Pages

Sunday, June 28, 2020

MRSS DAN PENUBUHAN PASUKAN MARIN MALAYSIA

MRSS & Kor Marin Malaysia

Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dijangka bakal membuat memperolehi 2 buah Kapal Bantuan Pelbagai Guna (MRSS) dalam tempoh masa belajawan 5 tahun negara iaitu Rancangan Malaysia ke-12 tempoh tahun 2021-2025.

Dijangka Tentera Darat Malaysia (TD) berkemungkinan bakal menubuhkan pasukan marin yang akan diserap dari pasukan Briged ke-10 PARA. Ini dikatakan hanya Brigade ini sahaja dalam atm, pasukan yang ada pengalaman dan taktik marin.

Terdapat laporan menyatakan pasukan nukleas ditubuhkan untuk penubuhan pasukan marin dibawah Divisyen ke-5 TD yang dijangka berpangkalan di Timur Sabah.

Pasukan Marin berkenaan dijangka akan mengunakan aset udara dan darat sedia ada yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antaranya helikopter dan kenderaan perisai.

TD telah mengoperasikan 46 buah varian amfibia AV8 Gempita 8x8 yang dikenali IFV-25. Ia mempunyai kemampuan untuk berenang dipermukaan air seperti sungai dan tasik dengan adanya 2 unit waterjet serta pelampung khas disisi kiri dan kanan untuk mengapungkan kenderaan berkenaan.

Oleh kerana AV8 Gempita 8x8 mempunyai tambahan lapisan armor, ia hanya mampu berenang dalam kelajuan 6 kmj sahaja berbanding 8 kmj tanpa lapisan armor.

Untuk berenang di laut atau pesisir pantai pastinya kenderaan perisai AV8 Gempita 8x8 perlu tambahan aksersori antaranya penghadang serta pemecah ombak dibahagian hadapan kenderaan.

Kenderaan Perisai AV8 Gempita 8x8 dioperasikan oleh 3 krew terdiri dari pemandu, Gunner dan Komander serta mampu membawa 11 orang Infantri.

AV8 Gempita 8x8 varian IFV-25 dilengkapi meriam automatik Sharpshooter FNSS 25mm (Bushmaster) dan mesigan sepaksi 7.62mm. Ia dipasang pada turret penstabil yang membolehkan ia ditembak dalam keadaan bergerak disamping sistem pandangan siang dan malam.

Helikopter mèrupakan elemen terpenting dalam pasukan marin. Dijangka ATM bakal membuat perolehan baharu untuk helikopter dalam tempoh RMK-12.

TLDM dijangka mahukan 5 buah helikopter pengangkut bersaiz medium, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) 8 buah helikopter pengangkut dan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) 4 buah helikopter dan bakal menerima 6 buah helikopter ringan pelbagai guna MD530G.

Elemen udara penting dalam pengoperasian dan peperangan amfibia untuk mengangkut infantri, logistik serta misi menyelamat dan bantuan tembakan udara.

Dijangka Kapal MRSS mampu mengoperasikan 6 buah helikopter dalam satu-satu masa dengan 2 dek pendaratan helikopter serta hangar mampu menyimpan 4 buah helikopter.

Penubuhan Pasukan Marin telah dirancang sejak tahun 1980an namun terhalang akibat kekangan kewangan. Namun, ATM menerapkan elemen pasukan marin dan peperangan amfibia pada unit-unit dalam ATM dengan saban tahun menjalani latihan bersama dengan pasukan luar seperti Kor Marin Amerika Syarikat (USMC)

Sumber : -Malaysia Defence Review-


Tuesday, June 23, 2020

INSIDEN PERGADUHAN TENTERA INDIA DAN CHINA DI GALWAN VALLEY RAGUT NYAWA.

Peta kedudukan Galwan valley sempadan India dan China

India telah melakukan pembelian kecemasan aset ketenteraan sejurus selepas insiden pergaduhan di Galwan Valley di sempadan bersama Line of Actual Control (LAC) antara tenteranya dengan tentera China Isnin lepas.

