Pages

Wednesday, May 29, 2019

PERANAN UTAMA APMM (MARITIM MALAYSIA)

Berkhidmat mempertahankan kedaulatan negara
Baru-baru ini timbul tentang ura-ura untuk meletakkan APMM (Maritim Malaysia) di bawah KDN dengan alasan pertindihan tugas dengan Polis Marin.

Mengenai isu ini MMP (Malaysia Military Power) ingin mengupas peranan dan fungsi sebenar APMM ini diwujudkan.

APMM ditubuhkan pada Februari 2005 setelah Akta APMM 2005 mendapat kelulusan Parlimen dan Agong pada masa itu. APMM berperanan menguatkuasakan undang –undang maritim berdasarkan jarak operasi maritim 200 batu nautika dari pantai negara kita.

Penubuhan APMM ini dilihat mengurangkan beban tugas yang kerap kali ditanggung oleh TLDM dalam pengawasan zon maritim EEZ. Ramai yang mengatakan mengapa tidak diberikan kepada Polis Marin.

Suka diingatkan bidang kuasa Polis Marin sangat lah terhad. Polis secara azali dari dulu hanya menjaga keamanan di dalam Negeri sahaja.

Pekara ini juga terpakai kepada Polis Marin yang mana Polis Marin diberikan keutamaan tugasan perairan negara pada jarak 12 batu nautika yang melibatkan jenayah dan rondaan keselamatan.

Untuk pengetahuan, China Coast Guard sebenarnya sejak tahun 2018 telah diletakkan dibawah pemerintahan tentera sepenuhnya.

APMM peranan nya sama dengan US Coast Guard atau Coast Guard negara lain iaitu menguatkuasakan undang-undang maritim di Zon EEZ.

APMM juga dilihat sebagai Badan Bukan Ketenteraan di zone EEZ yang mana kehadirian nya di Zon EEZ dilihat sebagai penguatkuasa yang sah oleh kerajaan Malaysia.

Antara peranannya :-

1. Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

2. Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.

3. Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia.

4. Memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan Negara asing sebagaimana diperuntukan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621).

5. Menjalankan pengawasan udara dan pantai.

6. Menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada mana-mana agensi yang berkaitan.

7. Menubuhkan dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai Agensi.

8. Melaksanakan apa-apa kewajipan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan maritim atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengannya.

9. Mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas.

10. Mencegah dan menyekat pelanunan serta mencegah dan menyekat pengedaran haram dadah narkotik di lautan lepas.

11. Diletakkan di bawah kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa tempoh darurat krisis khas atau
perang.

Contoh peristiwa fungsi APMM ini penting seperti kes Kapal-kapal China Coast Guard yang menghampiri beting patinggi Ali di bintulu. China secara total memang kerap gunakan Coast Guard mereka menceroboh perairan spartly kerana apa?

Negara –negara seperti Malaysia,Filipina dan Vietnam tidak boleh melakukan provakasi ketenteraan ke atas mereka yang mana China akan gunakan alasan untuk serangan balas.

Oleh yang demikian seperti peristiwa pencerobohan beting patinggi Ali. Kapal Peronda APMM dikerah mengawasi dan menghalau Kapal China Coast Guard yang 10 kali ganda besar saiz dair kapal peronda APMM.

                     China Coaat  Guard                      
Ingat satu kapal China Coast Guard pada masa itu jenis Frigate type 218. So dari insiden berkenaan kita nampakkan betapa kritikalnya APMM dalam isu pertelagahan zon EEZ ini dan kerana APMM ini laa Malaysia boleh bertegas dalam isu kedaulatan EEZ nya tanpa perlu provakasi dari Tentera.

Bagi MMP, cadangan untuk dipindahkan di bawah KDN tidak laa salah dan tidak laa betul. APMM kalau pada hemah MMP perlu dibawah ATM kerana nya fungsi nya yang lengkap dengan anggota bersenjata dan asset-aset yang boleh dikatakan memiliki kemudahan ketenteraan yang separa lengkap.

