Pages

Thursday, December 13, 2007

SUKHOI 24 ("FENCER")

Sukhoi Su-24 ( Fencer) merupakan pesawat penyerang pelbagai peranan dan cuaca yang termoden dari Russia (Soviet Union) dalam tahun 1970an and 1980an.

Pesawat ini mempunyai banyak persamaan dengan pesawat F111 buatan Amarika Syarikat dikatakan merupakan saingan bagi pesawat buatan Amerika ini. 

Sekurang-kurangnya terdapat 500 buah Fencer keluarkan oleh pihak Russia dan ada yang masih berkhidmat dengan tentera laut dan dieskpot ke beberapa buah negara luar.

Tuesday, November 13, 2007

"KRI DIPONEGORO" KORVET KELAS SIGMA.

KRI Diponegoro - SIGMA Class
Di dalam memperkasakan lagi angkatan lautnya, Indonesia telah merancang dan memesan sebanyak 4 buah kapal Korvet Kelas SIGMA ini yang mana dibina di Vlissingen dan Damen's Schelde Naval Shipbuilding, Belanda dan bukannya di Surabaya seperti yang dinyatakan pada awalnya.

Rekabentuk kapal ini dibina secara unik sesuai dengan bentuk SIGMA yang bermaksud Ship Integrated Geometrical Modularity Approach.

Pihak Belanda pernah berbincang untuk mengantikan kapal-kapal Frigatnya dengan kapal korvet jenis ini, tetapi akhirnya telah memutuskan untuk membina kapal OPV (Ocean Patrol Vessels) yang mempunyai rekabentuk yang berbeza.

Kapal Korvet Indonesia ini adalah berdasarkan versi rekabentuk Sigma 9113. Pembinaan dimulakan dengan kapal KRI Diponegoro (365) pada October 2004, dan ditauliahkan dalam perkhidmatan pada 2 July 2007 oleh Admiral Slamet Soebijanto, Panglima Angkatan Tentera Laut Indonesia.

Sunday, November 4, 2007

Frigat Kelas "KAREL DOORMAN"

Karel Doorman Frigate Class


















Frigat Kelas Karel Doorman adalah merupakan frigat pelbagai guna (multi-purpose frigates)yang mana terdapat 8 buah kesemuanya yang berkhidmat didalam Tentera Laut DiRaja Belanda ( Royal Netherlands Navy).

Frigat kelas ini juga dikenali sebagai Kelas "M" (M class).Kapal ini dinamakan sempena nama pegawai Belanda yang terkenal iaitu Karel Doorman.

Kesemua kapal ini dibina di Belanda oleh Royal Schelde Dockyard. 8 kapal ini dibina berperingkat-peringkat. Hanya dua buah masih lagi beroperasi dalam Tentera Laut Belanda selebihnya telah di lucutkan pertaulihannya dan dijual kepada negara lain. Antara kapal yang masih berkhidmat dalam Tentera Laut ialah Van Amstel F831 dan Van Speijk F828.

Kapal Frigat Willem van der Zaan F829 di bina pada 1991 dan frigat Karel Doorman F827 Dijual kepada Belgium dan diberi nama sebagai Louise-Marie dan christened Leopold I.

Manakala Frigat Tjerk Hiddes F830 juga dibina pada 1991 dan Abraham Van Der Hulst F832dijual kepada Chile dikenali sebagai Almirante Riveros dan Almirante Blanco Encalada pada 2005 dan 2007.

Pada November 2006, diberitakan bahawa 2 lagi Frigate Kelas Doorman akan dijual kepada portugal. HNMS Van Nes F833 akan diserahkan pada Disember 2008 and HNMS Van Galen F834 pada November 2009.
.
Sistem Persenjataan.

Frigat multi-purpose boleh digunakan sebagai kapal anti kapal selam, anti kapal terbang dan juga untuk peperangan permukaan.

Persenjataan utamanya mengandungi 2 quad pelancar RGM-84 Harpoon misil anti-kapal, mampu menjangkau jarak sehingga 120 kilometres. Ia juga disokong oleh meriam Oto Melara 76mm Mk100, yang mana mempunyai kemampuan tembakan 100 pusingan/minit dengan jarak tembakan 16km untuk anti kapal permukaan dan 12km untuk anti udara.

