Pages

Monday, October 12, 2015

POLAND PESAN 8 PESAWAT LATIHAN AERMACCHI M-346 DARI ITALI

 
M-346 Israel (LAVI)

Alenia Aermacchi, sebuah syarikat Finmeccanica, telah menandatangani kontrak dengan Kementerian Pertahanan Poland untuk membekalkan lapan unit M-346 Master.  

Kontrak itu ditandatangani selepas pesawat M-346 dipilih, seperti yang telah diumumkan keseluruhan pembelian itu  bernilai EUR 280 juta.


Ini bermakna harga sebuah pesawat latihan termoden dari Italy itu dianggarkan ialah  EUR 35 juta
 
Selain
lapan pesawat tersebut, peruntukan itu juga termasuk sokongan logistik, program latihan untuk juruterbang dan jurutera dan sistem latihan berasaskan tanah dengan bilik darjah khusus dan bahan-bahan pendidikan.
 
Pesawat Latihan Termaju M-346 Singapura

Selepas Itali sebanyak 15 unit, Singapura 12 unit dan Israel 30 unit, Poland adalah pelanggan keempat yang memesan M-346, yang dianggap paling maju / peneraju utama dalam pesawat latihan pejuang, kini boleh didapati di pasaran. 

Merupakan satu-satunya pesawat latihan generasi baru yang direka khusus untuk melatih juruterbang untuk menerbangkan pesawat tentera yang berprestasi tinggi dari generasi terkini.  

Diberitakan pihak pertahanan Poland telah menambah lagi pesanan untuk pesawat tersebut.
 
Di samping mengekalkan ciri-ciri pesawat latihan pejuang yang maju, M-346 mudah diletakkan dalam konfigurasi untuk menjadi pesawat tempur yang berkesan.  

Dalam operasi pesawat ini boleh konfigurasikan untuk  melakukan serangan darat, anti-kapal dan misi sasaran udara, terutamanya dalam apa yang dikenali sebagai peranan "pertahanan tanah air "

Rekabentuk pesawat latihan dua tempat duduk ini adalah berdasarkan rekabentuk pesawat Yak - 130 Yukolev dan dikuasakan oleh dua enjin Honeywell F124 dan menggunakan sistem kawalan penerbangan secara digital.

Pihak pertahanan Poland dijangka akan menerima 2 buah pesawat ini sebagai penghantaran untuk batch pertama pada tahun 2016. 

petikan dari FINMEC

No comments:

Post a Comment