Bidang tugas APMM ini jelas besar dan tidak boleh dipikul bersama dengan Polis Marin. Mereka perlu diberikan hak dan kebebasan untuk jalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan tersusun.

MMP tidak melihat APMM menangkap penjenayah,pati dan kapal-kapal penceroboh menjadi masalah kepada Polis dan Imigresen, sebab ATM dari dahulu terlibat dalam operasi menahan dan menangkap penyeludup dan pati di sempadan negara. ATM juga serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

So Kalau ATM boleh kenapa APMM dikatakan penindihan kuasa pulak?

Sumber : Malaysia Military Power


Tuesday, May 21, 2019

HELIKOPTER MD-530G MALAYSIA DAH SIAP RUPANYA

Helikopter penyerang MD-530G dengan no varian N369FF di atasnya
Menteri Pertahanan tahan penyerahan helikopter penyerang MD-530G atas alasan untuk menyiasat penyelewengan walaupun pesawat telah siap.

Hari tu kami dah buat ulasan berkaitan MD530G kita yang masih lagi di US. Isu yang dibangkitkan oleh FMT yang mana ada yang kelakar ada yang boleh share.

Pasal Register Nombor tu kita gelakkan je laaa..

Dari isu kerugian Syarikat Destini tu kami dah ulas pada yang artikel yang lepas.

Yang pasti sekarang ini. Kita dah bayar 300 juta dan Helikopter MD530G milik PUTD dah siap kat US dan tunggu untuk diberikan kepada ATM.

Apa yang Menhan buat sekarang ini adalah dia siasat unsur rasuah dalam pembelian MD530G. Benda tu korang baca artikel FMT tu.

Sekarang ini MMP nak bagi cadangan mudah gila.

Minta US hantar dulu MD530G tu. Pastu nak siasat buat je alaaa apa yang nak buat.

Datuk Seri Pembekal Alat Ganti Pendekar dah kena dakwa. tapi Pendekar ada kan. MD530G penting untuk Esscom.

Media FMT memetik laporan dari 'orang dalam' MINDEF yang terlibat dengan penyiasatan berkenaan tuduhan korupsi dan penyelewengan berkenaan perolehan oleh MINDEF.

Kalau anda baca dengan teliti, sumber tersebut menyebut pada tahun 2015 MD Helicopters mengadakan demonstrasi penerbangan ketika LIMA2015.

Walaubagaimana pun sumber perseorangan tersebut mengatakan helikopter yg datang LIMA tu bukan MD530G tetapi varian N369FF.

Sebab dia nampak gaya tak tau yg N369FF tu bukan varian tapi nombor pendaftaran penerbangan helikopter tu. Nak nampak pandai tapi bodoh.

Nombor pendaftaran pangkal N ini adalah nombor yang biasa kita lihat mana2 pesawat terbang atau helikopter yang didaftar di Amerika Syarikat. Samalah macam pesawat awam kita yang guna pangkal 9M, atau Singapura yang guna pangkal 9V.

Kalau nombor pendaftaran dengan jenis helikopter pun tak boleh beza, korang agak2 cakap2 dia pasal kes MD530G tu boleh pakai ke?

Sumber industri kami ada menyebut, memang ada masalah penghantaran helikopter tersebut oleh syarikat tempatan.

Tahun lepas Shephard Media menyebut penghantaran helikopter tersebut akan dilaksana menjelang Jun 2018. Ini disahkan wakil MD Helicopters sendiri.

Masalahnya adalah adanya isu persijilan antara syarikat pertama Halaman Optima dan pegangan saham syarikat ini kemudian diambil alih oleh Destini pada Februari 2016.

Nah tak payah nak cover2 company A bagai. Apasal tak cakap je terang2 nama syarikat yang terlibat.

Halaman Optima pada November 2016 telah menandatangani kontrak pembekalan dengan kerajaan Malaysia untuk membekalkan 6 buah helikopter MD530G bernilai 321.9 juta ringgit.

Destini Prima mengambil alih pegangan Halaman Optima sebanyak 70 peratus bernilai RM5.5 juta.

Destini Prima adalah syarikat yang terlibat dengan baikpulih pesawat serta MRO.