Insiden tersebut telah meragut nyawa 20 anggota tentera India dan 40 tentera China, pergaduhan berlaku dengan menggunakan dengan senjata primitif  seperti kayu berpaku, kayu dililit dawai dan pisau yang dibawa oleh tentera China.

Dalam satu perjanjian pada 1996, India dan China bersetuju anggota tentera mereka yang bertugas di kawasan sempadan dibenarkan membawa senjata tetapi tidak boleh menggunakannya dalam kawasan 2km dari kawasan sempadan walaupun untuk berburu.

Ia adalah protokol tentera yang ketat bagi mengelak konflik bersenjata antara dua negara bermusuh itu.

senjata yang rampas ditempat pergaduhan

48 jam selepas insiden tersebut, Kementerian Pertahanan India telah membuat pembelian kecemasan terhadap 12 pesawat Sukhoi Su-30MKI dan 21 pesawat pejuang MiG-29  dari Russia.

Ini adalah pembelian mendadak bertujuan meningkatkan lagi kemampuan tentera udaranya untuk berhadapan dengan China.

Selain itu, empat buah pesawat Dassault Rafale yang pertama akan di terima oleh India pada bulan Julai ini. Maknanya, bulan depan ia akan mula mengoperasikan pesawat pejuang Omnirole itu.
Keseluruhannya, India membeli 36 pesawat pejuang Rafale daripada Perancis.

India membina sendiri 272 buah Su-30MKI secara under license dari Russia.
Pembinaan dilakukan oleh syarikat tempatan Hindustan Aeronautics Limited di kilang di Nasik, tengah India.

India memiliki tiga skuadron MiG-29 ketika ini.

Angkatan Tentera India mengoperasikan pelbagai pesawat pejuang daripada Sukhoi Su-30MKI, MiG-29, MiG-21 Bison, Dassault Rafale, Mirage 2000 dan HAL Tejas.

sumber ; Defence Security Asia


DSAR-15PC RAIFAL TEMPUR BARU TENTERA KOREA SELATAN

Raifal DSAR-15PC

Tentera elite Korea Selatan (ROK) Special Force telah memilih rifle tempur baru Dasan Machineries DSAR-15PC.

Program pengantian rifle tempur tentera elite Korea Selatan bernilai USD 3.1 Billion bagi mengantikan rifle tempur; S&T Motiv K1A dan variasi K2 yang mula digunakan sejak tahun 1981 lagi.

Rifle DSAR-15PC diumumkan sebagai pemenang program ini dan akan mula digunakan pasukan khas Black Berets.

Semua unit tentera elite tentera Korea Selatan akan menerima lengkap 15 ribu unit DSAR-15PC pada 2023. Program pembangunan rifle DSAR-15PC dan DSAR-15P dibangunkan dari rifle tempur CAR 816 dari syarikat Caracal International yang berpusat di UAE.

Rifle CAR 816 telah digunakan oleh UAE dan India. Manakala rifle CAR 816 pula dibangunkan dari gabungan rifle HK416 dan SIG516.

Ringkas data teknikal DSAR-15PC
Panjang keseluruhan : 760mm
Sistem operasi : Gas piston
Jarak tembakan efektif : 550 meter
Kaliber : 5.56x45mm Nato
Tembakan perminit : 700 sehingga 900 butir
Panjang Barrel : 292.1mm
Berat tanpa optik tambahan dan kelopak : 3kg

sumber : informasi tempur


Thursday, June 18, 2020

MALAYSIA DIJANGKA BAKAL TERIMA RADAR JARAK JAUH DARI AMERIKA


Malaysia dilihat kembali menerima bantuan kelengkapan ketenteraan dari Amerika Syarikat. 

Terbaharu Malaysia dijangka bakal menerima sistem radar pengawasan udara dan maritim jarak jauh jenis "Mobile" dari Lockheed Martin

Walaupun jenis radar tidak diberitahu MMP boleh buat educated guess radar apa yang akan di berikan dan Malaysia sudah pun bersiap sedia membina tapak radar ini sejak tahun 2019. 

