Pages

Tuesday, October 17, 2017

INS VIKRANT - KAPAL PENGANGKUT PESAWAT BUATAN INDIA

INS Vikrant - kapal pengangkut pesawat baru India buatan tempatan
Laksamana Sunil Lanba, PVSM, AVSM, ADC, Ketua Staf Angkatan Laut (CNS) melawat Kochi pada 12 Oktober 2017 untuk melihat kemajuan pembinaan Kapal Pengangkut Pesawat buatan tempatan  (IAC) - "Vikrant" di Cochin Shipyard Ltd. ), Kochi.

Persediaan untuk membina kapal peneraju kelas, INS Vikrant, bermula pada tahun 2008, dan upacara pemotongan besi pertama dilakukan pada Februari 2009.

kapal itu dilancarkan pada bulan Ogos 2013. Kerja-kerja struktur hull hampir siap dan aktiviti out fitting pada pelbagai peralatan dan sistem sedang berjalan pada masa kini.

Menteri pertahanan India mengumumkan pada bulan Disember 2015 bahawa kapal induk pesawat INS Vikrant akan dihantar ke Tentera Laut India pada Disember 2018. Pelancaran kapal seberat 37,500 tan, sepanjang 260 meter dan 60 meter lebar telah tiga tahun terlewat dari jadual sebenar.

Media tempatan melaporkan pada Mei 2017 bahawa kelewatan perolehan telah diselesaikan dan kerja-kerja pemasangan adalah 62% lengkap, dengan ujian sistem tambahan yang dijadualkan pada selewatnya 2017. 

Ia dilengkapi dengan Konfigurasi Short Take-Off But Arrested Recovery (STOBAR) dan pelantar ski jump. Geladak ini direka untuk membolehkan pesawat seperti MiG-29K beroperasi dari kapal tersebut

Kelajuan maksimum kapal dinyatakan ialah 28 knot dimana ia digerakkan oleh 4 mesin General Electric LM2500 ditambah 2 shaft gas turbines, untuk menghasilkan tenaga 80MW , ia dilaporkan mampu beroperasi kira-kira 7,500 batu nautika pada kelajuan 18 knot.  

INS Vikrant bersedia untuk menerima  krew besar terdiri daripada 160 pegawai dan 1,400 kelasi.  

Kapal Pengangkut pesawat ini akan dapat menampung 30 pejuang dan helikopter, termasuk pesawat pejuang Mig-29K dan helikopter Ka-31. 

Nama Vikrant diambil sempena nama kapal pengangkut pesawat india yang lama yang telah dilucutkan tauliah pada tahun 1997 (INS Vikrant - R11)

INS Vikrant (R11)
sumber: worlddefencenews



No comments:

Post a Comment