Pastu nak bagi cakna FMT dan korang ni..MD Helicopters bukan lagi dari Mc Donnel Douglas ye Mc Donnel Douglas dah x wujud dah. Diorg dah bergabung dengan Boeing yang mana Boeing pun keluarkan Versi Little Birds Varian AH.

Satu lagi perkara, FMT memetik kenyataan kononnya pegawai TUDM yang telah bersara dimana beliau mengatakan MD530G adalah helikopter yang tidak combat proven.

Ini ternyata salah kerana varian MD500 telah digunakan dengan meluas oleh unit udara tentera luar negara. Varian 530 adalah varian paling terkini. Memang lawak kalau ada ngaku bekas tentera tapi tak tahu Helikopter Little Bird lah yang membantu Tentera Malaysia di Somalia dulu.

Memetik kenyataan laman MD Helicopters - MD530G adalah varian terkini dari siri 500 yang telah lebih 60 tahun berkhidmat untuk kebanyakan angkatan udara global.

Jadi tidak ada isu helikopter tersebut tidak battle proven seperti yg disebut oleh Free Malaysia Today (FMT).

Satu perkara lagi, perolehan helikopter ini dengarnya tidak dipersetujui oleh MENHAN baharu dan penghantarannya menjadi lewat. Kononnya ia perlu disiasat terlebih dahulu.

Isu kononnya ada salah guna pada kami tak timbul kerana maklumat mengenai perolehan dilaporkan oleh media, pengambilalihan Halaman Optima oleh Destini Prima juga dimaklumkan kepada awam dan kelewatan juga dimaklumkan kepada awam.

Apa yang kami nampak, FMT cuba mewujudkan satu bentuk trial by media yang tidak sepatutnya kerana jika benar siasatan sedang dilakukan, seharusnya pihak Mindef dan pihak penyiasat harus mengeluarkan kenyataan rasmi dan jika benar ada tuduhan kepincangan dalam perolehan, bawa kes ini kemahkamah untuk dibicara secara adil.

kelulusan US berkaitan Versi MD530G untuk dijual atau dieksport ke luar Negara.

Ketika Malaysia memeterai kontrak pembelian MD530G pada DSA 2016 dengan kontrak pembelian RM 321 Juta. US hanya meluluskan versi MD530F sahaja untuk eksport ketika itu dan Versi MD530G adalah versi Prototype yang ditawarkan kepada Malaysia.

Isu Sijil Kelayakan Udara plak yang ex tudm tu cakap. Kononnya MD530G tidak menepati spesifikasi tentera dan Sijil kelayakan Udara

Untuk makluman, isu itu timbul disebabkan Malaysia adalah penguna pertama versi G ketika itu dan US pada waktu itu baru mengunakan versi MD530F.

Oleh yang demikian ia perlu melalui beberapa proses kelulusan dari US kerana benda baru dan US memang mengawal kualiti aset ketenteraan.

Isu itu pun dah selesai dan disebabkan itu laa pada 2016, MD pertontonkan MD530G Malaysia sebab itu versi pertama yang dah siap sepenuhnyaa

Rasa bangang plak tengok main tarik tali macam ini. MD530G dah siap sedia dah kenapa kerana political mileage ko nak capai ko halang proses penghantaraan. Kalau ko tukar MD530G tu ke AH64E Apache bagus juga laa.

Akhir kata, MENHAN sendiri sudah keluarkan kenyataan rasmi media mengingatkan pihak media supaya tidak mengeluarkan spekulasi yang bukan2 sebab penyiasatan sedang dijalankan.

Menhan pesan tu bukan kitaorang.

sumber : Malaysia Military Power


Monday, May 20, 2019

KERETA KEBAL RINGAN TURKI TARIK MINAT MALAYSIA

Kereta Kebal ringan Otokar Tulpar dari Turki
Malaysia dilaporkan menunjukkan minat terhadap Kereta Kebal Ringan Otokar Tulpar bagi mengantikan Kereta Kebal Ringan Alvis Scorpion yang digunakan pasukan Kor Armor DiRaja PARA, Tentera Darat Malaysia.

