Pages

Saturday, January 20, 2018

4 KAPAL NGPV TINGKAT KESELAMATAN SABAH


KOTA KINABALU: Markas Pemerintahan Armada Timur, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menerima empat lagi kapal peronda generasi baru (NGPV) bagi mengukuhkan kawalan serta tahap keselamatan di perairan negeri ini.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman, berkata dua daripada aset terbabit akan diterima pada tahun ini iaitu KD Selangor dijangka tiba di pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar, Sabtu ini dan KD Kelantan pula pada Mac depan.

Katanya, dua lagi kapal jenis sama iaitu KD Pahang dan Terengganu pula dijangka diperoleh pada tahun depan.

"Setakat ini, kita mempunyai KD Kedah dan Perak. Apabila semua aset itu berada di sini, secara keseluruhan pangkalan ini memiliki enam aset utama bagi kegunaan Armada Timur.

"Selain itu, sebanyak 18 kapal misi pesisir (LMS) akan ditempatkan di sini, Tawau dan Sandakan di Sabah serta Bintulu, Sarawak. Empat daripada kapal itu sedang dibina di China dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun," kata selepas menyempurnakan Perbarisan Tahunan Panglima Armada Timur dan Program Admiral On Deck, di sini, hari ini.

Seramai 41 pegawai dan 271 anggota membabitkan 10 platun mengikuti perbarisan yang diadakan di padang kawad KD Sri Kota Kinabalu, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Sementara itu, Syed Zahiruddin Putra, berkata Kementerian Pertahanan meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi projek kesejahteraan dan kebajikan warga TLDM Kota Kinabalu.

Beliau berkata, dana itu akan digunakan bagi membaikpulih prasarana dalam Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, selain untuk kebajikan anggota dan keluarga mereka.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut meningkatkan kesiapsiagaan mengawasi perairan Sabah bagi menghadapi musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

"Rondaan di semua kawasan memang diadakan seperti biasa, namun kita cuma mempertingkatkan dari segi ketelitian, kepekaan dan sistem radar," katanya.

sumber : berita harian

T50TH-GE THAILAND MENDARAT KECEMASAN DI KUANTAN

Pesawat T-50TH Golden Eagle
Royal Thai Air Force (RTAF) telah mengumumkan penangguhan upacara penerimaan dua armada pertama daripada 12 pesawat pejuang T-50TH Golden Eagle yang dibeli dari Korea Aerospace Industries (KAI) tanpa batas waktu selepas diberitahu oleh pengeluar Korea bahawa jet latihan tersebut memerlukan lebih banyak pemeriksaan sebelum diserahkan.

Upacara tersebut sebelum ini dijadualkan berlangsung di pangkalan udara Takhli di wilayah Nakhon Sawan, Jumaat (12/12) untuk menerima dua pesawat dan dua juruterbang RTAF yang telah selesai berlatih dengan pesawat tersebut.


Menurut kenyataan RTAF, KAI telah memberitahu bahawa ketika dua pesawat tersebut sedang dalam penerbangan ke Thailand pada 8 Januari, juruterbang yang ditugaskan untuk menerbangkan pesawat tersebut meghadapi cuaca yang sangat buruk sehingga memaksa mereka mendarat di lapangan terbang Kuantan di Malaysia.


Dari pemeriksaan melalui pemerhatian (eye inspection), juruterbang dan juruteknik  mendapati  terdapat sesuatu yang luar biasa berlaku pada pesawat itu dan memerlukan pemeriksaan menyeluruh dengan lebih terperinci untuk keselamatan maksimum pesawat.


KAI kemudian berkata ia terpaksa menangguhkan penghantaran pesawat untuk pemeriksaan kemudian untuk memastikan keselamatan penuh sebelum dihantar ke RTAF.


Belum dipastikan lagi sama ada kerosakan itu melibatkan sebuah atau kedua-dua pesawat tersebut.

Menurut Agensi Berita Korea Yonhap, KAI menerima dua pesananan berasingan dari Thailand untuk membina empat jet latihan T-50TH bernilai US $ 110 juta pada 17 September 2015 dan lapan T-50TH bernilai $ 260 juta pada tahun 2016.


T-50 menggunakan enjin turbofan General Electric F404-102 yang dihasilkan oleh Samsung Techwin secara berlesen, dinaik taraf dengan sistem FADEC yang dibangunkan bersama oleh General Electric dan KAI.

RTAF menempatkan 12 pesawat T-50TH untuk latihan dan menyokong air striking mission, dengan penghantaran dua pesawat pertama pada bulan Januari, dan dua unit lain antara bulan April-Mei tahun ini,


sumber : ThaiPBS