Pages

Wednesday, October 3, 2018

TENTERA LAUT JEPUN KUNJUNGI MARKAS TLDM KUANTAN

Kapal Pemusnah JS AKEBONO berlabuh di Pelabuhan TLDM Kuantan (MAWILLA 1) : Foto airtimes.my

KUANTAN, 19 Sept - Seramai 210 anak kapal JS AKEBONO dari Angkatan Pertahanan Maritim Jepun (JMSDF) hari ini mengadakan lawatan ke Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pelabuhan Kuantan, di sini.

Delegasi JS AKEBONO diketuai Pegawai Memerintah Divisyen Pengiring Lima Kapten Josuke Nakamura sementara TLDM diwakili Ketua Staf Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) Kapten Muhammad Shakir Salleh.

Nakamura berkata kapal itu yang dalam pelayaran balik ke Jepun selepas enam bulan menjalankan operasi di Teluk Aden, akan berada di sini selama dua hari lagi.


Kami harap lawatan kami di sini akan memperkukuhkan hubungan antara TLDM dan JMSDF sekali gus menyumbang kepada kerjasama dua hala yang lebih baik di antara kedua-dua negara. Kami mahu menggalakkan persefahaman bersama dari segi maritim. 

"Kita mempunyai banyak persamaan dari segi kawalan dan keselamatan terutama untuk membendung kegiatan lanun dan berharap dapat belajar dari satu sama lain," katanya kepada pemberita di sini. 

Nakamura berkata ini adalah kali kedua JS AKEBONO melawat Malaysia selepas menyertai eksesais bersama TLDM di Kota Kinabalu, Sabah pada 2016. 

JS AKEBONO yang bermaksud 'Dawn Hunter' dalam bahasa Jepun dan dilengkapi dengan meriam rapid fire 76mm, sistem pelancaran menegak Anti-Submarine Rockets (ASROC), dua senjata pertahanan 20mm, peluru berpandu permukaan, tiga tiub torpedo dan helikopter yang boleh memuatkan sehingga 8 kru, mula berkhidmat pada tahun 2003. 

JS AKEBONO merupakan kapal pemusnah (Destroyer) dari kelas Murasame. Destroyer ini mempunyai anjakan 4,550 tan metrik dan mampu mencapai kelajuan 30 knot.

Ia memenuhi peranan peperangan bawah laut yang aktif dan pasif serta peperangan udara.

Antara tugasannya adalah mengiringi kapal dagang melalui perairan berisiko untuk memastikan kapal selamat tiba di destinasi selain bekerjasama dengan pasukan dari pelbagai negara seperti Tentera Udara Spanyol, Tentera Udara Perancis dan Tentera Laut Djibouti.

Dalam tempoh 15 tahun perkhidmatannya, JS AKEBONO menyertai lebih 800 misi mengiring melibatkan 3,800 kapal.  

sumber :Bernama, Airtimes.my




 

No comments:

Post a Comment