Alvis Scorpion sebelum ini dinilai agar dilupuskan berikutan usang, sudah berusia lebih 30 tahun dan teknologinya tidak lagi sesuai digunakan lagi.

Kereta Kebal Ringan Otokar Tulpar dibangunkan oleh Otokar dari Turki yang mana turut terlibat dalam Program Kereta Kebal Utama (MBT) Turki iaitu Altay. Otokar turut mengeluarkan kenderaan berat, trak dan bas.

Otokar Tulpar sebenarnya adalah kenderaan perisai berantai (IFV) yang diperkenalkan pada Pameran IDEF 2012 di Istanbul, Turki. Turki dilaporkan menempah 400 buah Tulpar IFV disamping 250 buah MBT Altay.

Kereta Kebal Ringan Otokar Tulpar diperkenalkan pada Pameran Eurosatory 2018 di Paris, Perancis. Ia direka untuk melalui permukaan tanah yang sukar dilalui MBT.

Kereta Kebal Ringan berkenaan mempunyai berat sehingga 42 tan. Ia mengunakan lapisan armor modular dan ketahanan menahan impak periuk api dan hentaman perluru bertekanan tinggi 25mm dengan perlindungan armor STANAG 4569 tahap 5.

Ia turut dilengkapi sistem perlindungan diri untuk CBRN, kebakaran serta kemampuan untuk tidak dikesan oleh radar IR dan pandangan menerusi penyamaran melalui cat khas.

Untuk persenjataan ia dilengkapi turet CMI Cockerill 3105 yang diintergrasikan dengan laras meriam bertekanan tinggi 105mm, mesigan 12.7mm atau 7.62mm. Turet berkenaan dikawal oleh 2 orang krew dilengkapi sistem kawalan tembakan termaju serta sistem pandangan siang malam dan sistem penstabil terbaharu.

Laras meriam 105mm kereta kebal ringan ini mampu menembak misil Falarick yang mana mampu mencapai sasaran 5km seperti lapisan armor 550mm serta ERA dan helikopter atau UAV yang terbang rendah diudara.

Kereta Kebal Ringan Otokar Tulpar dikuasakan dengan enjin diesel V8 16 liter yang menghasilkan kuasa 720hp atau 530kW dengan kemampuan memecut 70kmj dengan trasmisi automatik 10 kelajuan dengan jarak jangkauan 600km

Otokar pada tahun lalu menyatakan terdapat 2 negara telah menyatakan minat namun tidak mendedahkan nama negara terbabit.

Namun khabar angin mengatakan Kereta Kebal Ringan Otokar Tulpar kemungkinan tercalon untuk Program 500 medium-weight Mobile Protected Firepower combat vehicles untuk Tentera Darat AS.

Untuk Malaysia, diharap ia akan disenaraikan dalam Kertas Putih Pertahanan Negara untuk mengantikan aset lama dan usang untuk Tentera Darat Malaysia. Diharap ia bukanlah sekadar khabar angin dikalangan peminat dan penganalisis pertahanan negara.

Sumber: Malaysia Defence Review

Sunday, May 12, 2019

LATIHAN OSTEX 2019, UJI KESIAGAAN ASET TLDM

Latihan OSTEX 2019 oleh TLDM (foto dari airtimes)

KUANTAN, 11 Mei – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengadakan latihan Operational Sea Training Exercise (OSTEX) kali ke-6 di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), Pantai Timur Semenanjung yang melibatkan aset-aset armada di bawah  Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) dilaksanakan dengan jayanya bagi meningkatkan kompetensi warga Armada dan menguji tahap kesiagaan aset.

Dalam satu kenyataan, TLDM berkata latihan OSTEX 6/19 yang bermula dari 8 hingga 10 Mei lepas bertujuan untuk melaksanakan latihan integarasi di Kawasan Operasi Maritim dengan objektif untuk meningkatkan tahap kompetensi warga Armada dan menguji tahap kesiagaan aset-aset di MAWILLA 1.

