208 TUDM DI NAIK TARAF.

Pesawat Hawk TUDM Mk108 dan Mk 208

MENAIKTARAF PESAWAT HAWK TUDM

AIROD telah menandatangai perjanjian kerjasama (MOU) bersama BAE Systems dalam menaiktaraf sistem avionik pesawat Hawk TUDM di DSA 2016.

Kerja penaiktarafkan akan melengkapkan pesawat Hawk Mk108 dan Hawk Mk 208 TUDM dengan teknologi terkinin dan menjamin pesawat untuk terus relevan serta memenuhi keperluan operasi di masa hadapan.

Pihak BAE Systems akan bertanggungjawab dalam rekabentuk, membina dan persijilan sistem pesawat dan pihak AIROD akan bertanggungjawab dalam mengintegrasikan sistem dalam pesawat.

Program ini akan mengambil masa 3 tahun dan bakal dilaksanakan di Malaysia.

MOU antara AIROD dan BAE Systems akan mengukuhkan dan mengembangkan lagi kerjasama kerja antara kedua-dua syarikat untuk tempoh jangka masa panjang dalam penyelenggaraan pesawat berkenaan.

Ini bagi menjamin kesediaan dan keupayaan pesawat TUDM sentiasa dalam keadaan tahap operasi yang tertinggi.


Sumber dari
Malaysia Military Power (MMP)

Tuesday, April 19, 2016

KERETA KEBAL CHINA TYPE 69/79

Type 69 kereta kebal milik China
Type 69 kereta kebal utama Tentera Republik Rakyat China yang dibina berdasarkan rekabentuk kereta kebal Soviet T-55 dan merupakan versi yang lebih baik daripada kereta kebal utama China Type 59, dengan peningkatan dari segi meriam dan sistem automotifnya.  

Merupakan kereta kebal yang agak murah dan mudah untuk beroperasi tetapi mempunyai reka bentuk yang ketinggalan zaman mengikut piawaian kereta kebal moden.

Pembikinan Type 69 ini merupakan percubaan pertama China untuk mereka bentuk kereta kebal utamanya (MBT) sendiri.

Wednesday, April 13, 2016

CHINA TEMPATKAN RADAR DAN PELANCAR PELURU BERPANDU DI KEPULAUAN PARACEL

Pulau Woody /Yongxing Island
China telah menempatkan peluru berpandu jarak jauh anti-pesawat di sebuah pulau dipertikaikan di Laut China Selatan  juga dituntut oleh Taiwan dan Vietnam, laporan media hari ini sebagai berkata, walaupun  Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menggesa "langkah-langkah ketara" untuk menyelesaikan pertikaian wilayah di rantau-yang kaya dengan sumber

Fox News melaporkan, Imej satelit menunjukkan dua bateri lapan  pelancar peluru berpandu permukaan-ke-udara HQ-9 serta sistem radar di Pulau Woody, sebahagian daripada rantaian Paracel Island di Laut China Selatan,

Menurut imej setelit, pantai di pulau itu kosong pada 3 Februari, tetapi peluru berpandu telah kelihatan oleh 14 Februari. Diberitakan peluru berpandu tersebut tiba sejak beberapa minggu yang lalu.