BRP Gregorio del Pilar (PF-15) |
Dari 1967-2011 ia adalah Kapal Pengawal pantai (Coast Guard) berketahanan tinggi dari kelas Hamilton milik Amerika Syarikat yang dinamakan USCGC Hamilton (WHEC-715). Ia telah ditamatkan perkhidmatan pada 28 Mac 2011 dan Filipina memperolehinya melalui Artikel lebihan Pertahanan dibawah Akta Bantuan Luar Negeri Amerika.
Gregorio del Pilar secara rasmi ditauliahkan dalam perkhidmatan Tentera Laut Filipina pada 14 Disember 2011 selepas beberapa penambahbaikan kecil dilakukan.
BRP Gregorio del Pilar adalah salah satu daripada dua bekas Kapal Pengawal Pantai Amerika Syarikat dari Kelas-cutter Hamilton yang berkhidmat dalam Tentera Laut Filipina. Sebuah lagi adalah BRP Ramon Alcaraz (PF-16).
kapal pengawal pantai kelas Hamilton semasa dalam perkhidmatan USA |
Gregorio del Pilar merupakan kapal tentera Filipina yang pertama menggunakan aplikasi kebiasaan kapal terkini iaitu enjin turbin gas pesawat jet dengan penggunaan kipas pitch dikawal dan dilengkapi dengan dua gas turbin Pratt & Whitney iaitu 18,000 kuasa kuda (13,000 kW) yang boleh menggerakkan kapal itu pada kelajuan sehingga 28 knot (52 km / jam).
Kapal ini juga mempunyai dua enjin diesel Fairbanks-Morse 3500 kuasa kuda (2,600 kW) , mampu memberi jangkauan rondaan sehingga 14,400 batu nautika (26,700 km) pada kelajuan ekonomi iaitu 17 knot (31 km / j) tanpa mengisi bahan bakar.
Walaupun mempunyai berat 3250 tan, sistem pendorong jenis retractable/rotatable bow tetap memberikan kelebihan pada kapal ini untuk melakukan manuver dalam keadaan kecemasan.
Sistem persenjataannya terdiri dari meriam utama Mk.75 Oto Melara 76 mm, satu Mk. 38 Mod 0 25mm chain gun, dua meriam Oerlikon Mk.16 20mm pada bahagian tengah kapal, dan enam mesingan 12.7mm.
Kerajaan Filipina dilaporkan memesan sekurang-kurangnya dua unit chain gun Mk.38 Mod 2 25mm yang baru, dan dijangka akan dipasang pada semua kelas Gregorio del Pilar.
Tentera Laut Filipina juga diberitakan akan mendapat sistem radar yang canggih yang mampu mengesan dan menjejaki ancaman permukaan, sistem peluru berpandu anti kapal-Harpoon dan torpedo sistem decoy. Ini akan dibeli dari Amerika Syarikat mungkin di bawah perjanjian kerajaan dengan kerajaan
Pada masa ini, kapal hanya dipasang dengan sistem radar pelayaran komersial-spec'ed, dan dilengkapi dengan sistem kawalan tembakan Mk.92 Mod.1.
BRP Ramon Alcaraz (PF-16) |
No comments:
Post a Comment