Untuk pertahanan udara ianya dilengkapi dengan sistem pelancar secara menegak Sea Sparrow, yang menggunakan radar semi-aktif untuk menjejaki sasaran sejauh 14km. Terdapat 16 misil Sea Sparrows yang di bawa oleh sesebuah kapal itu.

Kapal ini juga dilengkapi pertahanan udara jarak dekat CIWS yang mampu memberi kuasa tembakan dari meriam 7 barel 30mm dengan kadar tembakan 4000 pusingan tembakan per minit, dengan jarak tembakan efektifnya ialah 200 meter ke 3 km.

Kelas Karel Doorman ini juga dilengkapi dengan 2 tiub torpedo jenis twin Mk 32 Mod 9(Alliant TechSystems)yang membawa peluru jenis Mk 46 Mod 5 lightweight anti-submarine. Mampu mencapai sasaran sejauh 9km dan membawa kepala peledak seberat 45kg.
.

Wednesday, September 12, 2007

PT-91 TWARDY DARI POLAND

PT-91 Twardy
The PT-91 Twardy ("tough" or "resilient") merupakan kereta kebal utama bagi tentera Poland. Ianya merupakan satu program permodenan secara ekstensif kereta kebal T-72M1. Mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1995. PT-91 ini direka oleh OBRUM ( Research and Development Centre of Mechanical Systems) dan dikeluarkan oleh syarikat Bumar Labedy.

Perubahan yang dibuat dari T-72 ialah penstabil dual axis untuk sistem kawalan tembakan, Armor reaktif , enjin S12U yang lebih berkuasa 850hp dan transmisi hidraulik dengan tujuh gaer hadapan dan satu gear mengundur.

Tuesday, July 10, 2007

SUKHOI SU 30 MKM/MKI


Hasrat Malaysia untuk memiliki pesawat tempur termoden di dunia, Sukhoi SU 30-MKM, akhirnya menjadi kenyataan apabila dua daripada 18 pesawat yang ditempah pada 2003 tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan pada 18 Jun lalu, menggunakan pesawat pengangkut, Antonov AN-124 dari Siberia, Russia. 

Berharga RM190 juta sebuah, pembelian pesawat itu satu pelaburan berbaloi untuk jangka masa panjang, khusus untuk memodenkan aset taktikal dan strategik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke arah meningkatkan sistem pertahanan udara negara.

Wednesday, June 20, 2007

Raifal M-16



Raifal Colt M16 berasal dari Amerika Syarikat, dikeluarkan oleh firma Colt Firearms, berkaliber 5.56 mm. M16 direkacipta oleh Eugene Stoner berdasarkan ciptaan ArmaLite's AR-15 dan penambahbaikan serta permodenannya dilakukan oleh Colt bermula pada pertengahan abad ke 20.

Raifal ini digunakan sebagai senjata tempur utama oleh infantri Amerika pada tahun 1967. M16 juga turut digunakan oleh 15 negara NATO dan lain-lain negara kecuali Russia dan negara-negara blok komunis.
Raifal M16 mula digunakan dengan secara meluas oleh AS pada 1965 iaitu semasa era perang vietnam. Senjata ini mempunyai keupayaan tembakan secara semi-automatik dan juga automatik, kadar tembakan ialah 700 ke 900 pusingan / minit. 

Berat senjata ini hanyalah 3.9 kg termasuk magazin. Pada 1980an M16 telah menggunakan peluru standard NATO iaitu 5.56mm. Raifal ini dicipta dari bahan besi, aluminium dan plastik komposit.

Menggunakan sistem penyejukan udara atau air-cooled, beroperasi dengan sistem gas, menggunakan kelopak berkapasiti 30 butir, dan menggunakan bolt berputar. 



Versi M16

M16 telah mengalami evolusi disepanjang penggunaannya, terdapat beberapa variasi seperti M16A1/A2/A3/A4 dan juga M4 Carbine yang mana bakal menggantikan M16A2 didalam inventori tentera AS.

Sebanyak 8 juta laras M16 telah dikeluarkan untuk kegunaan tempatan dan juga dieskpot. Selain Amerika Syarikat sebagai pengguna utama, raifal ini juga digunakan oleh 73 buah negara lain termasuklah Malaysia.

