Pages

Thursday, March 29, 2018

EKSESAIS PERANG TIOMAN UJI TAHAP KESIAGAAN TLDM

Eksesais Perang Tioman siri kedua tahun 2018 : foto Air Times
Tioman, 23 Mac – Eksesais Perang Tioman yang diadakan di perairan Laut China Selatan selama dua hari bermula semalam berjaya menguji kemampuan dan tahap kesiapsiagaan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Eksesais yang diketuai sendiri oleh Panglima Markas Wilayah Laut Timur 1 (MAWILLA 1) Laksamana Muda Datuk Mohamad Adib Abdul Samad itu melibatkan tiga aset di permukaan TLDM iaitu KD Terengganu, KD Laksamana Hang Nadim dan KD Ganyang dengan kekuatan lebih 200 anggota dan pegawai.

Laksamana Muda Mohamad Adib berkata latihan seperti itu perlu diadakan dari semasa ke semasa untuk menguji kecekapan anggota-anggota TLDM baik segi ilmu di laut dan juga dari segi ilmu peperangan maritim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Eksesais Perang Tioman siri kedua tahun 2018.

Menurutnya untuk operasi menyelamat, kapal TLDM yang dipanggil kapal petugas tempatan sentiasa bersedia 24 jam di pangkalan untuk melaksanakannya sebaik mendapat permohonan mahupun maklumat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dalam masa yang sama latihan perang selama dua hari itu turut diisi dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Pulau Pemanggil dan Pulau Aur.

Menerusi program capaian itu, TLDM turut memperkenalkan Program Rakan Maritim (Rakam) dan aplikasi K3M (kesedaran, keselamatan, komuniti maritim) kepada penduduk di kedua-dua buah pulau itu dalam usaha mengurangkan kejadian jenayah di laut.

sumber : Air Times

 

CHINA UJI KERETA KEBAL TANPA PEMANDU

Video yang di siarkan menunjukkan seorang tentera mengawal kereta kebal Type 59  dari terminal komputer
BEIJING 21 Mac - China menguji kereta kebal tanpa pemandu yang canggih boleh dilengkapi de­ngan kecerdasan buatan.

Stesen televisyen negeri me­nyiarkan beberapa gambar ke­re­ta kebal tanpa pemandu itu yang menjalani sesi ujian ming­gu ini.

Rakaman tersebut menunjuk­kan bagaimana kereta kebal Jenis 59 itu dikendalikan dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh.

Menurut akhbar Global Times, itu adalah kali pertama kereta kebal tanpa pemandu buatan China dipamerkan kepada orang awam.

Akhbar tersebut melaporkan, kereta kebal itu direka berdasarkan model kereta kebal lama Soviet T-54 yang pertama kali digunakan di China pada 1950-an.  

Kereta kebal ini telah dihasilkan pada tahun 1958 dan ia telah digunakan dalam perkhidmatan tentera China pada tahun 1959, dengan siri pengeluaran bermula pada tahun 1963.

Peralatan perang canggih itu dihasilkan dalam jumlah yang besar kerana mempunyai hayat perkhidmatan yang panjang.

“Sejumlah besar kereta kebal Jenis 59 tersebut boleh ditukar kepada kenderaan tanpa pemandu jika dilengkapi dengan kecerdasan buatan

“Kereta kebal canggih itu dapat beroperasi dengan peralatan tanpa pemandu lain, mengintegrasikan maklumat dari satelit, pesawat udara atau kapal selam,” kata Ketua Pengarang Ke­re­ta Kebal dan Kenderaan Berperisai, Liu Qingshan.

China semakin giat menjalankan program pemodenan angkatan bersenjatanya, termasuk membina pesawat pejuang dan kapal terbang baharu, ketika Presiden Xi Jinping meningkatkan usaha memperluas kuasa negara ini. 

sumber: reuters



Monday, March 26, 2018

USS CARL VINSON BUAT HUBUNGAN BEIJING-WASHINGTON SEMAKIN TEGANG

Kapal pengangkut USS Carl Vinson dihantar Washington meronda di laut China Selatan
BANGKOK - Sebuah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) memulakan rondaan di Laut China Selatan, semalam di tengah-tengah ketegangan Wa­­shington-Beijing berhubung per­tikaian laluan laut dan kebimbangan perairan itu akan menjadi topik utama perdebatan antara kedua-dua negara di bawah pentadbiran baharu AS.

