Pages

Sunday, April 16, 2017

KAPAL PENGANGKUT PESAWAT KEDUA CHINA DIJANGKA JALANI UJIAN DI LAUT PADA 2019

Lakaran kapal pengangkut pesawat kedua China - Type 001A
Kapal pengangkut pesawat pertama yang  direka dan dibangunkan oleh Tentera Laut, Tentera Pembebasan Rakyat China (PLAN) sendiri "Shandong" dijangka akan dilancarkan pada minggu-minggu akan datang, di mana Kementerian Pertahanan China  mengumumkan pada 21 Februari.

Menurut China Military Online, "perancah kapal Pengangkut pesawat telah dikeluarkan dan lapisan bawah di bawah garis air kapal telah dicat dengan warna merah di Dalian, Wilayah timur laut Liaoning, dan satu majlis pelancaran akan diadakan tidak lama lagi ," .  

Sebaik sahaja dilancarkan, kapal itu dijangka akan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan dengan Armada Laut Utara atau Armada Laut Timur (PLAN) dalam tempoh dua tahun akan datang.
 
Kapal
pengangkut pesawat yang baru ini Type 001A adalah merupakan varian yang lebih baik daripada kapal pengangkut pesawat PLAN yang sedang beroperasi , Type 001 Liaoning seberat 60,000 tan  - yang dipasang pada era Soviet iaitu kapal   pengangkut pesawat pelbagai peranan kelas Admiral Kuznetsov  . 

Dengan anjakan sekitar 65,000 tan, Shandong hanya akan menjadi lebih besar sedikit daripada kapal Type 001 Liaoning.

Kapal pengangkut pesawat pertama China Type 001 - Liaoning (dari kelas Admiral Kuznetsov)
Dikuasakan oleh sistem Boiler minyak dan stim turbin, kapal ini di jangka mampu beroperasi sejauh 3,850 batu nautika (7,130 kilometer) pada kelajuan kira-kira 32 knot.
 
Seperti Liaoning, kapal pengangkut pesawat kedua China ini, akan dapat menampung sehingga 24 jet
pejuang pelbagai peranan Shenyang J-15, varian daripada generasi keempat Sukhoi Su-33 enjin berkembar, serta sehingga sepuluh pesawat sayap berputar seperti Changshe Z-18, Ka-31, atau helikopter Harbin Z-9.

Pesawat pejuang Shenyang J-15 tulang belakang CV16 - Liaoning dan Kapal pengangkut baru Type 001A
Sistem berlepas (take off) pesawat masih lagi menggunakan kaedah ski-jump dengan dibantu oleh sistem Short Take Off But Arrested Recovery (STOBAR). Ia merupakan kaedah berlepas yang dipakai pada Kapal pengangkut pesawat Type 001 Liaoning dan juga pada Kapal pengangkut pesawat Soviet Union.

Sistem STOBAR ini berbeza dengan sistem CATOBAR (Catapult Assisted Take-Off But Arrested Recovery) yang dipakai pada Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, terdapat spekulasi bahawa pengangkut pesawat PLAN seterusnya , digelar Type 002, akan menggunakan teknologi Catapult lebih moden.
 
"Dalam erti kata lain, 002 adalah sama sekali berbeza dari Liaoning (001) dan 001A, dan ia akan kelihatan seperti pengangkut pesawat AS dan bukannya Rusia," kata Li Jie, seorang penganalisis tentera laut China dalam satu temu bual bulan ini. "Perbezaan utama adalah bahawa teknologi catapult lebih fleksibel dan kelajuan sistem boleh dikawal, jadi ia boleh melancarkan pesawat dari pelbagai saiz yang berbeza."


Menurut Yin Zhuo, seorang penyelidik kanan di  Pusat Penyelidikan Kelengkapan PLAN, "untuk melindungi wilayah China dan kepentingan luar negara, China memerlukan sekurang-kurangnya 5-6 kapal pengangkut pesawat untuk ditempatkan di Lautan Pasifik Barat dan juga Lautan Hindi.

sumber
The Diplomat

No comments:

Post a Comment