Malaysia mula menggunakan senjata M16 yang terdiri daripada versi M16A1 pada tahun 1976 melalui program PERISTA dan digunapakai sehingga tahun 2000

Disuatu ketika M16 adalah merupakan senjata tempur utama bagi ATM sebelum perananya digantikan sepenuhnya oleh Steyr AUG sebagai raifal tempur utama.




Thursday, May 24, 2007

Boeing F/A-18 Hornet


USAF F18 Hornet
F/A-18 Hornet, pesawat dua enjin merupakan pesawat pelbagai misi tempur/serang ataupun Fighter/Attack yang boleh dioperasikan dari dataran mahupun dari kapal pengangkut pesawat.

Bermula dari pesawat prototaip YF-17, pihak Northrop telah meminta Firma McDonnell Douglas (kini Boeing) untuk mengubahsuai prototaip YF-17 ini untuk menjadi sebuah pesawat pejuang pengebom yang baru yang diklasifikasikan sebagai F/A-18 Hornet.

Pada tahun 1978 penerbangan prototaip Hornet yang pertama dilakukan dan mula ditauliahkan dalam perkhidmatan Tentera Laut Amerika (USN) pada tahun 1983, bagi mengantikan pesawat-pesawat pejuang dalam inventori USN seperti F4-Phantom II, A7-Corsair II dan A-6 Intruder.

Monday, May 21, 2007

Meriam Artileri G5













                    


Meriam Bertunda G5 155 mm 42 kaliber dari Afrika Selatan merupakan meriam yang dihasilkan oleh Firma Denel. Versi ini direka berdasarkan versi 45-kaliber GC-45 howitzer yang direka cipta oleh Gerald Bull, Sepanjang ia dihasilkan meriam ini telah menjalani beberapa modifikasi dan variasi sehingga kepada model yang terbaru G5-2000 52-kaliber.


Pasukan Artileri Afrika Selatan kebiasaannya mengoperasikan meriam ini dengan 5 orang. Ia juga boleh dioperasikan dengan 2 orang jika semua sistem dapat dioperasi dengan sepenuhnya.
Meriam Artileri Bertunda G5 ini telah dioperasi di beberapa negara seperti Iraq, Israel, Oman dan juga Malaysia.


G5 Malaysia
Pada tahun 2000 malaysia telah menempah sebanyak 28 buah sistem meriam bertunda 155mm 45-kaliber G5 Mark 3 dan dijangka akan diterima pada bulan Disember.

Pada Oktober 2000, Kumpulan Denel dari Afrika Selatan telah menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia untuk membekalkan Sistem Artileri G5, eksesori, sistem kawalan tembakan, sistem peluru, begitu juga dengan sistem sokongan logistik dan pekej latihan. Perjanjian yang ditandatangani ini bernilai USD 50 juta (RM 200 juta), Ini bermakna 1 unit sistem artileri ini berjumlah USD 2 juta .

Versi Mk 3 ini merupakan versi G5 yang terkini yang dihasilkan sejak 1980'an dengan memasukkan sistem kawalan tembakan digital, sistem komunikasi yang terkini dan beberapa penambahan ciri-ciri keselamatan. 

TDM akan menerima unit G5 ini secara berperingkat, dengan batch pertama dijangka akan diterima dalam masa 12 bulan selepas perjanjian ditandatangani. Sistem ini mempunyai kemampuan memusnahkan sasaran sejauh 39 km dan berkemampuan untuk digunakan sebagai pertahanan pinggir pantai. 

Beratnya yang hanya 13.75 tan, membolehkan ia diaturgerak dengan menggunakan pengangkutan udara iaitu C-130H, mudah ditunda atau diangkut dengan menggunakan kapal pengangkut TLDM seperti "KD RAJA JAROM" kelas Landing Ship Tank (LST).



