Pages

Thursday, August 9, 2018

PESAWAT PENGEBOM CHINA BERUPAYA TERBANG KE SELAT MELAKA

Pesawat pengebom jarak jauh China H6-K
Beijing, 5 Jun – Pakar pertahanan di China menyatakan bahawa pesawat pengebom China berupaya untuk melakukan rondaan di Selat Melaka.

Ini melihat dengan keupayaan  dan kejayaan pesawat pengebom H-6K PLAAF (Tentera Udara Rakyat Republik China) melaksanakan operasi pendaratan di pulau-pulau di Laut China Selatan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan di laman China Military Online.

“Selat Melaka merupakan satu laluan perairan penting yang berhubung dengan Laut China Selatan dan mempunyai kepentingan tersendiri dari segi ketenteraan dan ekonomi,” kata Lan Shunzheng dalam satu wawancara yang dikendalikan  oleh Science and Technology Daily.

“Jika pesawat pengebom tersebut digunakan untuk meronda di Selat Melaka, kawasan-kawasan sekitarnya akan turut terkesan dari langkah pencegahan sebegini,” tambah beliau sambil  menyatakan bahawa China berupaya untuk melakukan rondaan tersebut walaupun mempunyai kemungkinan bahawa negara itu tidak akan berbuat demikian.

Wang Mingliang, pakar pertahanan dari China turut menyatakan kejayaan China untuk menerbangkan dan mendaratkan pesawat pengebom di Laut China Selatan sekaligus mempertingkatkan keupayaan China untuk bertindak balas terhadap pelbagai ancaman maritim di kawasan sekitar.

Laporan media Rusia pula menyatakan bahawa kekuatan tentera laut China (PLAN) dan tentera udara China (PLAAF) mempunyai kekuatan sendiri dari segi kekuatan logistik dengan melihat bilangan pesawat penangki dan kapal-kapal tangki yang boleh diaturgerak di kawasan sekitar perairan Laut China Selatan.

“Jarak penerbangan biasa pesawat pengebom H-6K adalah sekitar 6,000 kilometer dan mampu untuk sampai ke Selat Melaka,” jelas Lan Shunzheng. “Namun, pesawat-pesawat ini masih perlu untuk memerlukan sokongan logistik yang baik untuk melakukan rondaan dan tindak balas di kawasan rondaan,”

“China mempunyai pengalaman tersendiri di kawasan Laut China Selatan dan kemungkinan pesawat H-6K dan peralatan sokongan perlu diubahsuai dan ditambah baik untuk disesuaikan dengan keadaan operasi di kawasan maritim,” tambah Lan Shunzheng.

Sumber : Airtimes

No comments:

Post a Comment