Dua Kapal Tentera Laut Diraja Kanada HMCS Ottawa dan Winnipeg berlabuh di Boustead Cruise Centre, Pulau Indah di Pelabuhan Klang : Foto Berita Harian |
PELABUHAN KLANG 25 April - Hubungan dua hala Kanada dan Malaysia dikukuhkan dengan kunjungan dua Kapal Perang Tentera Laut Diraja Kanada, di Boustead Cruise Centre Pelabuhan Klang di sini.
Menteri Pertahanan Kanada, Harjit Singh Sajjan berkata, 2017 menjadi tahun penting bagi Kanada dan Malaysia kerana ia adalah ulang tahun ke-60 hubungan bilateral kedua-dua negara.
"Malaysia dan Kanada mempunyai pelbagai persamaan, kita kaya dengan sumber semula jadi, kedua-duanya adalah negara maritim dan kita berjiran walaupun dipisahkan oleh kedudukan geografi.
"Saya berharap Kanada dan Malaysia akan terus berkembang dan menyokong antara satu sama lain dalam usaha mencapai matlamat dan peluang di peringkat antarabangsa.
"Saya juga berterima kasih kepada Malaysia kerana meraikan saya dan delegasi kami sejak dua hari lalu dan juga layanan baik yang diberikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein," katanya selepas di atas kapal perang Kanada HMCS Winnipeg, yang berlabuh di Boustead Cruise Centre di sini.
HMCS winnipeg 338 merupakan frigat kelas Halifax |
Harjit turut menerima kunjungan Asisten Ketua Staf Operasi dan Exercise Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya pada program 'Sunset Ceremony' jam 7.30 malam tadi.
Harjit berkata, melalui lawatan itu, latihan ketenteraan dan program usahasama, Kanada berusaha memberikan sumbangan kepada keselamatan serantau.
Katanya, pada lawatan itu juga, beliau turut mengadakan perbincangan dengan Hishammuddin mengenai rangkaian keselamatan selain peranan Kanada serta memastikan kerjasama dalam operasi.
"Malaysia dan Kanada sudah mempunyai perjanjian kerjasama latihan tentera di sini, selain Kanada turut melatih anggota tentera Malaysia sejak 1966," katanya.
sumber : Berita Harian
PELABUHAN KLANG:
Hubungan dua hala Kanada dan Malaysia dikukuhkan dengan kunjungan dua
Kapal Perang Tentera Laut Diraja Kanada, di Boustead Cruise Centre
Pelabuhan Klang di sini.
Menteri Pertahanan Kanada, Harjit Singh Sajjan berkata, 2017 menjadi
tahun penting bagi Kanada dan Malaysia kerana ia adalah ulang tahun
ke-60 hubungan bilateral kedua-dua negara.
"Malaysia dan Kanada mempunyai pelbagai persamaan, kita kaya dengan
sumber semula jadi, kedua-duanya adalah negara maritim dan kita berjiran
walaupun dipisahkan oleh kedudukan geografi.
"Saya berharap Kanada dan Malaysia akan terus berkembang dan menyokong
antara satu sama lain dalam usaha mencapai matlamat dan peluang di
peringkat antarabangsa.
"Saya juga berterima kasih kepada Malaysia kerana meraikan saya dan
delegasi kami sejak dua hari lalu dan juga layanan baik yang diberikan
oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,"
katanya selepas di atas kapal perang Kanada HMCS Winnipeg, yang berlabuh
di Boustead Cruise Centre di sini.
Turut singgah di Pelabuhan Klang adalah HMCS Ottawa selepas kedua-duanya
berlepas dari British Columbia, Kanada pada 6 Mac lalu dan dijangka
belayar ke Indiana, Amerika Syarikat pada 5 Mei ini.
Harjit turut menerima kunjungan Asisten Ketua Staf Operasi dan Exercise
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar
Yahya pada program 'Sunset Ceremony' jam 7.30 malam tadi.
Harjit berkata, melalui lawatan itu, latihan ketenteraan dan program
usahasama, Kanada berusaha memberikan sumbangan kepada keselamatan
serantau.
Katanya, pada lawatan itu juga, beliau turut mengadakan perbincangan
dengan Hishammuddin mengenai rangkaian keselamatan selain peranan Kanada
serta memastikan kerjasama dalam operasi.
"Malaysia dan Kanada sudah mempunyai perjanjian kerjasama latihan
tentera di sini, selain Kanada turut melatih anggota tentera Malaysia
sejak 1966," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/275820
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/275820
No comments:
Post a Comment