Rondaan oleh Kapal USS Carl Vinson itu jelas menunjukkan ‘kedegilan’ Washington berhu­bung amaran Beijing pada Rabu lalu de­ngan meminta AS tidak mencabar kedaulatan negara terbabit di Laut China Selatan.

Menurut kenyataan Tentera Laut AS menerusi akaun Facebook milik pasukan itu, kapal kelas Nimitz, USS Carl Vinson memulakan operasi rutin membuat rondaan di Laut China Selatan, semalam.

Menurut Komander Grup Pe­ngangkut Pesawat (CSG) 1, Tentera Laut AS, Laksamana Muda James Kilby, latihan sejak beberapa minggu lalu di Lautan Pasifik berjaya meningkatkan keberkesanan kesediaan kumpulan itu.

“Kami tidak sabar untuk me­nunjukkan kemampuan itu dan pada masa sama mengukuhkan hubungan kuat dengan negara sekutu, rakan kongsi dan rakan kami dari rantau Asia Pasifik,” katanya.

Pergeseran antara AS dan China berhubung perdagangan dan wilayah di bawah pentadbiran Donald Trump meningkatkan kebimbangan Laut China Selatan akan menjadi pusat tumpuan pergolakan kedua-dua negara.

China menamatkan latihan ketenteraannya di Laut China Selatan kelmarin, satu latihan yang turut melibatkan penggunaan pesawat pengangkut Beijing yang membuatkan negara penuntut sedikit gentar dengan kelebihan China.

Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam turut mengemukakan tuntutan bertindih ke atas perairan Laut China Selatan.

Sementara itu, CNN melaporkan, dalam sidang akhbar pada Rabu lalu, Kementerian Luar China memaklumkan tentang rancangan AS untuk meletakkan kedudukan USS Carl Vinson di Laut China Selatan selain memberi amaran kepada Washington agar tidak mencabar kedaulatannya.

“Kami mendesak AS agar tidak bertindak sedemikian. China menghormati dan menjunjung tinggi kebebasan berlayar di Laut China Selatan dengan negara-negara a­sing ‘menikmatinya’ mengikut undang-undang antarabangsa.

“Tetapi (kami) menentang cu­baan atau usaha mana-mana negara untuk ‘melemahkan’ kedaulatan dan keselamatan China di atas nama kebebasan tersebut,” jelas jurucakap kementerian terbabit, Geng Shuang.

Sebelum ini, Washington meng­­kritik usaha Beijing membina pulau buatan dan kemudahan tentera di kawasan pertikaian di Laut China Selatan.

Washington juga melahirkan kebimbangan China bakal me­ngenakan sekatan sebarang pergerakan di perairan berkenaan.

Dalam pada itu, laman sesawang America’s Navy melaporkan, selain Kapal USS Carl Vinson, operasi rutin tersebut turut melibatkan Kapal USS Wayne E. Me­yer, kapal pemusnah peluru berpandu dari kelas Arleigh Burke dan pesawat daripada Carrier Air Wing (CVW) 2. –

Sumber : Reuters

Thursday, March 22, 2018

KERETA KEBAL TYPE 90 (KYU-MARU)

Type 90 (Kyu-maru) kereta kebal generasi ketiga buatan Jepun
Kereta Kebal generasi ketiga Type 90 Kyū-maru (90 式 戦 車 Kyū-maru-shiki-sensha) dihasilkan untuk menyaingi kereta kebal tempur utama yang paling terkini di barat, iaitu M1 Abrams Amerika dan Leopard 2 Jerman. 

Dengan penghasilan kereta kebal ini, ianya akan meningkatkan kekuatan unit perisai JGSDF (Japan Ground Self Defense Force) dimana ketika mereka dalam proses melupuskan penggunaan kereta kebal type 61, dan mengurangkan bilangan type 74 yang sedang beroperasi.

Proses reka bentuk Type 90 bermula sebaik sahaja Type 74 dimasukkan dalam perkhidmatan, dengan spesifikasi pertama disediakan pada tahun 1980. Penghasilan rekebentuk ini terjadi kerana, pada anggapan Jepun T-72 adalah sama jika tidak lebih baik dari Type 74 di beberapa aspek.

