Pages

Tuesday, May 15, 2007

KORVET KELAS NAKHODA RAGAM KE KELAS BUNG TOMO

KRI Bung Tomo (Ex KDB Jerambak)
Kapal Korvet yang mempunyai berat 1940 tan dan panjang 95 meter ini adalah merupakan kapal Kelas Nakhoda Ragam yang dibina oleh BAE System untuk Tentera Laut Diraja Brunei (RBN). 

Dua buah kapal dari kelas ini iaitu, Nakhoda Ragam and Bendahara Sakam, telah dilancarkan pada Januari and Jun 2001 oleh BAE Systems Marine Shipyard di Scotstoun. Pelancaran kapal peronda yang ketiga, Jerambak, ialah pada Jun 2002. 

Semua ketiga-tiga kapal ini telah siap dibina dan menunggu untuk diterima oleh Tentera Laut Diraja Brunei (RBN).

Di fahamkan, keengganan Tentera Laut Diraja Brunei menerima ketiga-tiga kapal ini kerana didakwa ianya gagal memenuhi spesifikasi yang dikehendaki. Sekiranya kapal kelas ini diterima, TLDB akan mengoperasinya dari pengkalan mereka di Muara.

Kapal ini merupakan jenis variasi baru dari keluarga F2000. Dilengkapi dengan sistem yang canggih membolehkan kapal ini hanya dioperasikan oleh 79 orang anak kapal dan Pegawai.
.
Indonesia telah  membeli kesemua 3 buah kapal tersebut dan telah ditauliahkan dalam perkhidmatan tentera Laut Indonesia. Di kenali dengan korvet kelas Bung Tomo.

Sistem Persenjataan
Meriam utama ialah Oto Melara 76mm Super Rapid yang dipasang dibahagian hadapan kapal sebagai pertahanan anti kapal permukaan dan udara. Jarak tembakan meriam boleh mencapai hingga 16 km. 

Selain itu 2 meriam 30mm DS 30B REMSIG dengan jarak tembakan mencapai 10km juga di pasang. Kapal ini juga dilengkapi dengan peluru berpandu anti kapal Exocet MM40 Block II dan 2 tiub torpedo 324 mm dari BAE Systems. 
.
Nakhoda ragam juga dilengkapi dengan sistem radamec 2500 electro-optic weapons director, ini termasuklah eye-safe lazer range-finder, TV dan thermal imager dan diguna untuk sistem kawalan tembakan dan pemantauan.
.
Sistem Pendorong
Kapal Kelas Nakhoda Ragam ini dipacu oleh 4 enjin diesel model MAN 20 RK270 yang menggerakkan dua shaft. Ianya mampu mencapai kelajuan maksima 30 knot. Dengan kelajuan ekonomik 12 knot, kapal ini mampu melakukan rondaan sejauh 5000 batu nautika.
.
Data Teknikal OPV Nakhoda Ragam
Krew......................... 79
Panjang Kapal.......... 95 meter
Lebar........................ 12.8 meter
tinggi.......................  3.6 meter
Berat ...................... 1940 tan
Kelajuan Maksima....30 knot
Kelajuan Ekonomik..12 knot
Jarak rondaan......... 5000 batu nautika.
Enjin........................ 4 x MAN 20 RK270 diesel.


No comments:

Post a Comment