Pages

Saturday, August 26, 2017

PANAVIA TORNADO ADV / IDS / ECR

Pesawat Panavia Tornado dengan muatan pelbagai jenis bom

Panavia Tornado merupakan sebuah pesawat pejuang enjin berkembar yang dibangunkan secara bersama oleh tiga buah negara iaitu United Kingdom, Jerman Barat dan Itali.

Pembangunan pesawat ini mula direncanakan pada tahun 1968, dengan prototaip pertama diterbangkan pada tahun 1974. Mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1979 dan pada tahun 1998 pengeluaranya telah ditamatkan.

Pesawat Panavia Tornado memiliki tiga versi utama iaitu; Tornado IDS (Interdictor/Strike) bagi serangan darat, Tornado ECR (Electronic Combat/ Reconnaissance) bagi menumpaskan pertahanan udara musuh dan Tornado ADV (Air Defence Variant) bagi pemintasan.

Versi IDS berkemampuan untuk melakukan serangan konvensional, anti-kapal (dengan peluru berpandu anti-kapal Kormoran), serangan keatas pertahanan musuh (dengan peluru jenis HARM) dan misi peninjauan.

Versi Tornado ADV pula pada asalnya direka untuk memintas pesawat pengebom Soviet ketika mereka melintasi Laut Utara dengan tujuan untuk mencegah serangan nuklear yang dilancarkan melalui udara terhadap United Kingdom.

Dioperasikan oleh Jerman dan Itali, ECR adalah varian Tornado yang dikhaskan untuk misi Penguasaan Pertahanan Udara  (SEAD) dan tujuan peninjauan. Merupakan versi IDS yang telah diubahsuai. ECR mempunyai sensor untuk mengesan penggunaan radar dan dilengkapi dengan peluru berpandu anti-radiasi AGM-88 HARM. 
 
kokpit dalaman pesawat Tornado
Pesawat Tornado ini juga merupakan antara pesawat yang paling canggih di dunia dan berupaya untuk melakukan misi larangan udara dan serangan darat. Ia mampu untuk membawa muatan yang besar, beroperasi dalam jarak jauh dan kemampuan ikhtiar hidup yang tinggi.

Pesawat ini dilengkapi dengan sensor canggih dan alat bantuan pertahanan untuk penerbangan level rendah, mampu melakukan misi jauh kedalam kawasan musuh dalam semua cuaca pada waktu siang dan malam.

Hampir 1000 unit telah dihasilkan dan hanya empat buah negara sahaja yang mengoperasikan pesawat ini iaitu United Kingdom, Jerman Barat, Italy dan Arab Saudi.

sumber : Wiki, military today

No comments:

Post a Comment