Aermacchi MB339CM TUDM |
Aermacchi MB-339 adalah sebuah pesawat latihan lanjut dan penyerang ringan keluaran Itali. Pesawat ini telah direka dan dibangunkan untuk mengantikan pesawat Aermacchi MB-326.
MB-339 dianggap memenuhi keperluan Angkatan Udara Itali ketika itu kerana
murah berbanding reka bentuk pesawat
yang lain menyebabkan
ia dipilih untuk
menggantikan kedua-dua MB-326
dan G.91T Fiat
dalam perkhidmatan tentera udara Itali.
Pesawat
itu telah
dipasang dengan sirip yang lebih
besar dan kuasa enjin untuk versi
awal adalah enjin Rolls-Royce Viper 632-43,
menghasilkan 4,000 lbf (17.8 kN). Manakala untuk enjin versi
baru ialah Rolls-Royce Viper
680, dilengkapi dengan
sistem avionik yang dipertingkatkan.
Selain dari pesawat latihan MB-339 mampu berperanan sebagai pesawat penyerang ringan berkeupayaan untuk membawa pelbagai bom dan misil mengikut standard US dan NATO pada enam hardpoints di bawah sayapnya.
Setelah hampir 20
tahun TUDM mengoperasikan 10 buah pesawat MB-339A, kerajaan Malaysia telah
memesan sebanyak 8 buah pesawat latihan Aermacchi versi baru
iaitu MB-339CM pada akhir tahun 2006 bagi menggantikan pesawat MB-339A yang
telah usang.
Lapan buah pesawat latihan
MB-339CM telah diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia oleh
firma Alenia Aermacchi dari Itali
itu dengan harga 88 juta euro ($ 132.800.000) dan di tempatkan di
pengkalan Udara TUDM Kuantan.
Perjanjian pembelian ini meliputi pesawat, alat ganti, peralatan pendaratan dan dua tahun sokongan, serta latihan juruterbang, yang bermula di Itali pada awal 2009.
Pesawat ini telah dihantar secara berperingkat-peringkat, dengan dua pesawat terakhir diterbangkan dari kemudahan Aermacchi di Venegono, Itali, pada 28 November 2008 ke Kuantan.
Dalam konfigurasi MB-339CM yang baru, berasaskan versi CD yang digunakan oleh Tentera Udara Itali, Pesawat latihan dua kerusi , satu enjin ini di lengkapi dengan latihan similasi terbenam, pemetaan digital dan ciri-ciri keselamatan yang baru.
Pesawat pelatih MB-339CM juga mempunyai paparan Head-up(HUD) dan MFD (Multi Functional Display) tiga paparan pelbagai fungsi pada bahagian kokpit depan dan kokpit belakang , perisian untuk mensimulasikan senario operasi yang kompleks , serta probe mengisi bahan bakar udara yang mampu mempertingkatkan keupayaan latihan dan operasi.
Dengan
adanya versi CM ini ianya berfungsi sebagai Lead-In Fighter Trainers
dalam menyediakan juruterbang Tentera
Udara Diraja Malaysia untuk menerbangkan
pesawat pejuang generasi baru yang
terdapat dalam perkhidmatan TUDM.
Sehingga kini pesawat MB-339 telah dioperasikan di sembilan buah negara dengan pelbagai versi, antaranya Argentina, Dubai, Eritrea, Ghana, Itali, Malaysia, New Zealand, Nigeria dan Peru
MB-339CB dioperasikan oleh Tentera Udara New Zealand |
Sebagai Pesawat Penyerang Ringan (foto from Airforce.mil.nz) |
No comments:
Post a Comment