Pages

Saturday, February 3, 2018

KD SELANGOR (176) TIBA DI PENGKALAN TLDM SABAH

KD selangor 176 tiba di pengkalan TLDM Kota Kinabalu Sabah
KOTA KINABALU: Ketibaan Kapal Diraja (KD) Selangor di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, hari ini, akan menjadi penanda aras kepada kapal sedia ada di Markas Pemerintahan Armada Timur.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman, berkata KD Selangor adalah yang terbaik walaupun keupayaannya sama seperti kapal lain.

"KD Selangor adalah kapal terbaik TLDM buat masa ini dari segi operasi, penyelenggaraan, kekemasan, kebersihan dan aspek profesionalisme.

"Kita mahu jadikan kapal ini sebagai contoh kepada kapal lain di Armada Timur dan penanda aras supaya kelemahan dapat dikenal pasti bagi meningkatkan keupayaan serta kecemerlangan aset di Armada Timur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis menyambut ketibaan KD Selangor di Jeti Armada Timur, Pangkalan TLDM, Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar, di sini, hari ini.

Katanya, ketibaan KD Selangor di Armada Timur akan meningkatkan kehadiran aset TLDM di kawasan operasi armada berkenaan.

"KD Selangor boleh beroperasi di sepanjang perairan Armada Timur iaitu di Sabah dan Sarawak kerana jangkauan operasi bagi kapal ini amat jauh sekali.

"Kita harap kehadirannya membolehkan kita meningkatkan kehadiran aset di kawasan operasi dalam menjamin keselamatan maritim di Armada Timur," katanya.

KD Selangor membawa 109 kru termasuk 15 pegawai.

Syed Zahiruddin, berkata pihaknya menyediakan 400 unit rumah untuk kru KD Selangor yang dipindahkan di sini.

"Ia sedikit sebanyak akan membantu ekonomi penduduk di negeri ini khususnya di Kota Kinabalu.

"Bagaimanapun, kita juga dalam perancangan membina rumah dalam (Pangkalan TLDM) sebagai persediaan ketibaan tiga lagi kapal yang akan dipindahkan ke sini," katanya.

Tiga kapal terbabit ialah KD Kelantan yang dijangka dipindahkan ke Armada Timur pada Mac depan, KD Pahang dan KD Terengganu yang dijangka menyusul akhir tahun ini atau awal tahun depan.

sumber : Berita harian

1 comment:

  1. Hello Everybody,
    My name is Ahmad Asnul Brunei, I contacted Mr Osman Loan Firm for a business loan amount of $250,000, Then i was told about the step of approving my requested loan amount, after taking the risk again because i was so much desperate of setting up a business to my greatest surprise, the loan amount was credited to my bank account within 24 banking hours without any stress of getting my loan. I was surprise because i was first fall a victim of scam! If you are interested of securing any loan amount & you are located in any country, I'll advise you can contact Mr Osman Loan Firm via email osmanloanserves@gmail.com

    LOAN APPLICATION INFORMATION FORM
    First name......
    Middle name.....
    2) Gender:.........
    3) Loan Amount Needed:.........
    4) Loan Duration:.........
    5) Country:.........
    6) Home Address:.........
    7) Mobile Number:.........
    8) Email address..........
    9) Monthly Income:.....................
    10) Occupation:...........................
    11)Which site did you here about us.....................
    Thanks and Best Regards.
    Derek Email osmanloanserves@gmail.com

    ReplyDelete