Type 61 kereta Kebal pertama buatan Jepun selepas era perang dunia kedua
Bahagian Hull type 90 (dikimpal sepenuhnya  dengan keluli RHA Jepun yang berkualiti tinggi ) berbentuk slop dan rata yang setanding dengan kereta kebal sezamannya iaitu M1 Abrams.

Dikendalikan oleh 3 krew iaitu pemandu yang bertempat dibahagian hadapan kereta kebal, penembak di posisi belakang pemandu didalam turet yang dilengkapi dengan unit penglihatan, dengan penglihatan digital 10x pembesaran serta paparan rangefinder dan komander dibahagian kanan dalam turet turut dilengkapi dengan cupola sendiri dan periscopic penglihatan sendiri dengan 3x /10x (pembesaran - waktu siang sahaja).

Krew mempunyai perlindungan penuh NBC (perlindungan nuklear, biologi, kimia) yang terdiri daripada sistem kolektif dengan tekanan lampau dan krew kompartmen dan pengesan automatik kompartmen enjin / pemadam api.

Untuk perlindungan tambahan bom asap (smoke discharges) turut dipasang disebelah kiri dan kanan turet. Berat keseluruhan kereta kebal ini ialah 50.2 tan
 
Tembakan dilakukan dengan meriam Rheinmetall 120mm

Senjata utamanya meriam 120mm sb automatik loader buatan Rheinmetall, Jerman. Ini memboleh ia menggunakan semua peluru standard NATO. Senjata sekunder ialah mesingan ringan 7.62mm coaxial dan mesingan berat 12.7mm Browning M2HB (50 caliber).
 
Type 90 ini di lengkapi dengan sistem kawalan tembakan merangkumi Yttrium-Aluminium-Garnet laser rangefinder (jarak 300 m - 5,000 m ), komputer ballistics 32-bit, sistem pengimejan dan paparan terma yang ditingkat upaya, sistem pencarian automatik (menjejak target yang bergerak atau pegun) dan penstabil senjata yang lebih baik.

Jenis enjin yang diguna pakai ialah Mitsubishi 10ZG32WT, a 10-cylinder, two-stroke cycle diesel yang memberi kuasa 1500hp (kuasa keluaran 1120 kW) dan dipadankan dengan tranmisi automatik Mitsubishi MT1500 ( 4 gear hadapan dan 2 gear undur). Ia memberikan kuasa pecutan pada jarak 200 m pertama dalam masa 20 saat. Kelajuan maksima ialah 70km/jam.

Secara keseluruhan penghasilan kereta kebal ini mendapat kritikan disebabkan beratnya yang mencapai 50.2 tan iaitu lebih berat dari Type 75 (self propelled Howitzer), keadaan jambatan di jepun yang tidak mampu menampung beratnya menjadikanya kurang sesuai untuk dioperasikan di kawasan bandar berbanding dengan model baru iaitu Type 10.

Sejumlah 341 unit kereta kebal ini dihasilkan sepanjang tahun 1990 - 2009.

sumber : Tank Encyclopedia, military-today 

Wednesday, March 21, 2018

SINGAPURA INTEGRASIKAN SISTEM ASTER 30 DENGAN PAYUNG PERTAHANAN UDARANYA

Sistem pertahanan udara Aster 30 dari MBDA
Singapura baru-baru ini mengintegrasikan sistem MBDA Aster 30 dengan payung pertahanan udara negara tersebut, Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen mengesahkan dalam ucapannya kepada sebuah jawatankuasa pertahanan di parlimen pada tarikh 2 Mac 2018. 

"Langit kami akan dilindungi dengan lebih baik oleh sistem senjata maju," katanya. "Kami juga baru-baru ini menambahkan sistem peluru berpandu darat-ke-udara Aster 30 ." Menteri pertahanan tidak menerangkan secara terperinci, seperti jumlah sistem dan peluru berpandu. 

Pada 2013 Menteri Pertahanan Singapura mengumumkan bahawa Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) akan memperoleh Aster 30 Air Defense System untuk membina pertahanan berlapis untuk melawan ancaman di udara. 

