Pages

Saturday, May 26, 2018

KAPAL PENGANGKUT PESAWAT KEDUA CHINA JALANI UJIAN DI LAUT

Kapal Pengangkut pesawat kedua China -Type 001A sedang menjalani ujian di laut
Kapal pengangkut pesawat domestik pertama dihasilkan oleh china memulakan ujian di laut pada  Ahad lalu, menurut media negeri tersebut, satu mercu tanda dalam cita-cita Beijing untuk memodenkan tentera lautnya sebagai gergasi Asia  untuk menekan tuntutan di perairan serantau yang dipertikaikan.

Kapal Pengangkut yang hanya dikenali sebagai "Type 001A," ditetapkan untuk ujian dari pelabuhan di timur laut China pada pukul 6.45 pagi (2245 GMT Sabtu), menurut  CCTV media.

Dijangka akan ditugaskan menjelang 2020, kapal ini akan memberi China sebuah kapal induk kedua dalam menegaskan tuntutannya di Laut China Selatan dan bertujuan menghalang pergerakan kemerdekaan di Taiwan.

Ia adalah kali pertama enjin kapal, sistem pendorongan dan navigasi akan diuji di laut, kata media tempatan, satu tahun selepas ia pertama kali dilancarkan secara rasmi.

Kapal pengangkut pertama dikenali sebagai Liaoning yang dibeli dari Ukraine dan memasuki servis pada 2012

Sistem pendorong Type Type 001A menggunakan lapan turbin stim - reka bentuk disalin dari enjin TB-12 Soviet yang digunakan oleh kapal pengangkut pertama, Liaoning.

Kedua-duanya boleh membawa kira-kira 40 pesawat dan mempunyai landasan "ski jump" yang sama, sebuah sistem pelancaran lama yang memaksa pesawat untuk membawa lebih sedikit senjata untuk keperluan lebih banyak bahan api untuk berlepas.

Dengan pemilikan kapal pengangkut pesawat ini yang anggaran seberat 66,000 - 70,000 tan telah menempatkan China sebaris dengan negara yang memiliki kekuatan kapal pengangkut seperti, Amerika Syarikat, Rusia, Britian dan India.

sumber : Daily Sabah 


No comments:

Post a Comment