Pages

Sunday, September 30, 2018

CAIC SASAR HELIKOPTER Z-10ME UNTUK PAKISTAN, THAILAND, MALAYSIA DAN NEGARA TIMUR TENGAH

Helikopter penyerang Z-10 dari China 
Z-10 adalah helikopter serangan China yang baru. Pembangunannya bermula pada pertengahan 1990-an. Ia telah direka dengan bantuan teknikal yang luas dari Eurocopter dan Augusta.

Helikopter serangan ini dihasilkan oleh perusahaan Changhe Aircraft Industries Corporation (CAIC)

Manakala Helikopter serangan kelas sederhana Z-10ME pula adalah versi yang ditingkat upaya daripada versi asal Z-10 yang digunakan oleh pasukan darat dan udara Angkatan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) , menurut laporan 2016 yang diterbitkan dalam majalah tentera China Ordnance Industry Science Technology.

Enjin baru akan dipasang yang boleh meningkatkan daya maksimum helikopter itu dari 935 kilowatt kepada 1,200 kilowatt, lapor majalah itu. Z-10ME juga telah ditingkatkan dari segi pergerakan, perlindungan dan senjata api, kata artikel itu.

Helikopter serangan sederhana Z-10 boleh disesuaikan dengan padang pasir dan laut, ahli ketenteraan dan pengulas TV Song Zhongping memberitahu Global Times pada hari Khamis.

Z-10 juga boleh menyesuaikan diri dengan cuaca yang berbeza, kata Song.

"Banyak negara di Timur Tengah, Asia Tenggara dan Amerika Selatan memerlukan helikopter serangan sederhana lebih murah daripada AH-64 Apache buatan AS tetapi dengan senjata api yang mencukupi," kata Song.

Song merujuk kepada Z-10 sebagai pilihan yang kos efektif, di mana China menikmati hak harta intelek sepenuhnya. "Oleh itu, kami (China) boleh menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang berkesan dan juga menerima pinjaman dan pemindahan teknologi," kata Song.

Song percaya, Z-10ME mungkin akan ditonjolkan secara terbuka di Pameran Udara Zhuhai yang akan diadakan di Wilayah Guangdong China pada bulan November ini.

sistem persenjataan yang mampu di bawa oleh Helikopter Z-10
PLA telah mengoperasikan helikopter Z-10 selama satu dekad, dan ia adalah "masa untuk meneroka pasaran global," kata Song.

Antara sistem persenjataan yang dibawa oleh Z-10 ialah meriam 30mm,  peluru berpandu anti-kereta kebal HJ-8 atau HJ-9  (setanding dengan TOW-2A), peluru berpandu anti kereta kebal HJ-10 yang baru dibangunkan (setanding dengan AGM-114 Hellfire) dan peluru berpandu udara ke udara TY-90. Ia juga boleh membawa pod roket.

Menurut Song, Negara pembeli yang di lihat berpotensi termasuk Pakistan, Thailand, Malaysia, Iran, Arab Saudi dan Kuwait,

sumber : Global Times



Wednesday, September 26, 2018

KAPLAN MEDIUM TANK TARIK MINAT NEGARA BANGLADESH DAN FILIPINA

Kereta Kebal KAPLAN sedang menjalani ujian penembakan di Indonesia

Filipina dan Bangladesh telah membuat pesanan 100 KAPLAN MT, kereta kebal sederhana yang dihasilkan oleh kontraktor pertahanan Turki FNNS dan PT Pindad Indonesia, kata Windu Paramata, ketua projek di Pindad.

Paramata berkata kedua-dua negara tersebut berminat membeli 40 hingga 50 unit setiap satu.

Paramata berkata, Kereta kebal Sedaerhana itu telah mendapat pengesahan dari Badan Penyelidikan dan Pembangunan Angkatan Tentera Indonesia  awal tahun ini.

Beliau memuji Kereta kebal tempur buatan Turki-Indonesia sebagai memaparkan teknologi terkini.

Poland juga dikata telah menurut langkah turki menghasilkan kereta kebal yang sama, kata Paramata, sambil menambah, negara itu masih di peringkat konsep.

Paramata berkata kereta kebal sederhana ini sesuai digunakan di negara-negara dengan hanya dua musim di Asia Tenggara, seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan Filipina serta di negara-negara empat musim kerana ia boleh beroperasi pada suhu maksimum 50 darjah Celcius, dan pada suhu minimum minus 30 darjah Celsius.
 


Pengarah FNSS, Nail Kurt hari ini berkata, kereta kebal itu berjaya melepasi ujian kelayakan di Indonesia dan bersedia untuk pengeluaran besar-besaran.

"Kami sangat dekat dengan fasa pengeluaran projek itu, dan ia akan menerima bajet lima tahun selepas 2019. Terdapat permintaan sebanyak 200-400 unit, jadi kita bercakap tentang beberapa jumlah yang sangat serius," katanya. .

Prototaip KAPLAN MT mula-mula dipamerkan pada Pameran Industri Pertahanan Antarabangsa ke-13 yang diadakan pada Mei lalu. Prototaip pertama dihantar ke Indonesia pada September lalu.
 


Menara CMI Cockerill 3105 dilengkapi dengan senjata yang mampu menembak peluru meriam 105mm bertekanan tinggi merupakan senjata utama kereta kebal tersebut.

