Pages

Tuesday, July 21, 2015

KAI FA-50 PESAWAT PENYERANG RINGAN KOREA SELATAN

KAI FA-50 Korea Selatan
FA-50, pesawat tempur ringan yang baru dikeluarkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI), bagi Angkatan Udara Republik Korea (ROKAF). Ia merupakan versi dari jet pelatih lanjutan supersonik T-50 Golden Eagle  dan juga pesawat penyerang ringan.

Pembangunan pesawat pejuang FA-50 bermula pada Oktober 1997. Ianya bertujuan untuk menggantikan armada pesawat pejuang ROKAF yang dimamah usia seperti pesawat tempur F-5E / F dan pesawat A-37 . Selain itu FA-50 juga akan mengukuhkan keupayaan pertahanan ROKAF.

FA-50, ditawarkan sebagai platform penyerang ringan supersonik yang efisien  dan berpatutan harganya. 



Pesawat tempur ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan pesawat pejuang ringan tentera udara di seluruh dunia. Radar yang canggih menyediakan FA-50 dengan keupayaan pengesanan yang sama dengan pejuang KF-16. 

Panjang pesawat FA-50 ini ialah 13.14m , 9.45m lebar dan 4.82m tinggi. Berat kosong pesawat adalah 6.47t. Pesawat ini boleh berlepas dengan berat kasar maksimum 12.3t. 

Enjin FA-50 dikuasa oleh enjin turbofan General Electric F404-GE-102  memberi kuasa tujahan 17,700lbf  dengan pembakar lanjut. Pesawat ini boleh membawa 568 Liter bahan api tambahan dalam tangki bahan api luaran. Kelajuan maksimum ialah 1,837.5km / h (Mach 1.5).

Pesawat FA-50 boleh membawa muatan senjata sehingga 4.5tan. Pesawat ini boleh dilengkapi dengan Peluru berpandu AIM-9 Sidewinder jarak dekat udara-ke-udara, AGM-65 Peluru berpandu taktikal Maverick udara-ke-darat(AGM), GBU-38 / B Joint Direct Attack Munitions (JDAM), CBU- 105 Sensor Fused Weapon (SFW), bom Mk-82 Drag Low general Purpose (LDGP)  dan Unit bom Kluster (CBU).

Pesawat itu juga dipasang dengan mesingan Gatling, tiga laras 20mm  dan LAU-3 / A 19- "tiub  pelancar roket 2.75, untuk menembak Roket Folding-Fin Aerial  (FFAR). 

Sistem yang terdapat pada FA-50

Pesawat FA-50 dan Filipina

Setelah lebih daripada 10 tahun tidak mempunyai pesawat jet pejuang, akhirnya Filipina telah memeterai perjanjian kontrak pembelian  pesawat pejuang FA-50 Golden Eagle dari Korea Selatan.  

Tarikh 28 Mac 2014 merupakan tarikh keramat bagi Filipina untuk mengesahkan pembelian 12 unit pesawat pejuang ringan FA-50 Golden Eagle yang bernilai US $ 415 juta.

Dari 12 unit itu, 2 unit pertama akan tiba di Filipina pada tahun 2016. Selebihnya akan tiba pada tahun 2017 untuk mengukuhkan Angkatan udara Filipina.

Kali terakhir Tentera Filipina menngaktifkan pesawat pejuang ialah sekitar tahun 2005 iaitu F-5 A/B yang akhirnya dibersarakan kerana faktor usia.

Pembelian FA-50 ini dibuat ditengah-tengah ketegangan yang meningkat dengan China atas wilayah yang dipertikaikan di Laut China Selatan. Walaupun pembelian dilihat sebagai terlambat, di saat China begitu agresif dalam tuntutannya tetapi ianya lebih baik daripada tiada langsung.

Setidak-tidaknya Filipina dilihat berusaha untuk memajukan angkatan tenteranya untuk mempertahankan wilayahnya dari dicerobohi.  

Pembelian pesawat pejuang FA-50 Golden Eagle dari Korea Selatan ini akan menjadi batu loncatan bagi Filipina untuk mempunyai pesawat pejuang multirole yang lebih canggih dimasa akan datang.

Walau bagaimanapun cita-cita Filipina untuk memiliki  pesawat pejuang multirole yang canggih mungkin akan mengambil masa yang lama atas beberapa faktor seperti :-
1. Kekangan belanjawan untuk ketenteraan 
2. Proses politik yang menyulitkan
3.Tiada kemahiran dalam pengendalian pesawat MRCA yang canggih setelah 
   lebih 10 tahun tidak mempunyai pesawat pejuang mahupun pesawat latihan.

FA-50 Filipina melakukan penerbangan
Kerajaan Filipina telah menyuntik sebanyak US $ 1,68 bilion untuk memulakan program pemodenan sejak lima tahun lalu, bagi meningkatkan kemampuannya untuk mempertahankan sempadan maritimnya dari pencerobohan pihak China di Laut China Selatan 





 

No comments:

Post a Comment