Pages

Sunday, June 21, 2015

PELAN TAIWAN BELI 120 BUAH KERETA KEBAL TERPAKAI USA "ABRAMs M1A1"

M1A1 Abrams

Kementerian Pertahanan Negara Taiwan berkata ia akan berpegang kepada pelan perjanjian untuk membeli 120  buah kereta kebal M1A1 Abrams buatan US dalam anggaran NT $ 33,000,000.000 (AS $ 1.08 bilion) . 

Ibu Pejabat Pemerintah Tentera Republik China (ROC) berkata peruntukan bajet program ini akan dibuat pada tahun 2017, dengan penghantaran dijangka bermula pada 2020.

Tentera Taiwan merancang untuk membeli 120 kereta kebal M1A1 terpakai dari tentera AS untuk menggantikan kereta kebal utama M60A3 dan CM-11 "Brave Tiger" yang telah berusia dan ini meningkatkan kekuatan tempur division infantri.

Selepas penghantaran, 120 kereta kebal tersebut akan dibentuk kepada dua batalion untuk di tempatkan di pangkalan infantri utama
ROC iaitu Hsinchu County Hukou Township, yang akan ditugaskan untuk mempertahankan ibu negara, Taipei dan Taiwan utara, kata pegawai tentera.

Pelan asal tentera Taiwan adalah untuk membeli kereta kebal M1A2 yang lebih baru, yang telah dipertingkatkan sistem elektronik dan sistem kawalan senjatanya, 
tetapi disebabkan harga lebih mahal maka M1A1s dipilih dengan anggaran perbelanjaan  NT $ 33 billion.

Ini mengikut pendekatan yang diambil oleh Australia, yang menaikkan taraf infantri dengan pembelian kereta kebal M1A1 terpakai dari AS yang telah disimpan dalam simpanan.

M1A1 Abrams terpakai Australia
Kementerian Pertahanan Taiwan berkata ia telah diumumkan dan berniat untuk meneruskan rancangan itu, dengan pengumuman tender - dilabelkan sebagai projek TLP04001 dan merujuk kepada perolehan kereta kebal utama baru - diletakkan di laman rasmi perolehan Web kerajaan.

Walau bagaimanapun, notis tender itu tidak termasuk anggaran harga, atau jumlah kereta kebal oleh tentera. 


 

No comments:

Post a Comment