Meriam Artileri G5 ini dioperasikan oleh 22 Rejimen Artileri Diraja (RAD)


Data Teknikal G5
Jenis: 155-mm
Panjang: (cal) 45-kaliber
Kadar Tembakan: 3 rds/min utk 15 min, 2 rds/min utk 60 min
Jenis Loader : Semi-automatik
Elevation: -3°/+75°
Peluru Utama: 155-mm Frag-HE, M1 HE
Indirect Fire Range (m) Jarak Minima : 3000
Jarak Maksima : 39,000
Berat Projektil (kg): 8.7
Muzzle Velocity: 897 m/s


Thursday, May 17, 2007

Scorpion CVRT (Kereta Kebal Ringan)

Alvis Scorpion 90 CVRT
Kereta Kebal ringan Scorpion sebenarnya di reka untuk memenuhi kehendak Tentera British sebagai kenderaan tempur peninjauan (track). Unit pertama kenderaan ini dikeluarkan pada tahun 1972 dilengkapi dengan meriam berkaliber 76mm L23A1 dan enjin Jaguar 4.2 liter (petrol). 

Semenjak itu syarikat Alvis telah membina lebih kurang 3000 buah Kereta Kebal Scorpion ini untuk kegunaan tentera British dan juga untuk di ekspot ke negara lain. 

Model yang seterusnya dikeluarkan oleh Alvis dilengkapi dengan enjin diesel yang lebih berkuasa (Cummins atau Perkins) dan juga dipasang dengan meriam Cockerill 90mm. Berkhidmat di dalam Angkatan tentera British dari 1973 hingga 1994.

Peralatan-peralatan lain yang di sertakan termasuklah sistem perlindungan NBC (nuclear, biological, chemical) , peningkatan dari segi imej atau peralatan thermal night vision, turet yang di upgred, sistem navigasi, sistem pendingin dalaman dan sistem paparan (screen).

Kereta Kebal Ringan Scorpion ini masih lagi berkhidmat di Belgium, Botswana, Brunei, Chile, Honduras, Iran, Indonesia, Ireland, Jordan, Malaysia, Nigeria, Oman, Philippines, Sepanyol, Tanzania, Thailand, Togo, United Arab Emirates dan juga UK. Ini termasuklah kedua-dua versi meriam 76mm and 90mm.

Malaysia telah memiliki 26 buah Kereta kebal Scorpion yang dilengkapi dengan meriam Cockerill 90mm dan di operasi oleh Kor Armor Diraja.


Data Teknikal Scorpion
Krew: 3
Persenjataan: 1x 90mm meriam Cockerill (main) ; 1x 7.62mm mesingan (co-axial); 1x 7.62mm mesingan (pertahanan udara). Berat: 8,723kg
Power-to-weight ratio: 22.92hp/t
Enjin: Perkins diesel menjanakan 200bhp coupled to TN15 semi-automatik transmisi
Panjang: 5.288m
Lebar: 2.134m
Tinggi: 2.102m
Kelajuan Maks: 72.5km/h
Jarak: 756km
Pengangkutan Udara : C-130 Hercules


.........................
                  


Tuesday, May 15, 2007

KORVET KELAS NAKHODA RAGAM KE KELAS BUNG TOMO

KRI Bung Tomo (Ex KDB Jerambak)
Kapal Korvet yang mempunyai berat 1940 tan dan panjang 95 meter ini adalah merupakan kapal Kelas Nakhoda Ragam yang dibina oleh BAE System untuk Tentera Laut Diraja Brunei (RBN). 

Dua buah kapal dari kelas ini iaitu, Nakhoda Ragam and Bendahara Sakam, telah dilancarkan pada Januari and Jun 2001 oleh BAE Systems Marine Shipyard di Scotstoun. Pelancaran kapal peronda yang ketiga, Jerambak, ialah pada Jun 2002. 

Semua ketiga-tiga kapal ini telah siap dibina dan menunggu untuk diterima oleh Tentera Laut Diraja Brunei (RBN).

Friday, May 11, 2007

Skyhawk A-4PTM (Peculiar to Malaysia)

A-4 Skyhawk adalah sejenis pesawat penyerang yang direka khusus oleh Firma McDonnell-Douglas (kini Boeing) untuk di operasikan pada kapal induk Tentera Laut Amerika Syarikat

Kapal terbang ini masih dalam perkhidmatan dengan angkatan tentera beberapa buah negara seperti Argentina

Malaysia adalah salah satu negara yang pernah menggunakan khidmat pesawat ini yang diberi nama A-4PTM (Perculiar to Malaysia) sekitar pertengahan 1980an.

