Pesawat T-50TH Golden Eagle |
Upacara tersebut sebelum ini dijadualkan berlangsung di pangkalan udara Takhli di wilayah Nakhon Sawan, Jumaat (12/12) untuk menerima dua pesawat dan dua juruterbang RTAF yang telah selesai berlatih dengan pesawat tersebut.
Menurut kenyataan RTAF, KAI telah memberitahu bahawa ketika dua pesawat tersebut sedang dalam penerbangan ke Thailand pada 8 Januari, juruterbang yang ditugaskan untuk menerbangkan pesawat tersebut meghadapi cuaca yang sangat buruk sehingga memaksa mereka mendarat di lapangan terbang Kuantan di Malaysia.
Dari pemeriksaan melalui pemerhatian (eye inspection), juruterbang dan juruteknik mendapati terdapat sesuatu yang luar biasa berlaku pada pesawat itu dan memerlukan pemeriksaan menyeluruh dengan lebih terperinci untuk keselamatan maksimum pesawat.
KAI kemudian berkata ia terpaksa menangguhkan penghantaran pesawat untuk pemeriksaan kemudian untuk memastikan keselamatan penuh sebelum dihantar ke RTAF.
Belum dipastikan lagi sama ada kerosakan itu melibatkan sebuah atau kedua-dua pesawat tersebut.
Menurut Agensi Berita Korea Yonhap, KAI menerima dua pesananan berasingan dari Thailand untuk membina empat jet latihan T-50TH bernilai US $ 110 juta pada 17 September 2015 dan lapan T-50TH bernilai $ 260 juta pada tahun 2016.
T-50 menggunakan enjin turbofan General Electric F404-102 yang dihasilkan oleh Samsung Techwin secara berlesen, dinaik taraf dengan sistem FADEC yang dibangunkan bersama oleh General Electric dan KAI.
RTAF menempatkan 12 pesawat T-50TH untuk latihan dan menyokong air striking mission, dengan penghantaran dua pesawat pertama pada bulan Januari, dan dua unit lain antara bulan April-Mei tahun ini,
sumber : ThaiPBS
No comments:
Post a Comment