Pages

Thursday, February 28, 2019

IFV RABDAN 8X8 DARI UNITED ARAB EMERIAH

IFV Rabdan keluaran UAE berdasarkan Arma APC dari Turki : Foto Military-today
Rabdan adalah kenderaan tempur infanteri beroda 8x8 yang baru. Ia adalah versi keluaran UAE yang telah diubahsuai dari kenderaan berperisai Turki Otokar Arma 8x8.

Beberapa tahun yang lalu UAE membeli sekitar 650 BMP-3 kenderaan tempur infantri ini dari Rusia. Penghantaran kenderaan ini dilakukan antara tahun 1992 dan 2000. UAE adalah pengendali terbesar kenderaan tempur infantri dari Rusia ini.

Baru-baru ini Kementerian Pertahanan UAE mengeluarkan permintaan untuk keperluan kenderaan berperisai 8x8 baru, yang akan menjadi lebih mudah dikendalikan, tetapi mengekalkan kuasa tembakan yang ampuh dari BMP-3. 

Pada tahun 2017 Emiriah Arab Bersatu (UAE) memesan 400 kenderaan IFV Rabdan dari sebuah syarikat tempatan Al-Jasur, yang merupakan usahasama antara Otokar Land Systems dari Turki dan Industri Kenderaan Berat UAE. 

IFV Rabdan dipasang dengan two men turret IFV BMP-3M dari Russia dan dilengkapi dengan kit perisai tambahan dan dilindungi dengan lebih baik daripada APC Arma Turki. Berkemampuan untuk membawa sejumlah 12 anggota tentera termasuk pemandu, penembak dan komander

APC Arma buatan Otokar Land Sistem (Turki)
Mempunyai berat biasa 28 tan  dan berat maksimum 30 tan malah lebih panjang dan lebar sedikit daripada APC Arma untuk disesuaikan dengan turet BMP 3. Ini menjadikan ianya berpotensi untuk dibangunkan.

Di pasang dengan enjin diesel Caterpillar 12.5 liter turbocharge yang menghasilkan 600 hp. ditambah dengan transmisi automatik Allison 4500 dengan 6 gear ke depan dan 1 belakang. Kenderaan ini boleh bergerak pada kelajuan maksimum 105 km / j dengan jarak operasi maksimum 700 km / j.

Kenderaan ini menawarkan perlindungan balistik sehingga STANAG aras 4 dan perlindungan dari letupan periuk api sehingga STANAG aras 4a / b (berkekuatan 10kg TNT). Merupakan kenderaan amfibia dan kelajuan maksimum dalam air ialah 10 km/j yang di dorong oleh dua kipas, dipasang di bawah belakang badannya.
 
Bahagian belakang mampu muat 12 personel dan dua kipas pendorong yang berperanan menggerakan kederaan ini semasa dalam air : foto military-today

Stesen senjata BMP-3 adalah meriam 100mm 2A70 semi-automatik dan pelancar peluru berpandu yang distabil dalam dua paksi dan boleh menembak peluru 3UOF HE-FRAG atau 3UBK10 peluru berpandu anti kereta kebal. 
 
Loader semi-automatik ini mampu menembak dengan kadar maksima 10 pusingan per minit. Sejumlah 40 unit peluru dan 6 misil mampu dibawa oleh kenderaan semasa menjalankan operasi.

Persenjataan kedua merangkumi sebuah mesingan sepaksi 30 mm 2A72 dan satu mesingan sepaksi PK2 7.62 mm.
 
IFV Rabdan boleh diangkut dengan pesawat pengangkut taktikal seperti C-130 Hercules, A400M atau pesawat pengangkut lain yang lebih besar.
 
UAE merancang untuk mengetengahkan pelbagai varian Rabdan. Kenderaan asas 8x8 ini dapat diadaptasikan untuk disesuaikan dalam pelbagai peranan di medan perang.
 
 
sumber : military today & armyrecognition 
 
 
 

Tuesday, February 26, 2019

HMCS BONAVENTURE AIRCARFT CARRIER TERAKHIR TENTERA LAUT DIRAJA KANADA

HMCS Bonaventure (CVL22) milik RCN
HMCS Bonaventure (CVL-22) adalah kapal pengangkut pesawat ringan kelas Majestic. Beliau berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Kanada dan Pemerintah Angkatan Maritim Kanada dari 1957 hingga 1970 dan merupakan kapal pengangkut pesawat ketiga dan terakhir yang berkhidmat di Angkatan Laut diraja Kanada. 

Kapal ini asalnya dibangunkan untuk Tentera Laut Diraja British sebagai HMS Powerful pada bulan November 1943. Pada akhir Perang Dunia II, kerja pembinaan kapal itu digantung pada tahun 1946 dan disambung semula pada tahun 1952.

Pada masa pembinaan semula untuk Tentera Laut Kanada (RCN), ia telah memutuskan untuk memasukkan teknologi pengangkut pesawat baru ke dalam rekaannya. Ia memasuki perkhidmatan pada tahun 1957 dan diberi nama Bonaventure.
 
HMCS Bonaventure pada pandangan atas
Sepanjang perkhidmatannya HMCS Bonaventure pernah terlibat dalam rondaan besar-besaran angkatan NATO dan latihan angkatan laut utama dan mengambil bahagian dalam Krisis Peluru Berpandu Cuba.