“Selain itu, ia juga sebagai persiapan bagi menghadapi eksesais terbesar TLDM iaitu EKS KERISMAS dan EKS TAMING SARI yang dirancang akan dilaksanakan pada tahun ini.

“Latihan tiga hari itu melibatkan lima buah aset TLDM iaitu KD Pahang, KD Laksamana Muhammad Amin, KD Laksamana Tun Pusmah, KD Perdana dan sebuah helikopter Fennec.

“Siri latihan yang telah dilaksanakan sepanjang pelayaran OSTEX ini meliputi taktikal peperangan, menggeledah, pendaratan helikopter di geladak kapal, mencegah kebanjiran dan melawan api, pemindahan di laut, menyelamatkan orang jatuh laut, manuvra taktis dan evolusi ilmu kelautan”, katanya.

Pegawai Memerintah KD Pahang, Komander Mohamed Khairun Zakaria yang merupakan Komander Gugus Tugas bagi OSTEX 6/19 berkata siri kali ini terdapat kelainan dengan penglibatan enam pegawai dan anggota dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang ditumpangkan di setiap kapal TLDM telah menunjukkan kolaborasi erat antara agensi dalam latihan menggeledah bot-bot nelayan dilakukan secara bersama.

“Pelaksanaan rondaan secara berkala dan penguatkuasaan undang-undang yang berterusan oleh TLDM dan agensi-agensi maritim yang lain telah berjaya memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Hal ini dapat terbukti dengan pengurangan secara mendadak kes-kes pencerobohan bot-bot nelayan asing di dalam perairan negara buat ketika ini”, kata Mohamed Khairun.

Menurut beliau lagi, TLDM sebagai salah satu obligasi tugas di dalam memelihara kedaulatan negara akan berterusan memperagakan kehadiran aset-aset di perairan Pantai Timur bagi mewujudkan elemen cegah rintang dalam menangani isu-isu keselamatan di dalam perairan negara.




sumber : Airtimes.my


MALE UAV PROGRAM UNTUK TUDM

Drone MQ 9B Sea Guardian
SHAH ALAM: Fairest of them all. Tiga UAV bersaing untuk keperluan TUDM untuk altitud sederhana, long endurance unmanned intelligence, pengawasan, peninjauan dan drone di lengkapi senjata mengambil bahagian pada LIMA 19 baru-baru ini.

Dron US ANG MQ-9 Predator adalah satu-satunya pesawat sebenar yang mengambil bahagian dalam pameran itu, dua dron yang lain hanyalah mockup.

Predator adalah wakil dari Guardian Sea MQ-9B, calon drone Atomics untuk keperluan TUDM.

Ia mungkin yang paling berkemampuan terutamanya apabila ia disatukan dengan keperluan aeroangkasa sivil Malaysia. Tetapi pada masa yang sama ia juga mungkin yang paling mahal dalam persaingan dengan tag harga yang dilaporkan sebanyak AS $ 20 juta setiap drone.

Oleh itu, untuk tiga perjanjian air frame Sea Guardian, kemungkinan kos sekitar AS $ 100 juta, termasuk kos stesen darat, latihan, alat ganti dan sokongan.

Dron ANKA dari Syarikat Turki
Mock up atau replika yang dipaparkan di LIMA adalah Aerospace Ancora Turki dan AVIC Wing Loong II. Anka yang kemungkinan harga lebih mahal daripada Wing Loong II tetapi mungkin lebih murah daripada Sea Guardian.

Dron Wing Loong 1 menelan belanja sekitar US $ 3 juta setiap air frame, jadi WL-II mungkin sedikit lebih mahal. Saya teruja untuk meneka harga dengan setup yang sama seperti Sea Guardian di atas,

China membuat hanya satu-satunya dron mungkin menelan belanja sekitar US $ 30 juta. Walau bagaimanapun, mungkin lebih sukar untuk mengintegrasikannya dengan pihak berkuasa penerbangan awam.

Dengan tugas utama untuk TUDM menerbangkan dron di Laut China Selatan, kita mungkin tertanya-tanya apakah bijak atau berbaloi untuk membeli Wing Loong, tidak kira berapa murah harganya dan berapa banyak senjata yang boleh dibawa.

