Pesawat Hawk 108 akan ditambah baik bagi menjamin keselamatannya semasa dioperasikan |
Panglimanya, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, perkara itu dilakukan kerana siasatan mendapati masalah teknikal pada kerangka sawat menjadi punca pesawat pejuang Hawk itu terhempas
Kejadian ini telah mengorbankan dua juruterbang TUDM di Chukai, Terengganu pada pertengahan Jun lalu.
Kejadian ini telah mengorbankan dua juruterbang TUDM di Chukai, Terengganu pada pertengahan Jun lalu.
“Punca kejadian itu menjurus kepada masalah teknikal di bahagian rangka sawat pesawat terbabit. Sebagai tindakan susulan, kita sudah membuat penyelenggaraan terhadap dua pesawat Hawk 108 pada bulan lalu.
Pada 15 Jun lalu, dua juruterbang TUDM, Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, dan Mejar Mohd. Yazmi Mohamed Yusof, 39, ditemukan terbunuh pada pukul 2.30 petang kira-kira 54 kilometer dari Pangkalan TUDM Kuantan selepas pesawat Hawk 108 yang diterbangkan mereka terhempas di kawasan hutan di Chukai.
Sementara itu, Affendi berkata, pusat pemerintahan Markas Wilayah Udara 1 yang sebelum ini ditempatkan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur akan dipindahkan ke Pangkalan Udara Kuantan pada tahun depan.
Beliau berkata, pemindahan itu akan turut melibatkan 200 pegawai dan anggota markas berkenaan.
“Sehubungan itu, kita kini melakukan proses penambahbaikan di Pangkalan Udara Kuantan sebagai persediaan. Kita membina bangunan baharu dan kuarters.
“Diharapkan ia dapat disiapkan pada hujung tahun ini supaya perancangan memindahkan Markas Wilayah Udara 1 dapat dilakukan tahun depan,” katanya.
sumber :utusan
No comments:
Post a Comment