Pages

Thursday, October 6, 2016

KAPAL SELAM OUESSANT (S623) KELAS AGOSTA 70 DI MUZIUM MARITIM KLEBANG, MELAKA


Kapal selam SMD Ouessant kelas Agosta 70 di muzium kapal selam di Klebang , melaka



Ouessant (S623) adalah sebuah kapal selam kelas Agosta 70 dibina untuk Tentera Laut Perancis. Kapal selam tersebut telah disiapkan di Arsenal de Cherbourg pada tahun 1978 dan berkhidmat dengan Tentera Laut Perancis sehingga pelucutan tauliahnya pada tahun 2001.

Terdapat empat buah  kapal selam dari kelas Agosta 70 ini, iaitu Agosta (S620), Beveziers (S621), La Praya (S622) dan Ouessant (S623). Kesemuanya telah dilucutkan tauliah dari perkhidmatan tentera laut Perancis.

Dari tahun 2005 hingga 2009, kapal selam Ouessant (S623) telah dijadikan sebagai kapal latihan untuk melatih anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang akan mengendalikan dua kapal selam Scorpene Perancis yang dibina untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pada 23 September 2011, Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal mewakili kerajaan Malaysia telah menandatangai satu pemindahan pemilikan kapal selam Agosta 70 dengan Kementerian Pertahanan Perancis Yves Blanc mewakili kerajaan Perancis.

"Kali terakhir Agosta 70 digunakan oleh TLDM dan Tentera Laut Perancis ialah ketika melakukan pelayaran di Lautan Atlantik pada Julai 2009. Selepas itu, ia tidak digunakan lagi," tambahnya.

Kapal selam seberat 1500 tan ini panjangnya 67 meter, 6 meter lebar dan 11.7 meter tinggi, berkelajuan 12 knot semasa dipermukaan dan 20.5 knot ketika berada didalam air. Jarak pengoperasian ialah 8500 batu nautika.

Di kuasakan dengan dua enjin diesel SEMT-Pielstick 16 PA4185VG 3600 hp dan satu elektrik motor 4600 hp dan satu motor kruis 23 kW.

Berkemampuan membawa 58 personel tentera, termasuk tujuh pegawai. Sistem persenjataan terdiri daripada peluru berpandu anti-kapal  Aerospatiale SM 39 Exocet, dilancarkan dari empat tiub torpedo berukuran 533 mm setiap satu.

bahagian dalam kapal selam
Usia SMD Ouessant yang hampir 30 tahun tidak sesuai lagi untuk berkhidmat dalam tentera Laut Malaysia kerana sukar untuk mendapat alatan ganti. 

Akhirnya secara resmi ia dijadikan sebagai muzium kapal selam pertama di Malaysia pada 23 September 2011 dan diletakkan di Dataran 1 Malaysia di Klebang, Melaka. 


sumber
utusan online, globalsecurity.org

  

No comments:

Post a Comment