Pages

Monday, May 6, 2013

HAWK 200/100- BAE SYSTEM



Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia
Pesawat tempur ringan Hawk dari  BAE Systems merupakan pesawat jet latihan lanjutan satu enjin pihak British. Ia dikendalikan oleh dua orang juruterbang, 

Mula diterbangkan pada tahun 1974 sebagai Hawker Siddeley Hawk, dan seterusnya pembinaanya diteruskan oleh syarikat pengganti, masing-masing dari British Aerospace dan BAE Systems . Ia telah digunakan dalam kapasiti latihan dan sebagai pesawat tempur yang berkos rendah. 


Pada tahun 1964 Tentera Udara Diraja British menyatakan tentang keperluan (Air Staff Target (AST) 362) sebuah jet latihan yang baru dan pantas untuk menggantikan pesawat latihan/tempur Folland Gnat T.1 dan pesawat Hawker Hunter T.7   

Pada asalnya SEPECAT Jaguar dipilih untuk untuk peranan ini, tetapi kemudiannya didapati bahawa ianya menjadi terlalu kompleks untuk pesawat ini dijadikan sebagai pesawat latihan pantas, dan hanya sebilangan kecil versi dua tempat duduk telah dibeli. 
   
Oleh itu, pada tahun 1968, Penerbangan Hawker Siddeley (HSA) memulakan kajian untuk pesawat yang lebih mudah, pada mulanya sebagai projek khas (SP) 117. Pasukan reka bentuk yang diketuai oleh Ralph Hooper.

File:Bae hawk t1 xx245 inflight arp.jpg
RAF Hawk T1 Trainer
Pesawat Hawk mula berkhidmat dengan tentera Udara DiRaja British (RAF) pada tahun 1976, iaitu versi T1 sebagai pesawat latihan lanjutan.
.
Pesawat ini dilengkapi dengan Enjin Rolls Royce Turbomeca Adour 151 turbofan iaitu merupakan versi un-reheated , yang digunakan untuk pesawat Jaguar GR3.


Hawk ini telah direka untuk bergerak dengan kelajuan mencapai Mach 0.88 di peringkat penerbangan dan 1.15 Mach dalam keadaan menjunam, sekali gus membolehkan pelatih mendapat pengalaman penerbangan transonik sebelum beralih ke latihan jet supersonik.

Hawk juga direka untuk membawa senjata pod centreline, seperti meriam Aden 30 mm, dua pilon bawah sayap, dan sehingga empat hardpoints untuk peralatan dan persenjataan yang sesuai.



Hawk 100/200
Hawk 209 Tentera Udara Indonesia
Hawk 208 Tentera Udara Diraja Malaysia

Semenjak dari Hawk T1, pesawat tersebut telah mengalami beberapa perubahan atau evolusi pada tahun-tahun seterusnya.

Terdapat beberapa variasi telah keluarkan dan ditingkat upaya untuk kegunaan RAF sendiri dan juga untuk tujuan ekspot. 

Antaranya ialah Hawk T1A, Hawk 50, Hawk 60, Hawk 100, Hawk 120/Lift, Hawk 127 and 132, Hawk T2 (128), Hawk 165 & 200 and T45 Goshawk.

Hawk 200 adalah pesawat satu tempat duduk, pesawat tempur ringan pelbagai fungsi dengan  penekanan kepada pertahanan udara, keunggulan udara,  sokongan udara jarak dekat dan serangan darat.
 
 Manakala hawk 100 pula pesawat latihan dua tempat duduk dengan sistem avionik tambahan, sistem inframerah pandangan hadapan, sayap yang direkabentuk semula dan HOTAS (kokpit pesawat  tempur yang moden).

Malaysia menempah sejumlah pesawat Hawk variasi 100/200 iaitu sepuluh "Hawk 108" dan lapan belas "Hawk 208" pada akhir tahun 1990, yang telah dihantar dari tahun 1993 hingga 1995.
 
Pembelian ini dibuat bagi menggantikan pesawat Tornado yang telah dibatal pembeliannya. Hawk 208 adalah Hawk pertama yang dijual dengan kemampuan mengisi minyak diudara dan mempunyai pod misil dihujung sayap.

Manakala Indonesia telah menempah sejumlah 8 buah “Hawk 109” untuk latihan dan 32 buah “Hawk 209” pesawat tempur ringan pelbagai fungsi.


Pesawat Hawk juga tidak terkecuali dari mengalami beberapa masalah kegagalan teknikal hingga menyebabkan kemalangan. Dibawah adalah kronologi pesawat Hawk yang terlibat dalam kemalangan/terhempas semasa penerbangan

·             02jul86         ZG200           Hawk 200          British Aerospace.
·             24feb96        1060            Hawk 102         Abu Dhabi (U. A. E Air Force).
·             18jun96        M40-03        Hawk 108         Malaysian Air Force.
·             23jul96         M40-10        Hawk 108         Malaysian Air Force.
·             10sep98        M40-36       Hawk 208         Malaysian Air Force.
·             18jul00         1059             Hawk 102          Abu Dhabi (U. A. E Air Force).
·             18jul00         121               Hawk 203          Royal Air Force of Oman.
·             19oct00        TT-104          Hawk 109          Indonesian Air Force.
·             16feb01        1056             Hawk 102          Abu Dhabi (U. A. E Air Force)
     16nov01        TT-0201       Hawk 209          Indonesian Air Force.
·             31jul02         1057             Hawk 102           Abu Dhabi (U. A. E Air Force).
·             04sep02        M40-35        Hawk 208         Malaysian Air Force.
·             14may04       155202        CT-155              Canadian Armed Forces/NFTS.
·             22aug04        1064             Hawk 102         Abu Dhabi (U. A. E Air Force)

Produksi Hawk masih dijalankan oleh United Kingdom (UK) dan INDIA di bawah HAL Industries. Sebanyak 900 buah Hawk pelbagai variasi telah dioperasi oleh 18 buah negara.






 

No comments:

Post a Comment