Pesawat A-4 Skyhawk dicipta oleh Ed Heinemann untuk memenuhi keperluan Tentera Laut yang mencari kapal terbang bagi menggantikan pesawat A-1 Skyraider. Beliau memilih untuk mencipta pesawat yang paling ringan dan paling kecil dan paling mudah dikendalikan.

Dalam tahun 1952, Tentera Laut memberikan kontrak kepada McDonnell-Douglas untuk pembekalan kapal terbang A-4 Skyhawk. Penerbangan sulung dilakukan pada 22 Jun 1954 dan penghantaran kepada skuadron Tentera Laut dan Kor Marin bermula pada akhir tahun 1956. Skyhawk berterusan dibuat sehingga tahun 1975 dengan 2960 unit dibina, termasuk 555 pesawat dua tempat duduk.

Tentera Laut mula menarik baik pesawat A-4 Skyhawk daripada perkhidmatan skuadron dalam tahun 1967 untuk penggantian dengan pesawat A-7 Corsair II. Kor Marin terus menggunakan pesawat A-4 Skyhawk sehingga pertengahan tahun 1990-an apabila ianya digantikan oleh pesawat AV-8 Harrier.


A4 Skyhawk TUDM

Melalui program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai program "PERISTA", dalam tahun 1982, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pembelian 88 buah skyhawk terpakai (25 model A-4C dan 63 model A-4L) yang sebelumnya digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat yang berharga RM 8 juta sebuah. 


Bagaimanapun hanya 40 buah sahaja yang dapat di operasikan oleh TUDM manakala 48 buah lagi di simpan untuk kegunaan alat ganti.

Firma Grumman Aerospace di St. Augustine, Florida di beri tanggungjawab untuk membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pendawaian semula, pemasangan komputer pengeboman Hughes ARBS, kelengkapan radio baru model AN/ARC-164 UHF , mesingan pesawat berkaliber 20mm dan keupayaan membawa lebih banyak ordnans.
.
A-4PTM dilengkapi dengan enjin Wright J65-W-20 yang telah diubahsuai dengan tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj. Pengubahsuaian juga membolehkan pesawat ini membawa misil udara ke udara AIM-9 Sidewinder dan misil udara ke darat AGM-65 Maverick.

6 buah pesawat (A-4C/A-4L) telah diubah suai menjadi versi pesawat latihan TA-4PTM (M32-01 hingga M32-06) dan 34 buah dibaik pulih untuk versi penyerang A-4PTM dengan no pendaftaran baru (M32-07 hingga M32-40). 

Kesemua 40 buah A-4PTM/TA-4PTM Skyhawk diterbangkan secara berperingkat-peringkat dari AS ke Malaysia bermula dari tahun 1985 dan yang terakhir tiba pada tahun 1986. Kesemuanya pesawat ini dikendalikan oleh Skuadron ke 6 dan Skuadron ke 9 yang berpengkalan di Kuantan.
.
Malangnya tidak berapa selepas digunakan, pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi yang berakhir dengan kematian juru terbang. 

Berikutan itu, pada tahun 1989 kerajaan mengumumkan untuk menamatkan perkihdmatan Skyhawk dan digantikan dengan pesawat Bae Hawk 108/208 menjelang 1994. 
.
Spesifikasi A-4 Skyhawk PTM
Juruterbang : ...........Seorang dan 2 orang (versi TA-4PTM)
Enjin : .......................Wright J65-W-20
Panjang Sayap : .....8.38m
Panjang : ................12.6m
Tinggi: .....................4.57m
Kelajuan maksima:  1083 km/j
Had penerbangan:  12,192m
Persenjataan: .........Meriam ringan kaliber 20mm, boleh membawa pelbagai jenis bom,
................................misil AIM-9 sidewinder udara ke udara dan AGM-65 Maverick udara ke 
                                darat

Monday, April 30, 2007

KERETA KEBAL UTAMA "LEOPARD 1"

Leopard 1 - Jerman

Leopard (atau Leopard 1) di hasilkan oleh Firma Krauss-Maffei Jerman, memasuki service kali pertama pada tahun 1965 dan merupakan Kereta Kebal Utama bagi Jerman.
.
Pembinaannya bertujuan mengantikan kereta kebal Amerika M47 dan M48 yang dimamah usia dan ketinggalan zaman dalam inventori tentera Jerman.

