Pages

Monday, January 4, 2016

SISTEM PERTAHANAN UDARA STARSTREAK DAN FORCESHEILD

Sistem Starstreak di pasang atas Wagon
Sistem Pertahanan Udara Aras Rendah negara akan mempunyai keupayaan lebih canggih dan bertaraf dunia selepas memperoleh dua peluru berpandu sistem pertahanan udara yang baharu ForceSHIELD dan STARStreak dalam masa terdekat.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zin berkata pemerolehan sistem keluaran syarikat Thales itu adalah perlu memandangkan sistem sedia ada tidak pernah ditambah baik sejak era 1990-an.

"Kita perlu menyalurkan sistem pertahanan yang baru untuk memperkukuh keupayaan pertahanan udara yang kini berada pada tahap rendah," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis perbarisan Sempena Hari ATM Ke-82 di Kem Perdana Sungai Besi.

Syarikat Thales telah mengumumkan untuk membekalkan sistem tersebut kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Thales dalam kenyataan media berkata, selain peluru berpandu STARStreak dan ForceSHIELD, sistem pertahanan udara itu turut terdiri daripada sistem penyelarasan radar dan persenjataan CONTROLMaster 200, sistem persenjataan mobil RAPIDRanger dan RAPIDRover, Next Generation Lightweight Multiple Launcher dan sistem komunikasi yang berkaitan.

Ini membolehkan ia dapat diatur gerak pada mana-mana kenderaan tempur atau ditempatkan di lokasi strategik bagi tujuan pertahanan udara jarak amat dekat.
Misil Starstreak (konfigurasi 3 dart)


Peluru berpandu STARStreak  beroperasi pada kelajuan melebihi Mach 3 untuk mengalahkan ancaman fastmoving dan short Unmasking times.  

Konfigurasi Tiga dart  'hittile' memaksimumkan kuasa pemusnah dan panduan cahaya laser yang sangat-tepat  membolehkan serangan ke sasaran rendah (low-signature) dapat ditangani serta kebal terhadap serangan balas yang diketahui.


Sistem ForceSHIELD Thales
Pembelian ForceSHIELD akan membolehkan Angkatan Tentera Malaysia menggantikan dan mempertingkatkan sistem peluru berpandu Thales STARBurst yang digunakan sebelum ini, yang telah digunakan sejak pertengahan tahun 1990an.

 Sistem ForceSHIELD Thales adalah berdasarkan prinsip untuk menyesuaikan dan menggabungkan rangkaian barisan peralatan seperti radar, sistem komunikasi, tempur dan kawalan tembakan, pelancar serta peluru berpandu untuk memenuhi keperluan pengguna barisan hadapan. 

Pendekatan ini menyediakan kemampuan yang amat berkesan kepada negara pengguna untuk menangani kepelbagaian ancaman udara asimetrik dan konvensional yang semakin bertambah dalam persekitaran sekuriti masa kini. 

Sumber : Bernama, MMP, prnasia.com

No comments:

Post a Comment