Selain itu negara kita dan Indonesia bukan negara pertama terima radar ini kerana Pakistan terima radar yang sama. Desas desusnya ketiga2 set radar ini percuma. MMP tak pasti 3 biji radar ni dibahagi sama rata ke atau Indonesia terima 3 dan Malaysia terima 3. Jadi radar tersebut menurut pendapat kami ialah ialah:

TPS-77 MRR

Radar Multi-Peranan (TPS-77 MRR) direka untuk penggunaan kuasa yang sangat rendah dan merupakan versi paling mudah untuk rangkaian produk TPS-77 yang berjaya di hasilkan oleh Lockheed Martin. 

Radar berprestasi tinggi ini, boleh dikonfigurasi untuk jarak jauh atau sederhana, boleh dipasang atau diangkut dengan mudah melalui C-130, trak, kereta api atau helikopter.

Kami percaya 3 radar ini akan di operasikan untuk memantau ruang udara Laut Champa bagi memantau pencerobohan udara oleh tentera musuh. 

Sistem ini akan melengkapi Malaysian Air Defense Ground Environment Sector Operations Center III (MADGE SOC III) yang menberikan Tentera Udara Diraja Malaysia dengan peningkatan keupayaan yang ketara kepada sistem pertahanan udara bersepadu kita.

Air Defense Operations Center yang mana sistem software dan User Interface sistem ini menggunakan sistem yang sama dengan software sistem Sentry yang di gunakan oleh NORAD.

Sentry merupakan asas Battle Control System, yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara Kanada. Madge SOC III merupakan kesinambungan kerjasama yang panjang antara Thales Raytheon Systems dan Tentera Udara Diraja Malaysia, yang bermula sejak pemasangan arahan automatik pertama mereka dan kawalan sistem pertahanan udara Malaysia.

Kerajaan Amerika Syarikat menerusi Pentagon dijangka membiayai program perolehan ini secara Foreign Military Sales (FMS) dengan data maklumat dikeluarkan melalui laman sesawang Kerajaan Amerika Syarikat.

Objektif utama pembiayaan program perolehan ini adalah untuk memastikan negara sahabat Amerika Syarikat untuk terus selamat serta berhubung dengan Amerika Syarikat secara "Command Control Communications and Intelligence" (C3I) melalui US Joint Air Operation.

sumber : MMP & MDR


JURUTERBANG PELATIH TUDM JALANI LATIHAN DI IPTS CANADA


Tentera Udara DiRaja Malaysia dilaporkan telah menghantar sekumpulan juruterbang pelatih ke Ontario, Kanada menjalani latihan pernerbangan dengan sekolah penerbangan International Test Pilots School (ITPS).

ITPS yang berpangkalan di London, Ontorio, Kanada merupakan pusat latihan untuk penerbangan melibatkan jet, pesawat kepak kaku, sistem peawat tanpa pemandu dan kejuruteraan.

Untuk modul latihan taktikal, ITPS mengendalikan jet latihan L-39C Albatross yang mana juruterbang pelatih akan menjalani latihan persenjataan, misi, taktikan dan pengunaan Night Vision Goggle (NVG).

Pelatih yang menjalani latihan menggunakan pesawat L-39C Albatross

Kumpulan berkenaan dilaporkan dari program Fighter Lead In Training (FLIT) TUDM dikelokan oleh Divisyen Latihan, Pulatibang 3, Pangkalan Udara Kuantan.

Pulatibang 3 sebelum ini mengoperasikan jet latihan Aermacchi MB-339CM sebanyak 8 buah. Namun sebuah daripadanya mengalami kemalangan pada 2016.

Masalah utama jet latihan MB-339CM adalah enjinnya adalah diambil dari varian MB-339AM yang dibersarakan pada 2006. MB-339AM dioperasikan TUDM sejak 1983.Dilaporkan, jet latihan berkenaan makin sukar untuk mendapatkan alat ganti berikutan tiada lagi pengeluaran lagi dari pihak pengeluar.

