Pages

Saturday, September 26, 2020

APMM LETAK KAPAL 24/7 DI BETING PATINGGI ALI

Kapal APMM sedang shadow kapal CG china : sumber internet



















.

Sebuah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa berada berhampiran Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) bagi mengawasi kapal pengawal pantai China.

Ketua APMM Miri Md Fauzi Othman berkata, kapal APMM itu akan berada di kedudukan itu 24/7 (24 jam 7 hari seminggu) bertujuan memelihara kedaulatan negara.

Di dalam  jargon ketenteraan/keselamatan, kapal APMM itu akan “shadow” kapal pengawal pantai China itu di Beting Patinggi Ali.

“Ia tidak dapat dinafikan bahawa kapal pengawal pantai China sentiasa berada di lokasi itu,” katanya sebagaimana dipetik oleh akhbar Borneo Post di Miri.

Beliau berkata, kapal pengawal pantai China itu berada di perairan berhampiran Beting Patinggi Ali sejak 2013 dan pihak APMM turut bertindak dengan meletakkan asetnya di kawasan itu sepanjang masa bagi mengawasi kapal negara Komunis itu.

Walaupun kapal-kapal APMM dan China hanya berada 20 batu nautika di antara satu sama lain, tetapi tidak pernah berlaku konfrontasi sesama mereka.

Hanya kapal-kapal milik Malaysia dan China berada di perairan itu, katanya sambil menambah, ia tidak melibatkan negara lain.

Beting Patinggi Ali hanya terletak 84 Batu Nautika daripada pantai Bintulu, di dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

Menurut data daripada Marine Traffic sebagaimana dipetik oleh portal Malaysiakini, kapal Pengawal Pantai China (CCG 5202) berada di perairan Beting Patinggi Ali pada Julai lepas.

Kehadiran kapal CCG 5203 turut dikesan dari 23 Disember tahun lalu hingga 13 Jan tahun ini; 16 Jan hingga 1 Februari; 6 Februari hingga 17 Februari, dan 2 April hingga 23 Mei.

Kapal CCG 5204, sementara itu, dikesan dari 17 Februari hingga 2 April dan dari 22 Mei hingga 7 Julai.

Set data tersebut juga menunjukkan kapal CCG hanya direkodkan sebagai “Pengawal Pantai China” dan dikesan berhampiran Luconia Shoals dari 13 Jan hingga 16 Jan.

Berdasarkan set data, tempoh antara 2 Februari dan 5 Februari adalah satu-satunya tempoh tahun ini di mana tiada kapal CCG di Beting Patinggi Ali.

Baru-baru ini, Jabatan Audit Negara di dalam laporannya mengatakan kapal-kapal milik Pengawal Pantai China dan Tentera Laut China telah menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara 2016 dan 2019, terutama di Beting Patinggi Ali.

Beijing mendakwa memiliki “hak bersejarah” di Laut China Selatan termasuk Beting Patinggi Ali.

Bagaimanapun, tuntutan China itu yang tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.

sumber : Defence Security Asia

Monday, September 21, 2020

APMM TERIMA 7 BUAH BOT PEMINTAS BARU

Upacara penyerahan Bot pemintas kepada APMM : foto dari APMM

PORT DICKSON, 17 Sept – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerima 7 buah bot pemintas yang bernilai RM 6.3 juta bagi memperkukuhkan pengoperasian Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan oleh pasukan itu di sepanjang perairan Selat Melaka.

Terdapat beberapa model bot yang diterima oleh APMM antaranya P38 dan P9 keluaran UES LLC dari Oman dan selebihnya tidak diketahui.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, 7 unit bot pemintas pelbagai jenis ini akan diagihkan kepada beberapa negeri dan zon bagi memperkasakan lagi penguatkuasaan di laut.

“Pasukan Tindakan Khas (PTK) akan menerima 2 unit bot pemintas ini, manakala APMM Negeri Perak, APMM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Zon Maritim Kuala Kurau serta Zon Maritim Batu Pahat masing-masing bakal memperoleh satu unit bot pemintas yang baharu ini,

“Manakala APMM Kuala Perlis bakal menerima satu unit bot pemintas pada awal Oktober depan. Keutamaan agihan bot pemintas ini diberikan kepada APMM Negeri dan Zon yang berdekatan dengan perairan negara jiran dan terdedah kepada ancaman aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan migran, dadah dan sebagainya,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik dalam Facebook rasmi APMM, hari ini.

Zubil berkata, kesemua bot pemintas ini dinamakan sebagai “Kelas Benteng” selaras dengan perolehan aset berikutan keperluan bagi mempertingkatkan penguatkuasaan Op Benteng di bawah National Task Force (NTF).

“Sejak Op Benteng dilancarkan sehingga Ogos 2020, APMM telah memeriksa sebanyak 22,815 vesel dengan 190 tangkapan atas pelbagai kesalahan,

“Daripada keseluruhan tangkapan, 107 tangkapan melibatkan kes berkaitan perikanan manakala 27 kes tangkapan melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI), 18 lagi melibatkan kes penyeludupan dan lain-lain sebanyak 38 kes. Maritim Malaysia juga turut merampas pelbagai barangan yang melibatkan kes dan dianggarkan bernilai RM10 juta,” tambahnya.

Beliau turut mengingatkan kepada seluruh rakyat tempatan supaya terus bekerjasama dengan semua agensi penguat kuasa maritim dan tidak menjadi tali barut kepada penjenayah.