Sunday, April 22, 2007

KELAS KEDAH (MEKO-100 RMN)

KD Terengganu (174)
Kelas Kedah adalah merupakan kelas OPV (Offshore Patrol Vessel) dalam inventori Tentera laut Di Raja Malaysia (TLDM). 

Kelas Kedah dibina oleh Firma Blohm + Voss dari Jerman berdasarkan model Meko A100 yang berkonsep FFBNW (Fitted For But Not With).

TLDM bercadang mendapat 27 buah kapal NGPV (New Generation Patrol Vessel) ini yang jumlah kontraknya ialah RM24 billion. 


Dalam tempoh 8 tahun TLDM dijangka akan menerima 6 buah kapal generasi baru ini. Dua kapal pertama dibina di Jerman dan selebihnya oleh PSC-ND di dalam negara.

Wednesday, April 18, 2007

KD Kasturi (HDW FS 1500)

KD Lekir

Kelas Kasturi (Light Frigate /large corvette) merupakan frigat ringan yang berkhidmat di dalam TLDM/Royal Malaysian Navy. (RMN)

Kelas ini mengandungi 2 kapal iaitu, F25
KD Kasturi dan F26 KD Lekir. Walaupun lebih kecil daripada Frigat KD Rahmat, tetapi kelas kasturi ini mempunyai kelebihan dari segi keupayaan persenjataan dan pertahanan.

Kapal ini telah dibina oleh
Blohm + Voss (HDW) shipyard di Kiel, Germany. F25 KD Kasturi siap dibina pada 14-May-1983 dan di tauliahkan pada 15-Aug-1984 sementara F26 KD Lekir siap dibina pada 14-May-1983 dan di tauliahkan pada15-Aug-1984. Kedua-dua kapal ini berada di dalam skuadron ke 22 Korvet dan bertempat di TLDM Lumut.
 

Negara lain yang mengoperasi FS 1500 ialah Colombia di kenali dengan Frigat Kelas Almirante Padilla.

Kedua-dua kapal ini dalam perancangan untuk mejalani program tingkat upaya bagi mempertingkatkan lagi keupayaan sistem kombat. Antaranya mengantikan pelancar roket anti kapal selam Bofors ASRL kaliber 375mm dengan pelancar tropedo jenis whitehead B515 atau ILAS-3 berkaliber 324mm dan juga mengantikan 2 unit meriam berkembar 30mm Emerlec Mk74 dengan 2 unit meriam MSI DS30B yang terdapat pada Frigat F-2000 TLDM.

Sistem Persenjataan.

Meriam Utama - 100mm /55DP Creusot Loire buatan Perancis
Meriam Sekunder - Bofors 57mm/70 DP (dek belakang kapal)
Senjata sokongan - 2 unit meriam berkembar 30mm Emerlec Mk74.
SSM - 8 unit peluru berpandu MBDA Exocet MM40 ITL 70-Block II (upgraded)
SAM - Sistem Manpad sahaja.
Senjata Anti Kapal Selam (ASW) - Bofors 375 mm twin barrel ASW RL

Sistem Enjin

KD Kasturi dilengkapi dengan 4 enjin MTU 20V 1163 TB92 diesel, menghasilkan 21.460 kuasa kuda. Kelajuan maksimum 28 knot. Pada kelajuan 14 knot ia mampu belayar sehingga 7000 batu nautika.


rujukan:
Perajurit keluaran bulan 4/2007
Wikipedia (free Encyclopedia)
Defancetalk.com

Wednesday, April 11, 2007

Raifal Steyr AUG A1


Styer AUG-A1


Steyr AUG A1 mula diperkenalkan pada tahun 1977 oleh Syarikat Austria Steyr Mannlicher
AUG ialah Armee-Universal-Gewehr, bermaksud "Universal Army Rifle." 

