Pages

Wednesday, March 6, 2013

BATTLESHIP YAMATO 1941 - 1945

Battleship Yamato belayar dengan megah
Yamato, merupakan kapal utama daripada dua buah kapal "Battleship" dalam kelasnya iaitu seberat 65,000 tan (lebih daripada 72,800 tan jika muatan penuh) , telah dibina di Kure, Jepun. 

Yamato dan sebuah lagi kapal, Musashi setakat ini merupakan kapal perang terbesar pernah dibina semasa perang dunia kedua. Sembilan meriam utama berukuran 460mm (18.1 inci)  mampu  menembak peluru "armor piercing" seberat 1460kg (3200 paun) dan perisai perlindungan kedua kapal tersebut juga tidak ada tandingan pada waktu itu.

 
Di Tauliah pada Disember 1941, hanya seminggu selepas permulaan perang Pasifik, Yamato berkhidmat sebagai kapal utama (Flagship) di bawah pimpinan Komander "Combined Fleet" Isoroku Yamamoto, semasa pertempuran kritikal tahun 1942. 


Pada tahun yang berikutnya, Battleship Yamato banyak menghabiskan masanya di Truk, sebagai sebahagian daripada satu pasukan tentera laut bergerak dalam mempertahankan pangkalan-pangkalan Centeral Pacific Jepun. 

Ia mengalami kerosakan akibat terkena peluru torpedo kapal selam USS Skate (SS 305) pada Disember 1943, dan dibaiki sehingga April 1944. 

Battleship Yamato dari pandangan atas
Semasa dalam pembaikan, sistem pertahanan udaranya telah dipertingkatkan dengan menambah sejumlah senjata anti pesawat.

Yamato kemudianya terlibat didalam beberapa pertempuran yang lain seperti pertempuran "Philippine Sea" pada bulan Jun dan pertempuran "Leyte Gulf"  pada bulan Oktober 1944.

Pada 22 Oktober 1944 Armada laut Jepun yang diketuai Vice Admiral Takeo Kurita terdiri dari 5 buah kapal Battleship termasuk Yamato, 10 buah kapal kruiser berat dan beberapa buah kapal perang lain belayar menuju ke Filipina dalam usaha mengekang kemaraan tentera Amerika.

Pada 24 Oktober 1944 Armada tersebut telah diserang berulangkali oleh pesawat udara dari Kapal Pengangkut Amerika Syarikat. Serangan tersebut telah berjaya memusnah dan menenggelamkan kembar Yamato, iaitu Battleship Mushasi dan sebuah kapal kruiser berat.

Pada 25 Oktober 1944 armada yang diketuai oleh Battleship Yamato sekali lagi bertembung dengan armada US berhampiran kepulauan Samar. Dalam pertempuran ini meriam besar Yamato telah berjaya memusnah dan menenggelamkan sebuah Kapal Pengangkut Pesawat dan 3 buah kapal pemusnah milik Amerika.

Yamato kemudiannya di hantar pulang ke Jepun pada November 1944 untuk dibaiki berdasarkan kerosakan yang diterimanya sepanjang penglibatan beliau dalam Pertempuran di Leyte Gulf.

Semasa dalam pembaikan, mesingan anti pesawat telah ditambah lagi sebagai payung perlindungan dari serangan udara pihak berikat. Pada bulan April 1945 battleship Yamato telah terlibat satu operasi "kamikaze" yang dikenali sebagai "ten go" Operation. 

USS Bennington terlibat dalam serangan keatas armada Jepun
Operasi ini adalah gabungan Armada Udara dan Laut Jepun dalam usaha mengekang kemaraan serangan Tentera Amerika Syarikat terhadap Okinawa pada 6 April 1945.

Armada laut Jepun ini telah berjaya dikesan ketika berada di selatan kepulauan Kyushu oleh kapal terbang pengesan dan kapal selam milik Amerika Syarikat.

Yamato diserang oleh pesawat udara Amerika

Letupan dari Battleship Yamato 7 april 1945

Pada 7 April 1945, Battleship Yamato telah diserang bertubi-tubi oleh kapal terbang dari kapal pengangkut tentera Amerika Syarikat semasa masih berada kira-kira 200 batu ke utara Okinawa dan ditenggelamkan.

Selain dari Yamato, pihak Jepun juga kehilangan beberapa kapal pemusnah iaitu Asashimo Kasumi, Isokaze dan kapal kruiser ringan Yahagi.

Dalam peperangan ini Tentera Jepun menerima kekalahan teruk dan kehilangan hampir 4250 orang tenteranya manakala kemalangan jiwa dipihak Amerika hanya 12 orang sahaja.

  

No comments:

Post a Comment