LHD 1- USS Wasp |
Wasp dibina di Litton-Ingalls Shipbuilding Corporation, Pascagoula, Mississippi (sekarang dikenali sebagai Northrop Grumman Ship Systems) dengan menggunakan teknik pembinaan modular dan pelengkapan pra-proses yang berkesan.
Ia telah dilancarkan pada 4 Ogos 1987 dan ditauliahkan pada 29 Julai 1989.
LHD (Landing Helicopter Deck) diguna untuk mengangkut, memunggah, menempatkan, mengeluarkan arahan dan menyokong sepenuhnya semua elemen ekspedisi unit marin iaitu 2,000 Marin, mendaratkan angkatan tentera melalui helikopter, lancang pendarat dan kenderaan amfibia.
.
Sistem Persenjataan LHD Wasp termasuk NATO RIM-7 Sea Sparrow sistem pertahanan untuk sokongan anti-pesawat, RIM-116 Rolling peluru berpandu pesawat udara, meriam rantaian 25-mm dan sistem senjata jarak dekat 'Phalanx CIWS' untuk menentang ancaman dari pesawat terbang rendah dan bot-bot kecil. Pelancar peluru berpandu decoy memperkukuhkan lagi pertahanan peluru berpandu anti-kapal.
Sistem Persenjataan LHD Wasp termasuk NATO RIM-7 Sea Sparrow sistem pertahanan untuk sokongan anti-pesawat, RIM-116 Rolling peluru berpandu pesawat udara, meriam rantaian 25-mm dan sistem senjata jarak dekat 'Phalanx CIWS' untuk menentang ancaman dari pesawat terbang rendah dan bot-bot kecil. Pelancar peluru berpandu decoy memperkukuhkan lagi pertahanan peluru berpandu anti-kapal.
USS Essex LHD 2 kembar USS Wasp |
LHD ini mempunyai kemudahan perubatan seperti empat bilik perubatan utama, dua bilik pembedahan kecemasan, empat bilik pembedahan pergigian, bilik x-ray, bank darah, makmal, dan wad pesakit.
Ia mampu menyediakan bantuan perubatan intensif kepada 600 mangsa, sama ada mangsa dalam pertempuran atau dibawa di atas kapal dalam misi kemanusiaan.
Terdapat kemudahan rekreasi seperti Pusat sumber iaitu perpustakaan multimedia dengan akses internet, bilik angkat berat, television satelit, sistem pemanas dan penghawa dingin untuk keselesaan 1075 anak kapal dan 2200 tentera.
Antara operasi ketenteraan yang di sertai ialah operasi Enduring Freedom dan Operasi Iraqi Freedom. Manakala misi kemanusiaan yang disertai ialah di Nicaragua untuk membantu mangsa Taufan Felix.
CH-46 Sea Knight |
CH-53E Super Stallion |
helikopter UH-1N Huey |
Jenis-jenis Helikopter yang dibawa oleh LHD Wasp ini ialah 12 buah CH-46 Sea Knight, 4 buah CH-53E Super Stallion, 3 buah UH-1N Huey dan 4 buah AH-1Z Viper. Selain itu terdapat 6 buah pesawat penyerang AV-8B Harrier.
Pada tahun 2011, USS Wasp telah diubahsuai untuk ujian pelancaran dan pendaratan pesawat F-35B, termasuk menggantikan pelancar Sea Sparrow dengan peralatan pemantauan. Beliau kembali ke laut pada 7 Julai 2011
Pada 3 Oktober 2011, ujian pendaratan pertama pesawat F-35B secara menegak pada dek USS Wasp berjaya dilakukan dan pada 5 Oktober 2011, F-35B berjaya dilancarkan dari deknya.
Ianya dibuat bertujuan untuk menggantikan pesawat AV-8B Harrier yang dianggap kurang sesuai pada misi-misi ketenteraan yang akan datang.
Menurut perancangan Pihak Tentera Laut Amerika (USN) LHD Wasp akan ditempatkan di rantau Asia Pasifik pada 2017, sehubungan itu ia akan dilengkapi dengan satu skuadron 16 buah F35B Lightning.
Berapa harganya sebuah..agak2 malaysia mampu beli tak ?
ReplyDeleteentahler mahal ni dah ler RM malaysia jatuh lagi la malaysia tak mampu boli...
ReplyDelete