Pages

Thursday, February 11, 2016

DEFTECH APC AV8 GEMPITA

AV8 Gempita dipasang dengan turet LCT30 dan meriam 30mm
Deftech AV8 Gempita (Thunder) adalah  kenderaan berperisai amfibia pelbagai peranan yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Malaysia, Deftech berdasarkan APC 8x8 FNSS Pars  

Kenderaan ini mempunyai reka bentuk modular yang membolehkan pemasangan turet yang berlainan, senjata, sensor, dan sistem komunikasi di atas kenderaan yang sama.

Prototaip AV8 telah diserahkan untuk kelulusan akhir pada tahun 2011. Malaysia menempah sejumlah 257 kereta perisai ini dalam 12 jenis konfigurasi.

Penyerahan batch pertama iaitu 12 unit AV8  kepada Angkatan tentera Malaysia pada akhir tahun 2014 merupakan satu penanda aras yang  penting dalam program AV8 yang sedang berjalan. Sehingga 2015 sebanyak 40 unit telahpun diserahkan kepada tentera darat.


Berbanding dengan Pars 8x8, sistem perlindungan kereta perisai AV8 baru ini telah ditambah baik, dimana bahagian hadapan telah dipasang dengan perisai tambahan bagi menyediakan perlindungan terhadap tembakan peluru senjata 14.5 mm. Manakala bahagian lain dilitupi dengan perisai yang mampu menahan tembakan senjata 7.62-mm 

Kenderaan ini juga mempunyai hull berbentuk V untuk perlindungan yang lebih baik terhadap periuk api. Kereta perisai ini mampu menahan letupan 8 kg TNT  di bawah mana-mana roda dan 6 kg letupan di bawah hull itu sendiri. 

69 unit AV8 dipasang turet LCT 30 dengan meriam 30mm (foto wiki)
Dari 257 unit yang dihasilkan, sebanyak 123 unit AV8 akan dilengkapi dengan turet Denel LTC30 (2 man turret) yang bersenjatakan meriam penstabil dwi-suapan 30mm dan 54 unit daripadanya akan digandingkan dengan ATGM jenis ZT3 Ingwe.


turet LCT30 dengan ATGM ZT3 Ingwe (foto MMP)


misil ZT3 Ingwe (foto: Wiki)

Sebanyak 46 unit dipasang dengan turet FNSS Sharpshooter dengan meriam Bushmaster 25mm serta mesingan sepaksi 7.62mm dipasang pada kiri meriam utama, 8 unit lagi  akan dipasang dengan sistem mortar 2R2M 120mm dari Perancis. 


FNSS Sharpshooter turret
54 unit lagi akan dipasang dengan mesingan 12.7mm RWS (Remote Weapon System). 

Selebihnya termasuklah kenderaan pemerintah (command vehicles), ambulan, kenderaan recovery, kenderaan penyelengaraan, kenderaan Signals intelligence dan kenderaan Engineering and NBC reconnaissance.

AV8 dikendalikan oleh 3 krew iaitu komander, penembak dan pemandu. Ia boleh membawa kira-kira 11 personel tentera. Pintu belakang atau hac bumbung adalah laluan masuk dan keluar dari kenderaan tersebut.

Enjin AV 8 adalah enjin diesel Jerman Deutz turbocharged, mempunyai kuasa 523 hp. Enjin ini terletak di tengah-tengah hull , di belakang kompartmen pemandu. Enjin yang sama juga digunakan pada Pars 8x8. 

Jarak operasi AV8 gempita ialah 700 km (430 batu ). Beroperasi diatas daratan dengan kelajuan 100 km/jam dan 30 km/jam di atas air. Ia adalah kenderaan amfibia sepenuhnya dan digerakkan oleh dua waterjet.

AV8 ini boleh diangkut melalui udara oleh pesawat kargo tentera C-17 atau A400M

Sebanyak 122 unit AV8 Gempita akan dipasang di Turki manakala selebihnya iaitu 133 unit akan dipasang di Malaysia oleh Deftech (licensed production).


Sumber :
Malaysia Military Power (MMP)
Wikipedia.com
Military today.com
Army recognition.com
Malaysiandefence.com
 

5 comments:

  1. Cadangan sy utk masa hadapan supaya pihak deftech membuat senjata2 tangan yg baru..supaya kita juga dpt bersaing dgn dunia2 luar dan mengurangkan kos import senjata dri dunia luar....

    ReplyDelete
  2. Cadangan sy utk masa hadapan supaya pihak deftech membuat senjata2 tangan yg baru..supaya kita juga dpt bersaing dgn dunia2 luar dan mengurangkan kos import senjata dri dunia luar....

    ReplyDelete
  3. insyaallah malaysia boleh....boleh land

    ReplyDelete
  4. Betul ke av8 ni kita import sepenuhnya dari turki sebab dalam data sipri tiada menyatakan kita buat secara berlesen pun.. kalau buat pun sekadar pasang pakej2 yg dihantar dari luar...

    ReplyDelete