Di kuasakan oleh enjin diesel dan mempunyai transmisi automatik sepenuhnya serta dapat membawa tiga anggota krew - pemandu, penembak dan komander.

Dengan kelajuan maksimum 70 km/j, kenderaan ini mempunyai jangkauan jarak operasi 450 kilometer.
 

Balistik guard melindungi badan kenderaan ini, selain itu perisai tambahan juga dipasang. Di samping itu, bahagian bawah kereta kebal ini juga dilindungi dari letupan periuk api.

Senjata kedua ialah mesingan sepaksi 7.62 mm di pasang sebelah kiri senjata utama.


Sumber  Daily Sabah

 

Wednesday, September 12, 2018

FTC-2000G, JET PEJUANG BUDGET DARI CHINA UNTUK PASARAN ASIA

Majlis pelancaran FTC-2000G di Anshun, wilayah Guizhou : Foto AVIC
Selepas kapal selam untuk Thailand dan kapal-kapal peronda LMS bagi Malaysia, konglomerat industri pertahanan China terus meraih pesanan dari Selatan dan Asia Tenggara.

Industri Penerbangan China (AVIC) milik negara itu memberitahu awal minggu ini bahawa ia telah menerima pesanan dari sebuah wilayah Asia Tenggara yang tidak ditentukan untuk pesawat pelbagai guna FTC-2000G,  pesawat pemintas J-7 versi eksport telah berhenti pengeluarannya pada tahun 2013, yang merupakan versi berlesen MiG-21 Soviet Mikoyan-Gurevich .

FTC-2000G adalah merupakan versi tingkat upaya dari versi latihan FTC-2000 / Guizhou JL9 kepada pesawat pemintas pelbagai peranan.

Syarikat itu berkata kumpulan pertama FTC-2000Gs dengan kapasiti bahan bakar dan erodinamik   yang lebih baik akan dilancarkan pengeluarannya di Anshun, wilayah barat daya Guizhou untuk penerbangan sulung mereka menjelang akhir bulan ini dan pesawat itu akan menuju ke bandar selatan Zhuhai di wilayah Guangdong untuk China Airshow, yang akan diadakan pada bulan November. 

Bebanan persenjataan yang dibawa pada 7 hardpoint FTC-2000G : Foto AVIC
AVIC berkata pesawat versatile ini dapat memenuhi keperluan seperti rondaan, latihan, pertempuran udara dan serangan darat dan boleh diubah sepenuhnya menjadi pesawat peninjau.

Pesawat ini menggunakan salur masuk supersonik diverterless dan mempunyai sehingga tujuh hardpoint untuk persenjataan dengan berat penggantungan maksima sebanyak 3,000 kilogram. Ia mempunyai ketahanan selama tiga jam dan jarak 2,500 kilometer.
 


Para pemerhati mengatakan bahawa FTC-2000G kemungkinan boleh dipasarkan di seluruh Asia Tenggara dan Afrika di mana banyak tentera udara yang memiliki armada pesawat tempur yang ketinggalan zaman dan ada yang hampir di penghujung hayat mereka seperti MiG-21 dan F5.

Data technical FTC-2000G
Berbanding dengan penawaran pesaing seperti FA-50 Korea Selatan dan M-346 di Itali, rangsangan prestasi dan kos yang tersendiri FTC-2000G mampu menjadi daya penarik kepada tentera asing untuk menaik taraf armada mereka dengan belanjawan yang terhad.

Pembeli pesawat buatan China sebelumnya , termasuk Myanmar dan Pakistan, akan menjadi pelanggan berpotensi, seorang pakar memberitahu Global Times.

sumber : AsiaTimes  

Tuesday, September 11, 2018

TDM DIJANGKA PEROLEH HELIKOPTER MD-530 AWAL TAHUN DEPAN


KUALA LUMPUR 5 Sept. – Tentera Darat dijangka memperoleh helikopter tempur ringan jenis MD 530-G secara berperingkat awal tahun depan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata, buat masa ini pihaknya sedang membuat percubaan pemanduan terhadap helikopter buatan syarikat McDonnell Douglas itu.

“Jika mengikut peranca­ngan ia (akan diperoleh) awal tahun depan, perolehan aset ini mengikut perancangan dan kita berpuas hati. Buat masa ini, Tentera Darat masih dapat laksanakan tugas menggunakan aset sedia ada,” katanya.

Ahmad Hasbullah berkata demikian dalam sidang media selepas Perbarisan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-27 di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.

Sebelum ini, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan berkata Tentera Darat bakal menerima perolehan aset baharu antaranya enam helikopter tempur ringan jenis MD 530-G menerusi Bajet 2018.

Sementara itu, Ahmad Hasbullah mengingatkan anggota dan pegawai Tentera Darat agar sentiasa berwaspada ancaman kumpulan militan Daesh.

“Pihak Tentera Darat sentiasa menjalankan program keseda­ran bagi mengelak anggotanya daripada terpengaruh dengan kegiatan seperti itu,” katanya.

Beliau juga berkata, empat teras yang digariskan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin akan dilaksanakan bagi memastikan Tentera Darat kekal cemerlang.

Teras tersebut adalah Angkatan Profesional, Ketumbukan yang Siap Siaga, Keutuhan Organisasi dan Memperkasa Kua­liti Hidup

“Arahan Kementerian Pertahanan juga akan dilaksanakan dan anggota tentera diingatkan supaya fokus terhadap tugas yang diamanahkan kepada mereka,” katanya. – BERNAMA