Pesaing keempat, dron Leonardo Falco, hanya diwakili oleh model di booth syarikat. Mungkin terdapat UAV yang lain yang diperkenalkan kepada TUDM untuk memenuhi keperluannya. Memandangkan terdapat banyak jenis UAV di sini, saya tidak akan menimbulkan teka-teki.

Sumber : Malaysian Defence


Wednesday, May 1, 2019

AV8 VARIAN TERKINI AKAN MEMASUKI INVENTORI TENTERA DARAT MALAYSIA

AV8 NBCRV keluaran FNSS dan Deftech
Kenderaan Kejuruteraan dan Peninjauan Kimia, Biologi dan Nuklear (AENBCRV) varian Kenderaan Perisai 8x8 AV-8 Gempita yang dibangunkan bersama FNSS dari Turki dan Deftech dari Malaysia bersiap sedia untuk diserahkan kepada Tentera Darat Malaysia kemungkinan separuh pertama tahun ini.

AV-8 AENBCRV berjaya dalam pelbagai ujian yang diuji pada kenderaan terbabit. Ia dilaporkan berjaya dalam semua fasa ujian termasuk ujian ketahanan.

AV-8 AENBCRV dilengkapi dengan peralatan dan sistem pengesanan CBRN untuk mengesan dan mengklasifikasikan mana-mana jenis agen kimia, biologi, radioaktif atau nuklear. Kenderaan boleh menentukan dan mengklasifikasikan zon bahaya dan memberi amaran kepada unit-unit tentera lain dan orang awam tentang bahaya yang berpotensi, dengan itu membolehkan mereka mengambil langkah-langkah tindak balas yang diperlukan.

Mempunyai seni bina sistem yang kompleks dan moden serta peralatan khusus misi, proses pembangunan kenderaan awal AENBCRV - yang merangkumi reka bentuk konseptual, reka bentuk terperinci, pembuatan dan perhimpunan - dijalankan sepenuhnya oleh FNSS.

Ujian kelayakan yang berterusan berfungsi untuk menunjukkan bahawa kenderaan itu memenuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan oleh pengguna sepenuhnya dan komprehensif.

Tahap pertama ujian ini, yang melibatkan Ujian Penilaian Tanah dan Ujian Sistem CBRN, telah selesai setelah dilaksanakan di fasiliti FNSS di Ankara. Peringkat kedua ujian - Ujian Ketahanan - dilancarkan di Malaysia pada bulan Februari 2019 Berikutan kejayaan ujian ini, penerimaan dan penyampaian kenderaan pertama kepada pengguna akan berlaku di Malaysia.

Di bawah projek ini, empat kenderaan AENBCRV yang ditempah akan dihantar kepada Tentera Darat Malaysia. Kenderaan pertama akan menjadi kenderaan yang telah menyelesaikan ujian kelayakannya. Manakala baki tiga kenderaan akan dikeluarkan dan dihantar oleh FNSS dan Deftech menjelang 2020.

AV-8 AENBCRV adalah kenderaan CBRN pertama dikeluarkan FNSS dan Deftech. Ia mengabungkan kontraktor dan vendor dari Malaysia untuk membantu membekal dan menasang peralatan utama misi termasuk subsistem operasi CBRN.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FNSS berbangga dengan percapaian ini melihat kerjasama yang berjaya antara Malaysia dan Turki. Projek AV-8 AENBCRV merupakan projek paling kompleks kerana konfigurasi spesifikasi kelengkapan kenderaan berkenaan paling mencabar untuk dihasilkan.

Projek AV-8 WAV sendiri menjadi kebanggaan FNSS dan Turki berjaya mengeksport kenderaan perisai serta berkejasama menghasilkan pelbagai varian dengan kerjasama dengan Deftech dan Malaysia

Artikel disunting dari laman web FNSS bertajuk "AV-8 AENBCRV Vehicle Prepares to Enter Malaysian Army Inventory"

sumber : Malaysia Defence Review