Pages

Wednesday, July 1, 2015

TIGA KAPAL SELAM CHINA (KELAS YUAN) UNTUK TENTERA LAUT THAILAND

Kapal selam diesel-elektrik Kelas Yuan

Tentera laut DirajaThailand telah memilih kapal selam diesel-elektrik China dari kelas Yuan (S20 versi ekspot) yang berharga 12 bilion baht setiap satu yang akan ditauliahkan dalam angkatan lautnya.

Sumber dalam jawatankuasa perolehan itu berkata. Majoriti 17 ahli jawatankuasa mengundi untuk membeli tiga kapal selam China, berkata ia adalah "nilai terbaik untuk wang".

Tentera Laut Diraja Thailand juga turut menerima tawaran dari Rusia- Kilo class, Jerman- Type 209 Kapal selam penyerang, Korea Selatan-HDS-500RTN, Perancis dan juga Sweden

Sumber itu berkata, China menewaskan pesaing lain dengan menawarkan kapal selam dilengkapi dengan kekuatan persenjataan dan perpindahan teknologi. Kapal selam ini juga boleh berada di dalam air lebih lama. (kemungkinan dipasang dengan sistem AIP (air-independent propulsion)


Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Prawit Wongsuwon yang menyokong projek kapal selam, memetik bahawa ancaman wilayah terus berkembang dan semakin banyak misi maritim perlu dilaksanakan. 

Beliau berkata banyak negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Malaysia dan Vietnam telah membeli dan menggerakkan kapal selam. 

General Prawit berkata beliau akan menghantar kepada kabinet keputusan perolehan kapal selam   sebaik sahaja ia menjadi kenyataan. 

Pada tahun 2011, Tentera Laut Diraja Thailand berminat untuk melakukan pembelian enam kapal selam buatan Jerman dengan kos sebanyak 7.7 bilion baht. Walau bagaimanapun, projek ini telah ditolak oleh kerajaan Yingluck Shinawatra ketika itu. 

Projek ini dihidupkan semula selepas dari rampasan kuasa 22 Mei 2014, yang menyaksikan kerajaan Yingluck Shinawatra tumbang. 
  
Jika perjanjian ini direalisasikan, Thailand merupakan negara kedua yang menggunakan kapal selam dari China selepas Pakistan

Data spesifikasi S20 versi ekspot

Struktur                           : Double Hulled
Panjang                          : 66 meter
Beam                              : 8 meter
Draf kedalaman              : 8.2 meter
Berat di Permukaan       : 1850 tan
Berat tenggelam             : 2300tan
Kelajuan maksimum      : 18 knot
Kelajuan Kruis                : 16 knot 

Jarak operasi                  : 8000 nm @ 16 kts
Endurance                      : 60 hari
Crew                               : 38 orang
Kedalaman maksimum  : 300 meter

Sistem persenjataan       : 6 tiub torpedo 533mm (mampu lancar torpedo 
                                         buatan Rusia) 
Peluru berpandu            : YJ-8X (C-80X) 
 

No comments:

Post a Comment