Ianya kerap digunakan sebagai rujukan untuk versi yang spesifik, terutamanya versi initial iaitu 5.56 mm NATO bullpup assault rifle.

Digunakan oleh banyak negara dan organisasi dan merupakan senjata utama yang digunakan dalam perkhidmatan angkatan tentera Austria, Australia, New Zealand, Luxembourg, Ireland, Oman, Argentina, Indonesia dan juga Malaysia.

Steyr AUG adalah diantara senjata yang direka menggunakan prinsip a bullpup, ini menjadikan ia 25% lebih pendek barrelnya berbanding barrel biasa senjata lain, tanpa menganggu ballistic performance. 

Kebanyakan versi yang dikilangkan-dilengkapi dengan 1.5x magnification optical sight/carrying handle. Steyr AUG ini umumnya dianggap sebagai raifal combat yang mempunyai rekabentuk ergonomik moden. 

Pemilihan tembakan senjata Steyr AUG dikontrol oleh picu senjata tersebut.

Terdapat 2 peringkat tembakan yang boleh dilakukan iaitu untuk tembakan separa-automatik picunya hanya perlu ditarik separuh sahaja, manakala untuk tembakan automatik picunya ditarik hingga kebelakang.

AUG menggunakan NATO kartrij 5.56 × 45mm dan standard 1: 9 rifling twist akan menstabilkan kedua-dua peluru jenis SS109 / M855 dan M193

Ada beberapa negara termasuk Australia dan New Zealand menggunakan versi rifling twist 1: 7 dengan sentuhan dioptimumkan untuk peluru versi NATO SS109. 


Steyr AUG mula digunakan oleh TDM dipenghujung tahun 1990-an. Ia digunakan oleh TDM untuk menggantikan senjata M-16.

Ia dikatakan dipilih kerana panjang senjata ini yang pendek sedikit daripada iaitu 805 mm tetapi ianya mempunyai berat yang lebih sedikit daripada M-16 iaitu 3.8 kg.

 




Versi Styer AUG A3




Sunday, April 1, 2007

Kapal Selam Malaysia "SSK SCORPANE"








                            





SSK Scorpene, kapal selam penyerang yang mengunakan enjin berkuasa diesel-electric berupaya melancarkan peluru berpandu (misil) jenis conventional dan juga nuklear. Di bina oleh Perancis- DCN International dan Navantia (Itali).

Berat 1,700 tan, 219 kaki panjang dan kelajuan (speed) melebihi 20 knots. Berkemampuan berada di dalam air selama 7 hari dengan hanya 31 orang anak kapal, dan boleh menyelam sehingga kedalaman melebihi 1000 kaki (300 meter). Scorpane juga berupaya melakukan rondaan sejauh 5000 batu notika.

Untuk keselesaan 31 orang krew, kapal selam ini dilengkapi sebuah kabin untuk kapten, sebuah untuk 5/6 pegawai, dua kabin untuk 5/6 pegawai rendah, dan sebuah untuk 15 orang anak kapal berpangkat biasa. 

Ia juga dilengkapi dengan katil dan loker persendirian untuk setiap seorang, dua buah tandas, dua bilik mandi, empat tempat membasuh, dan tiga mess.
.












Ruang bahagian dalam Scorpane.
.
Sistem Persenjataan
SSK Scorpene Malaysia akan dilengkapi dengan EADS SM39 Exocet sub-harpoon anti-ship missiles (6 di dalam tube dan12 di atas rak). dan advanced torpedo termasuk torpedo Black Shark (wire guided torpedoes). 

Kapal selam ini juga dilengkapi dengan sistem keselamatan dan penyelamat, termasuklah poin connection untuk diving bell atau Deep Submergence Rescue Vehicle (DSRV) ini merupakan satu kelebihan untuk sesuatu operasi menyelamat.
.
Kerajaan Malaysia telah memesan 2 buah kapal selam ini yang pada Jun 2002 dan jangka siap untuk operasi pada tahun 2009. Buat masa ini , seramai 156 anggota TLDM pelbagai pangkat telah dihantar ke Brest, Perancis untuk latihan mengendalikan kapal selam ini.

Latihan pengendalian ini akan menggunakan kapal selam agosta 70 (Ouessant S623).