TUDM juga tiada jet latihan tempur mencukupi kini bergantung pada jet pejuang ringan/jet latihan lanjutan Hawk 208/108 dalam jumlah yang terhad dan semakin berkurangan berikutan siri kemalangan.

Pada 2017, TUDM telah merancang untuk mengantikan ketiga-tiga model jet berkenaan dibawah program Pesawat Tempur Ringan (LCA) yang berobjektif sebagai jet pejuang ringan dan jet latihan.

Pada 2019, TUDM telah memohon Request for Information (RFI) kepada beberapa pengeluar bagi memenuhi keperluan TUDM. Dijangka KAI T-50 Golden Eagle, Yakolev Yak-130 dan Leonardo M-346 Master dilihat calon utama untuk program LCA dijangka akan diperolehi semasa tempoh belanjawan negara, Rancangan Malaysia ke-12.

sumber : Malaysia Defence Review


Tuesday, June 16, 2020

HAWK 200 TNI-AU TERHEMPAS

imej pesawat hawk Indonesia terhempas : foto airtimes

PEKANBARU, 15 Jun – Sebuah jet pejuang Hawk 200 milik Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) telah dilaporkan terhempas di kawasan perkampungan barat daya Pekanbaru, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi waktu Indonesia Barat (8.30 pagi waktu Malaysia), pesawat malang itu telah terhempas dan mengenai sebuah rumah.

Juruterbang turut berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan kerusi lenting (ejection seat).

Pasukan polis dan bomba telah dihantar untuk mengawal api kebakaran.

Media Indonesia melaporkan pesawat terhempas ketika sedang melakukan latihan penerbangan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam nahas jet pejuang Hawk 209 milik Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) yang berlaku pada awal pagi.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Penerangan Pangkalan Udara Roesmin Nurjadin.

Kejadian ini merupakan kejadian terbaharu melibatkan aset ketenteraan di negara jiran.

Pada 6 Jun lalu, sebuah helikopter Mi-17v5 milik TNI-AD terhempas di Jawa Tengah dan meragut kira-kira 5 nyawa. 

sumber : airtimes

Sunday, June 7, 2020

TUDM KUASA UDARA NASIONAL

Su-30 MKM dan A400M mengadakan latihan bersama
Memiliki kuasa udara yang jitu bagi sesebuah negara adalah penting kerana ia tidak terhad sebagai strategi dalam pertempuran tetapi juga menjadi instrumen mencegah ancaman.

Salah satu kelebihan kuasa udara adalah keupayaannya untuk melepasi banyak halangan dan menyerang terus kepada sasaran penting.

Sehubungan itu, pemilikan aset-set udara moden dan berkeupayaan tinggi adalah amat perlu untuk memastikan kuasa udara yang dimiliki adalah sejajar dengan keupayaan teknologi terkini.

Aset-aset ini akan memastikan tentera udara sesebuah negara memiliki keupayaan serangan yang boleh menggerunkan musuh atau setidak-tidaknya setanding dengan negara serantau.

Atas faktor kepentingan strategik inilah maka Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai teraju pertahanan udara nasional telah merumuskan pelan transformasi yang dikenali sebagai Pembangunan Keupayaan 2055 atau CAP55.

Pada atas kertas, TUDM memiliki kira-kira 44 buah pesawat tempur yang terdiri daripada Sukhoi Su-30MKM, F/A-18D Hornet dan Hawk 100/200.

Bilangan ini sebenarnya adalah jauh daripada mencukupi, tambahan pula dengan usia pesawat yang mencecah
sehingga 25 tahun.

Justeru, CAP55 merancang pelan pembangunan kemampuan TUDM sehingga tahun 2055 yang merangkumi perolehan dan peningkatan aset-aset baharu angkatan ini serta keupayaan yang hebat.

