Pages

Wednesday, March 19, 2008

KAPAL SELAM SWEDEN "SS Sjoormen"


Kapal selam moden yang pertama dimiliki oleh tentera laut sweden ialah dari kelas Sjoormen yang dibina pada awal tahun 1960an oleh Kockums, malmo. 3 unit telah dibina oleh kockums-malmo manakala baki 2 unit lagi telah dibina oleh syarikat Karlskronavarvet. 

Lima buah kapal selam kelas sjoormen dikenali sebagai Sjoormen, Sjolejonet, Sjohunden, Sjobjornen dan Sjohasten. Dengan mempunyai hull jenis albacore untuk kelajuan dan gubahan menggunakan dek-berkembar (twin deck). 


Type A12 ini digunakan di kawasan laut baltic yang cetek kerana mempunyai keupayaan pergerakan yang tinggi dan lincah, ini telah memberi kelebihan kepada tentera laut Sweden di dalam setiap operasi yang mereka jalankan.                                                                                  

Kelima -lima buah Kapal Selam Kelas Sjoormen ini telah di lucutkan pentauliahannya dari dari perkhidmatan Tentera laut Sweden dan dijual kepada Tentera laut Singapura (RSN) sebanyak 4 buah. 


Type A14 Kelas SS Necken telah tauliahkan perkhidmatannya pada tahun 1976 dan 1978 untuk menggantikan kelas Sjoormen.

Sjoormen Singapura (RSN)



RSS Chieftain dari Challanger Class

Tentera Laut Republik Singapura(RSN) telah membeli 4 buah kapal Selam terpakai dari Sweden yang berusia 25 tahun. 

Pembelian Kelas SS Sjoormen yang seberat 1,130 tan ini termasuk sekali dengan pakej latihan untuk 40 orang personel untuk latihan peringkat permulaan. 


RSN telah menerima kapal selam nya yang pertama pada awal tahun 1998. Ia diletak di bawah skuadron 171 RSN.

Empat kapal selam SSK Sjoormen ini adalah dari jenis Diesel-Elektrik. 3 daripadanya telah diberi nama baru iaitu RSS Challenger, RSS Conqueror, RSS Centurion manakala sebuah lagi berada di Sweden untuk digunakan untuk latihan anak kapal. 


Terdapat beberapa penambahbaikan dan pengubahsuaian yang dilakukan untuk memberi keselesaan kepada anak kapal dan juga ketahanan kapal selam ini semasa beroperasi diperairan asia kerana ianya berbeza sekali dengan perairan baltic.

Data Teknikal SS Sjoormen RSN

Krew : 28 orang anak kapal
Panjang: 51 meters
Lebar: 6.1 meters
Tinggi: 5.8 meters
Berat: 1 130 tons (di permukaan); 1 210 (menyelam)
Kuasa Enjin: Diesel-Electric (1 shaft); 2 Hedemora-Pielstick V12A/A2/15 diesel producing 1.62 Mw (2 200 Hp); 1 ASEA motor producing 1.1Mw (1 500 Hp)
Kelajuan: 12 knot (di permukaan); 20 knot (menyelam)
Jangkamasa: 21 hari
Anak kapal: 28 (anggota and pegawai)
Persenjataan: 4 x 21in (533mm) bow tubes – 10 FFV Type 613 anti-surface Torpedos 2 x 16in (400mm) tubes - 4 FFV Type 431 anti-submarine Torpedos
dan Periuk api

Pengawalan senjata: Ericsson IPS-12 data automation
Radar: Navigation – Terma (I band)
Sonar: Plessey Hydra.

No comments:

Post a Comment