Pages

Thursday, July 21, 2016

CHINA TUTUP LALUAN LAUT CHINA SELATAN UNTUK LATIHAN KETENTERAAN.

Latihan ketenteraan oleh Tentera Laut Republik Rakyat China (PLAN)
BEIJING 18 Julai 2016- China akan menutup sebahagian yang laluan ke Laut China Selatan bagi menjalankan latihan ketenteraan selama tiga hari di wilayah itu, tindakan yang bakal mengeruhkan lagi ketegangan berhubung pertikaian kawasan selepas tribunal antarabangsa menolak tuntutan Beijing terhadap lokasi selamat perairan itu.

Menurut kenyataan Agensi Keselamatan Maritim (MSA) China dalam laman webnya, latihan ketenteraan tersebut akan dilakukan di sebuah kawasan di timur pesisiran pantai wilayah Hainan bermula esok sehingga  khamis ini  dan kapal asing tidak dibenarkan menggunakan kawasan perairan itu.
 
Kawasan Perairan itu meliputi jarak dari Kepulauan Parcel sehingga ke Kepulauan Spratly yang menjadi rebutan antara China dan beberapa negara jiran termasuk Filipina, Malaysia, Brunei dan Vietnam.

Media Tempatan mengaitkan Latihan ketenteraan itu mempunyai kaitan dengan keputusan Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) pada minggu lalu yang tidak memihak kepada Beijing, tetapi Kementerian Pertahanan Negara itu berkata, latihan tersebut merupakan perkara rutin yang dilakukan oleh Tentera Laut China.

Sementara itu, Laksamana Tentera Laut China, Sun Jianguo memberikan amaran, tindakan negara asing  melakukan rondaan secara bebas di kawasan pertikaian perairan Laut China Selatan bakal mengundang bencana yang besar selain menyifatkan isu pelayaran secara bebas di kawasan laut tersebut yang digembar-gemburkan oleh negara tertentu sebagai palsu dan boleh mengundang konflik yang lebih serius.

Jelas Jianguo yang juga Timbalan Ketua Turus Bersama Jabatan Suruhanjaya Pusat Tentera, China merupakan pihak yang mendapat faedah terbesar daripada kebebasan belayar di Laut China Selatan dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjejaskan kelebihan tersebut.

"Sejak bila kebebasan pelayaran di Laut China Selatan terjejas?  Perkara itu belum pernah berlaku serta tidak akan terjadi pada masa depan jika mana-mana pihak tidak mempunyai muslihat tersendiri, "katanya ketika menghadiri satu persidangan tertutup di ibu negara, kelmarin.

sumber
REUTERS
BEIJING 18 Julai – China akan menutup sebahagian laluan ke Laut China Selatan bagi menjalankan latihan ketenteraan selama tiga hari di wilayah itu, tindakan yang bakal mengeruhkan lagi ketegangan berhubung pertikaian kawasan selepas tribunal antarabangsa menolak tuntutan Beijing terhadap lokasi perairan itu.
Menurut kenyataan Agensi Ke­selamatan Maritim (MSA) China dalam laman webnya, latihan ketenteraan tersebut akan dilakukan di sebuah kawasan di timur pesisi­ran pantai wilayah Hainan bermula esok sehingga Khamis ini dan kapal asing tidak dibenarkan menggunakan kawasan perairan itu.
Kawasan perairan itu meliputi jarak dari Kepulauan Parcel sehingga ke Kepulauan Spratly yang menjadi rebutan antara China dan beberapa negara jiran termasuk Filipina, Malaysia, Brunei dan Vietnam.
Media tempatan mengaitkan latihan ketenteraan itu mempunyai kaitan dengan keputusan Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) pada minggu lalu yang tidak memihak kepada Beijing, tetapi Kementerian Pertahanan Negara berkata, latihan itu merupakan perkara rutin yang dilakukan oleh Tentera Laut China.
Sementara itu, Laksamana Tentera Laut China, Sun Jianguo memberi amaran, tindakan negara asing melakukan rondaan secara bebas di kawasan perairan pertikaian Laut China Selatan bakal mengundang bencana yang besar selain menyifatkan isu pelayaran secara bebas di kawasan laut tersebut yang digembar-gemburkan oleh negara tertentu sebagai palsu dan boleh mengundang konflik lebih serius.
Jelas Jianguo yang juga Timbalan Ketua Turus Bersama Jabatan Suruhanjaya Pusat Tentera, China merupakan pihak yang mendapat faedah terbesar daripada kebebasan belayar di Laut China Selatan dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjejaskan ke­lebihan tersebut.
“Sejak bila kebebasan pelayaran di Laut China Selatan terjejas? Perkara itu belum pernah berlaku serta tidak akan terjadi pada masa depan jika mana-mana pihak tidak mempunyai muslihat tersendiri,” katanya ketika menghadiri satu persidangan tertutup di ibu negara, kelmarin. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/china-adakan-latihan-tentera-di-laut-china-selatan-1.355229#sthash.UX8W472Z.dpuf

No comments:

Post a Comment