Pelan ini menyasarkan keupayaan jet pejuang TUDM yang didokong oleh dua skuadron pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) dan skuadron pesawat penggempur ringan (LCA).

Visi TUDM adalah untuk menjadi sebuah kuasa udara yang unggul manakala misinya ialah untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara serta kepentingannya melalui penggunaan kuasa udara yang berkesan.

Kali terakhir TUDM mengoperasikan aset udara terbaharu ialah kira-kira 11 tahun lalu menerusi perolehan Sukhoi Su-30MKM yang merupakan generasi termoden dalam keluarga Sukhoi.

Pemilihan Sukhoi menepati keperluan geografi negara kerana ia mampu terbang jauh termasuk melakukan pengisian minyak di udara. Kemasukan pesawat Sukhoi SU-30MKM benar-benar memberi taring kepada TUDM kerana memiliki keupayaan tempur yang berganda.

Fasa pertama CAP55 akan bermula pada Januari tahun hadapan, bagaimana pun perancangan mengenainya telah pun bermula lebih awal dan diluluskan kerajaan.

Tiga perolehan utama pada fasa ini nanti ialah pembelian sekurang-kurangnya empat unit sistem pemantauan udara (UAS) berkeupayaan tinggi bagi tugas pengawasan udara dan perisikan, radar pertahanan udara dan sebuah skuadron pesawat rondaan maritim.

Pengoperasian skuadron UAS nanti membuka dimensi baharu kepada TUDM kerana corak kendalian, atur gerak dan penggunaan taktikal sistem ini adalah berbeza berbanding pesawat udara tanpa pemandu (UAV) sedia ada.

UAS yang dilengkapi teknologi sofisikated boleh terbang pada ketinggian antara 3,000 meter (m) hingga 9,000m selama 24 jam tanpa mendarat selain dilengkapi senjata.

Pada masa sama, TUDM juga berharap agar perolehan aset kritikal iaitu dua hingga tiga skuadron pesawat LCA dapat disegerakan oleh kerajaan. Pesawat jenis ini nanti boleh melaksanakan kedua-dua peranan iaitu untuk operasi tempur dan latihan.

Malah, pemilikan LCA mampu mempersiapkan juruterbang-juruterbang TUDM untuk mengoperasikan pesawat pejuang generasi moden pada masa hadapan.

Jika mempunyai kekangan kewangan sekali pun, kerajaan seharusnya boleh merangka kaedah yang bersifat menang-menang untuk memuktamadkan pembelian ini demi memastikan TUDM tidak ketinggalan.

Bagi TUDM pula, fokus pembelian aset-aset pertahanan udara ini adalah untuk memperkukuhkan lagi pengawasan ruang angkasa dan maritim negara berdasarkan kedudukan geografi serta fizikal Malaysia.

Ia juga penting berikutan situasi geo strategik serantau khususnya melibatkan soal pengawasan perbatasan negara di Laut China Selatan.

sumber : Informasi Tempur


Thursday, June 4, 2020

TLDM BINA PENGKALAN DI SANDAKAN, TAMPUNG PERTAMBAHAN ASET

Malaysia timur
KOTA KINABALU – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memperluaskan pangkalannya bagi menampung keperluan aset TLDM khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany bagaimanapun berkata perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah.

“Perluasan pangkalan (TLDM) itu dijangka dibina di Sandakan kerana pangkalan yang sedia ada di Sandakan sudah lama selain aset-aset TLDM yang semakin banyak.

“Atas faktor keselamatan semasa juga memerlukan untuk kita menempatkan aset di situ (Sandakan). Oleh itu, TLDM perlu penambahan fasiliti yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, hari ini.

Mohd Reza berkata bagi merealisasikan hasrat itu, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk peruntukan kos pembinaan dan kawasan pembinaan pangkalan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata TLDM sentiasa bekerjasama dengan agensi keselamatan lain khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah dalam usaha menjaga keselamatan perairan negara.

sumber : Bernama