Pistol GLOCK 17 generasi kedua |
Pistol Glock , kadang-kadang disebut oleh pengilang sebagai Glock "Safe Action" Pistol, adalah satu siri pistol dari rangka polimer, beroperasi secara short recoil, dan separa automatik
Pistol automatik GLOCK dikeluarkan oleh sebuah firma dari Austria pada awal tahun 1980an.
Pistol ini telah merevolusikan teknologi pembuatan serta sistem mekanikal pistol automatik global.
Menjadikan pistol ini lebih ringan serta tendangan yang lebih lembut. Ini menjadikan ianya mudah dikawal berbanding pistol automatik yang lain.
Generasi pertama Glock iaitu Glock 17 memasuki perkhidmatan dalam angkatan tentera Sweden dan Norway kerana telah mengatasi semua standard ketahanan NATO yang ditetapkan sebelum ini.
Hasilnya, Glock 17 dikelaskan menjadi pistol utama standard NATO dan telah diberikan Nombor Stok NATO (1005-25-133-6775).
Menjelang tahun 1992, kira-kira 350,000 pistol Glock telah dijual di lebih 45 negara, termasuk 250,000 di Amerika Syarikat sahaja
No comments:
Post a Comment