Pages

Tuesday, May 24, 2016

IRAN PAMERKAN KERETA KEBAL BARUNYA - TIAM

Tiam MBT - gabungan kerta kebal China dan USA
Iran mengumumkan kereta kebal utama terbarunya (MBT), yang dipanggil Tiam, pada satu majlis yang dihadiri oleh Komander tentera darat Iran, Brigadier Jeneral Ahmad Reza Pourdastan   menurut Agensi Berita Tasnim. MBT baru ini nampaknya menggabungkan reka bentuk kereta kebal China dan  AS.

Bahagian badan MBT adalah dari M47M Patton, kereta kebal AS yang dibina dalam perkhidmatan dengan Tentera Darat Amerika Syarikat dan Kor Marin pada tahun 1950-an dan awal 1960-an .  

M47M adalah versi dinaik taraf daripada M47 dan antara pengubahsuaian lain, dilengkapi dengan enjin dan sistem kawalan tembakan lebih baik diadaptasi dari MBT M60A1. 

Iran menghasilkan kereta kebal dibawah lesen pada tahun 1970 dan melancarkan versi diubahsuai pada bulan April 2014, dilengkapi dengan meriam jenis-L7 105 milimeter.

Dari apa yang dilihat, bahagian turret kereta kebal Tiam adalah dari jenis model kereta kebal China iaitu Type 59/69. Walaupun berdasarkan model T-55 Russia, terdapat beberapa versi Type 59 dan Type 69 yang bersenjatakan meriam jenis L7-105mm berbanding meriam 100mm yang dipasang pada kereta kebal Russia.

Shabalan  MBT upgrade dari M47 Patton - Foto: Military today
Kereta kebal ini juga di lengkapi dengan mesingan sepaksi 7.62 milimeter mesingan sepaksi dan  mesingan berat 12.7 milimeter DShK "Dashka" yang dipasang pada menara kecil. Turet dan bahagian-bahagian badan kereta kebal ini dilapisi dengan blok perisai reaktif.  

Perisai reaktif ini digunakan untuk melindunginya dari hentaman peluru anti-kereta kebal moden jenis shape charges.

Iran sengaja tidak mempamerkan MBT lebih moden , yang digelar Karrar, dikatakan kononnya sebagai mampu atau lebih hebat dari T-90, MBT generasi ketiga buatan Rusia.  
Menteri Pertahanan Iran, Brigadier Jeneral Hossein Dehghan, mendedahkan wujudnya platform darat baru ini, semasa satu sidang akhbar pada bulan Februari 2016, menyatakan bahawa ia adalah "salah satu kereta kebal yang paling maju di dunia." Beliau menambah, "Karrar adalah 100 peratus buatan Iran  dan ia juga boleh menjadi lebih baik daripada T-90 dalam beberapa keadaan. "

sumber
The Diplomat 

No comments:

Post a Comment