Pages

Thursday, December 15, 2016

BOEING C-17 GLOBEMASTER III

C-17 Qatar Air Force
Pesawat Boeing C-17 Globemaster III merupakan pesawat pengangkutan taktikal tentera yang besar. Ia telah dibangunkan untuk Tentera Udara Amerika Syarikat dari 1980-an hingga awal 1990-an oleh McDonnell Douglas.

C-17 mampu membuat penghantaran anggota tentera dengan strategik dan cepat serta semua jenis kargo ke pangkalan operasi utama atau secara langsung di kawasan penempatan.  

Pesawat ini boleh juga  melaksanakan misi pengguguran udara, mengangkut penumpang dan pesakit ambulatori apabila diperlukan.

Pesawat ini dikendalikan oleh tiga orang anak kapal (juruterbang, pembantu juruterbang dan Loadmaster). Kargo dimuatkan ke dalam C-17 melalui pintu belakang yang besar yang boleh menempatkan kenderaan tentera dan kargo berpelet.


Ruang dalaman C-17 yang menempatkan anggota dan kenderaan tentera
 
Pintu belakang yang luas yang boleh menempatkan kenderaan dan kargo
Ianya direka bentuk supaya dapat mendarat di landasan sesingkat 3,500 kaki dan selebar 90 kaki. Dengan tujahan enjin reversers , C-17 boleh membuat pengunduran dan berpusing pada landasan yang sangat kecil dalam pangkalan operasi hadapan.

Kapasiti muatan maksimum C-17 adalah 77.52 tan, dan berat kasar maksimum ketika berlepas adalah 265.35 tan.  

Dengan muatan 58.9 tan dan ketinggian penerbangan pada 28,000 kaki, C-17 mampu membuat penerbangan kira-kira 2,800 batu nautika (5,200 kilometer) tanpa pengisian minyak semula dan kelajuan kruis adalah kira-kira 450 knot (830km/h @ 0.74 Mach).

Ia juga mampu membawa anggota payung terjun seramai 120 anggota beserta dengan peralatan mereka. 

C-17 berukuran kira-kira 174 kaki panjang dengan lebar sayap 170 kaki. Pesawat ini dikuasakan oleh empat enjin  Pratt & Whitney F117-PW-100 (fully riversible).  

Enjin Pratt & Whitney F117-PW-100
Setiap enjin ini memberikan kuasa tujahan 40.900 paun .Tujahan reversers mengarahkan aliran udara ke atas dan ke hadapan untuk mengelakkan kemasukan habuk dan serpihan.

Kapasiti muatan minyak ialah 35,546 U.S gelen (134,556 liter).

Antara negara pengguna selain dari Amerika Syarikat termasuklah United Kingdom, Australia, Kanada, Qatar, Arab Saudi, India, Kuwait dan Negara pakatan NATO.

 

No comments:

Post a Comment