Pages

Monday, May 7, 2018

APC GUARDIAN UNTUK PASUKAN MALBATT LEBANON

APC Guardian dengan militeri camouflage
Setelah lama tercari-cari pengganti Condor, Kementerian Pertahanan Malaysia akhirnya memilih Guardian APC untuk menggantikan kereta perisai 4x4 RPZ Condor yang masih digunakan oleh pasukan keamanan Malaysia di Lebanon dalam UNIFIL (United Nations Interim Force In Lebanon).

Untuk mobilisasi dan rondaan selama beroperasi di Lubnan, pasukan Malbatt 850-5 (Malaysian Battalion) mengendalikan 46 Condor APC yang ditempatkan di kem Marakah terletak kira-kira 100 km dari  Beirut. Panzer buatan Jerman ini telah diimport dari tahun 1981 hingga 1984 sebanyak 460 unit untuk Tentera Malaysia.

Sebelum akhirnya memutuskan memilih Guardian, Kemhan (kementerian pertahanan) Malaysia pernah membuka tender yang diikuti oleh Pindad. Ketika itu Pindad menawarkan Panser RIMAU (RI-Malaysia United) berasaskan Anoa 6 × 6, sementara Doosan menawarkan Black Fox 6 × 6 dan Renault Defence menawarkan panser VAB 6 × 6 Mk.2.

Condor pasukan Malbatt di Lebanon
Ia telah diumumkan pada tahun lepas bahawa APC Guardian buatan International Armor Group (IAG) dari UAE telah dibeli untuk menggantikan Condors yang telah berkhidmat dengan Malcolm sejak awal tahun 2007. Sebanyak sembilan unit pertama akan digunakan oleh Malcon.

Di fahamkan sistem persenjataan yang dipasang pada turet APC ini ialah GPMG dan bukanya RWS.

APC Guardian dibina berdasarkan kerangka asas trak Ford Super Duty F450 / F550. Ia  boleh dikuasakan dengan enjin turbo diesel V8 6.7 liter atau enjin petrol 6.8 liter dan transmisi automatik. 

Kelajuan maksima dijalanraya 120km/jam dan jangkauan operasi 800 km. 

Dimensi keseluruhan 6.1 m panjang, 2.9 m lebar, 2.6 m tinggi dan berat kosong kira-kira 6.6 tan,  APC ini boleh membawa sepuluh anggota tentera termasuk pemandu.  

Perisainya menawarkan perlindungan STANAG 4569 Tahap 2 yang dapat menahan kesan peluru senapang tempur (sehebat AK47) . Sementara bahagian bawah lantai direka untuk menahan letupan periuk api serta IED (Improvised Explosive Device). 
 
Bahagian pintu tepi APC Guardian


Ruang dalam Guardian yang mampu muat 10 anggota tentera
IAG pernah menawarkan Guardian dan Jaws 4 × 4 kepada tentera Indonesia. Kedua-dua kenderaan itu dibawa ke Kamoyoran di pameran Indo Defense 2016. 


sumber : Malaysian Defence & Defensestudies 

No comments:

Post a Comment