"Aster akan membolehkan kita untuk menghadapi banyak ancaman secara bersamaan dan dari jarak yang lebih jauh," kata menteri pertahanan pada tahun 2013, menambah bahawa sistem baru itu akan melengkapkan sistem pertahanan udara jarak dekat Spyder buatan Israel Aerospace Industries (IAI). 

Aster 30 akan menggantikan sistem I-Hawk yang telah lama , yang mempunyai jarak 40 km, yang dikendalikan oleh satu unit, 163 Squadron. 

Lakaran sistem pertahanan berlapis Singapura setelah kemasukan Sistem Aster 30

Peluru berpandu Aster 30 mempunyai motor propelan propelan peringkat pertama yang akan dikeluarkan selepas pelancaran sebelum fasa mid-course guidence.  

Peluru berpandu menggunakan panduan mid-course guidence, dengan update data untuk pembetulan panduan dihantar dari pusat kawalan penembakan yang berada di darat melalui saluran data uplink radar pelbagai fungsi Arabel.

Kelajuan maksimum peluru berpandu Aster 30 adalah 1.4 km / saat. Aster 30 mempunyai keupayaan untuk memintas sasaran di ketinggian dari 50 m hingga 20 km, dengan jangkauan operasi 3 hingga 120 km.

sumber : armyrecognition.com

 

Thursday, March 15, 2018

NAIK TARAF, CHARLIE C-130 DI LENGKAPI DENGAN TEKNOLOGI CANGGIH



Pesawat C-130H TUDM



KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang menaik taraf pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hercules C-130 (Charlie) dan aset ketenteraan lain secara berterusan bagi memastikan ia dilengkapi dengan peralatan serta teknologi yang lebih canggih.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pesawat Charlie digunakan secara meluas di banyak negara malah kerangka pesawat tersebut juga adalah antara yang terbaik.

“Ada peruntukan dalam Bajet 2018 untuk menaik taraf Charlie C-130 dan helikopter Nuri Sikorsky S-61A-4, malah bajet bagi menaik taraf pesawat-pesawat serta aset tentera sebenarnya tidak perlu dituntut kepada kerajaan.

“Jangan hanya satu insiden melibatkan pesawat Charlie dikatakan saya tidak mahu beri fokus kepada pesawat ini, usaha menaik taraf pesawat tentera ini sedang dalam perancangan,” katanya dalam sidang akhbar sempena Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Pesawat penangki US Air Force (KC-130)
Beliau mengulas insiden pesawat Charlie milik TUDM yang membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, pesawat terbabit menghadapi masalah kekaki (landing gear) pesawat yang menyebabkan ia tidak dapat mendarat secara normal.

TUDM sehingga kini memiliki sejumlah 14 pesawat Hercules C-130 di mana 4 buah pesawat ini diubah suai sebagai pesawat pengisi minyak di udara ( aerial refuelling) KC-130H dan selebihnya sebagai pesawat pengangkut.


sumber : Utusan online 


TENTERA DARAT TERIMA ENAM HELIKOPTER MD530G TAHUN INI

MD530G- US
KLUANG - Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) akan memperoleh enam helikopter MD530G secara berperingkat-peringkat mulai pertengahan tahun ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, perolehan itu dilihat sejajar dengan Pelan Pembangunan Army 4NextG yang memfokuskan ke arah kemampuan Tentera Darat untuk beroperasi di dua wilayah secara serentak.

"Enam pesawat buatan Amerika Syarikat itu dilihat mampu meningkatkan keperluan operasi dan kepelbagaian fungsi PUTD pada hari ini seiring dengan transformasi dan arus pembangunan semasa.

"Kita berharap dapat menerbangkan pesawat baharu ini pada hari perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini," katanya kepada pemberita selepas perbarisan Hari Ulang Tahun Pasukan Udara Tentera Darat Ke-23 di Rejimen 881 PUTD Kem Mahkota, di sini sebentar tadi.

Pada majlis sama diadakan  Penganugerahan Beret Kehormat PUTD kepada Panglima Tentera Darat yang disempurnakan oleh Pengarah PUTD, Kolonel Yazid Yusof.

Zulkiple turut menyempurnakan acara pemakaian Sayap Kuartermaster Udara Tentera Darat bagi pesawat Augusta dan Nuri kepada lima anggota berpangkat sarjan yang selesai menjalani kursus Peralihan Pesawat KMU TD.

sumber : utusan