Beretta ARX-200 dengan udi boleh dilipat |
Beretta ARX-200 senapang automatik telah direka oleh syarikat terkenal Itali iaitu Beretta atas permintaan daripada tentera Itali.
Pembangunan senjata ini adalah bertujuan sebagai pesaing secara langsung kepada rifal infantri moden berukuran 7.62x51mm / juga rifal untuk Pasukan Khas seperti FN SCAR-H, HK 417 atau MKE MPT-76.
Beretta ARX-200 akan menggantikan ARX-160 5.56mm sebagai senapang serangan dalam perkhidmatan dengan tentera Itali, dan akan ditawarkan untuk eksport.
Dari segi rekaan luaran Beretta ARX-200 adalah serupa dengan ARX-160 tetapi saiznya lebih kecil sedikit daripada ARX 200 dan rekaan dalaman juga berbeza antara keduanya.
Beretta juga ada menghasilkan ARX-200 DMR iaitu senjata khas untuk penembak tepat (Marksman rifle) dengan berel yang lebih panjang dan semi-automatik trigger.
Beretta ARX-200 senapang automatik menggunakan kendalian gas serta menggunakan omboh gas strok pendek dengan regulator gas manual.
Bahagian ARX-160 yang dileraikan |
Berel nya boleh dikeluarkan untuk penggantian atau penyelenggaraan, tetapi prosedur ini memerlukan ARX-200 dileraikan dengan menggunakan peralatan khas untuk membukanya.
Senapang ARX-200 ini dilengkapi dengan bahagian udi yang boleh dilipat, stock polimer boleh laras, integrated Picatinny rail pada bahagian atas receiver, dan KeyMod forend modular.
Magazin peluru yang diperbuat daripada polimer mampu diisi sebanyak 20 butir peluru.
Spesifikasi Beretta ARX-200
Kaliber = 7.62 x 51mm (standard NATO)
Panjang rifal (mm) = 730 / 890-1000
Panjang Berel (mm) = 408 mm
Berat = 4.5 kg
Kapasiti magazin = 20 butir peluru
Pengoperasian = Kendalian gas (gas operated)
sumber
world.guns.ru