“Penduduk setempat tidak boleh memberi maklumat atau memberi sebarang bantuan kepada mereka kerana tindakan yang tidak bertanggungjawab ini akan mengugat keselamatan dan keamanan negara,

“Ianya juga selaras dengan usaha kerajaan dalam menyekat penyebaran wabak COVID-19,” ujarnya. 

sumber : airtimes.my & MMP

Wednesday, September 16, 2020

TYPE 55 RENHAI - KAPAL CRUISER BARU CHINA

Type 55 Renhai

Type 055 (Renhai) adalah kapal jenis cruiser atau kelas pemusnah peluru berpandu stealth Tentera Laut China.

Kapal pertama Type 055 Renhai ini baru sahaja di tauliahkan oleh PLAN pada Januari lalu.

Bagaimanapun menjelang akhir tahun ini, empat buah Type 055 akan memasuki perkhidmatan dan keseluruhannya, Tentera Laut China akan memiliki lapan buah kapal perang gergasi yang memiliki berat di antara 11,000 tan hingga 12,000 tan.

Menurut Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat atau Pentagon dalam laporan "China Military Report 2020", Type 055 Renhai bakal dilengkapi dengan beberapa jenis sistem persenjataan yang menggerunkan.

Ia berkemungkinan akan dilengkapi dengan Anti Ship Ballistic Missile (ASBM),  CJ-10 Land-Attack Cruise Missile (LACM), HHQ-9 Misil permukaan ke udara dan YJ-18 anti kruis misil.

Di lengkapi dengan 4 enjin turbin gas yang mampu menghasilkan kelajuan maksima 30 knot.

Jika benar Type 055 dilengkapi dengan kedua-dua jenis peluru berpandu ini, ia bakal menjadikan Renhai sebagai kapal perang pertama di dunia yang dilengkapi dengan persenjataan terbabit.

Selain ASBM dan LACM, Type 055 juga dilengkapi dengan 128 silo Vertical Launch System (VLS) untuk pertahanan udara.

Type 055 dijangka memainkan peranan air defence dan area denial dengan lebih effective ditambah pula ia dilengkapi dengan phased array radar yang besar seperti mana sistem AEGIS Amerika Syarikat.

Laporan itu berkata, dengan Renhai berada di lautan maka mereka menjangkakan usaha untuk memastikan Laut China Selatan kekal bebas akan berdepan cabaran lebih hebat. 

Rasa-rasa kapal-kapal Arleigh Burke atau Tico boleh bersaing dengan Renhai ni?

sumber : Defence security asia

Sunday, September 6, 2020

ISU SABAH DAN PERTIKAIAN MARITIM ANTARA M'SIA DAN FILIPINA SEMAKIN PANAS...

peta kepulauan Spratly

Selain isu tuntutan Filipina terhadap Sabah, Note Verbale yang dikemukakan oleh Misi Tetap Malaysia kepada Commission on the Limit of the Continental Shelf PBB, New York pada 27 Ogos juga secara tegas telah menolak tuntutan maritim melampau Manila terhadap Kalayaan Island Group (KIG). 

KIG yang terletak di West Philippine Sea ini merangkumi sebahagian daripada Spratly termasuk beberapa atoll/terumbu karang/pulau yang kini diduduki oleh Malaysia. 

Filipina dakwa atoll/terumbu karang/pulau yang kini diduduki oleh Malaysia itu termasuk dalam KIG yang didakwa sebagai hak miliknya. 

Ia seterusnya mendakwa beberapa atoll/ terumbu karang/pulau yang diduduki Malaysia itu miliknya kerana jaraknya yang lebih hampir dengan Pulau Palawan. 

Tuntutan Filipina itu dinyatakan dalam Note Verbale negara itu pada Commission on the  Limit of Continental Shelf PBB pada bulan Mac lepas. 

Misi Tetap Malaysia ke PBB dalam balasan Note Verbale beberapa hari lepas itu menggambarkan tuntutan Filipina terhadap KIG sebagai "excessive maritime claims." 

Note Verbale Malaysia itu menyatakan tuntutan Filipina berkenaan Kalayaan Island Group itu melanggar Perkara IV UNCLOS 1982 dan tidak selaras dengan peruntukan undang-undang antarabangsa. 

Malaysia menurut Note Verbale itu menyatakan negara memiliki hak dan tanggungjawab terhadap atol/terumbu/pulau didudukinya serta continental shelf di Laut China Selatan itu selaras dengan peruntukan yang terkandung di dalam artikel 76 (7) UNCLOS 1982.

Selain itu,  Filipina dalam Note Verbale kepada PBB Mac lepas juga mendakwa memandangkan Sabah itu adalah miliknya, maka terumbu/pulau yang diduduki Malaysia di KIG ketika ini juga adalah milik Manila. 

Jadi Malaysia tiada hak tuntut terumbu karang/pulau di Kalayaan Island Group itu. 

Tuntutan Malaysia di Spratly (Kalayaan Island Group) membabitkan gugusan kepulauan iaitu Ardasier Reef (Ubi Reef), Dallas Reef (Laya Reef), Erica Reef (Siput Reef), Investigator Shoal (Peninjau Shoal), Louisa Reef (Semarang Barat Kecil Reef), Mariveles Reef (Mantanani Reef) dan Swallow Reef (Pulau Layang-Layang). 

Nampaknya pertikaian antara Kuala Lumpur dan Manila ini semakin panas... 

Diharapkan kerajaan jangan berganjak walau satu inci pun dalam pertikaiannya dengan Filipina ini. 

sumber : DEFENCE SECURITY ASIA