Kapal ini mempunyai panjang 704 kaki (214.6 m) dengan keseluruhan lebar maksimum 128 kaki (39 m) dan ketinggian 25 kaki (7.6 m). Kapal ini mempunyai berat standard 16,000 tan (16,257 tan) dan 20,000 tan (20,321 tan) pada beban muatan penuh.

Dengan enjin yang menghasilkan kuasa 30000 KW membolehkan kapal ini belayar maksimum kelajuan 24,5 knot (45.4 km / h; 28.2 mph) dengan isian minyak sebagai bahan api sebanyak 3,200 tan.
 
Pesawat tempur Banshee terbang melintasi Bonaventure

Pesawat F2H-3 Banshee tunjang utama HMCS Bonaventure
HMCS Bonaventure mengendalikan 3 jenis pesawat iaitu pesawat tempur McDonnell F2H-3 Banshee, pesawat Grumman CS2F Tracker dan helikopter Sikorsky HO4S yang berperanan dalam peperangan anti kapal selam (ASW)   setelah menjalani program mid-life refit pada tahun 1967 geladaknya mampu membawa Helikopter CHSS-2 Sea King.

Menjelang akhir tahun 1960-an, Kementerian pertahanan Kanada menghadapi kemelut pemotongan perbelanjaan dan HMCS Bonaventure dilabelkan sebagai aset yang memerlukan perbelanjaan tinggi iaitu USD 20 juta setahun. Ini menyebabkan ia terpilih sebagai aset yang akan dibubarkan.

Sebelum dilucutkan tauliah pada 1970, operasi terakhirnya ialah mengangkut pasukan tentera Kanada untuk latihan ke Jamaica pada bulan Januari 1970 dan sebelum itu pada disember 1969 menerima pesawat terakhir mendarat diatasnya.

Bonaventure telah lucutkan tauliah di Halifax pada 3 Julai 1970 dan dihantar ke Taiwan pada tahun 1971 untuk dilupuskan. Jangka hayat perkhidmatannya dalam tentera laut Kanada sangat singkat iaitu 13 tahun.
 

Tuesday, February 19, 2019

SINGAPURA LANCAR KAPAL SELAM BARU KELAS INVINCIBLE

Kapal selam RSN kelas Invincible di limbungan Thyssenkrupp Marine System
Kapal selam pertama Type 218SG Angkatan Laut Republik Singapura telah dilancarkan dan secara rasmi dinamakan di Jerman pada 18 Februari 2019

Kapal selam 70 meter itu menggunakan sistem AIP ( Air Independent Propulsion) dinamakan Invincible semasa upacara di limbungan kapal Thyssenkrupp Marine Systems di Kiel.

Selepas pembinaan dan pemasangan selesai, Invincible akan menjalani ujian sebelum diserahkan pada 2021.

"Dengan kerjasama dengan Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan kami (DSTA), RSN menyelia reka bentuk kapal selam, sebelum bersama membangunkan mereka dengan Thyssenkrupp
Marine Systems ," kata Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Republik Singapura pada majlis itu. "Saya kagum dengan kerjasama dan usaha industri Singapura dan Jerman."

"Kapal pertama dari Type 218SG ini sebagai penanda aras kapal selam generasi yang akan datang," kata Rolf Wirtz, Ketua Pegawai Eksekutif Sistem Laut Thyssenkrupp. "Mereka akan mempunyai pelbagai keupayaan penting dan dengan itu menjadi aset strategik berkemampuan tinggi untuk Singapura dan Tentera Lautnya."

Invincible adalah yang pertama dalam satu siri empat kapal selam Type 218SG. Kontrak untuk dua kapal selam pertama ditandatangani pada tahun 2013 dan kontrak untuk kumpulan kedua pada 2017.

Setelah menyerahkan Invincible pada tahun 2021, kapal selam kedua dijadualkan dihantar pada tahun 2022. Kapal selam ketiga dan keempat dijadualkan mengikuti dari 2024 dan seterusnya.

Kapal selam jenis baru Singapura Type 218SG akan menggantikan kapal selam yang sedang dioperasi oleh RSN dari kelas Archer dan kelas Challenger.
 

Armada kapal selam yang dikendalikan oleh RSN kini, dibina pada tahun 1960-an. Selama dua dekad ia dikendalikan dan memperolehi pelbagai pengalaman operasi di perairan tempatan. 

Kapal selam Type 218SG baru - yang dibuat khas untuk keperluan tentera laut Singapura - akan mempunyai daya tahan menyelam 50 peratus yang lebih lama dari kelas Archer, kuasa tembakan yang lebih, sensor lebih berkemampuan dan sistem automasi canggih daripada armada kapal selam yang ada sekarang.

Berukuran 70 meter panjang dan berat 2,000 hingga 2200 tan, mampu dioperasikan oleh seramai 28 anak kapal. Kelajuan semasa dipermukaan ialah 10 knot dan semasa menyelam 15 knot. Dilengkapi dengan 8 tuib torpedo. 

                                                          SOURCE : MINDEF

sumber : Naval today.com 



 

Monday, February 11, 2019

FRIGAT RTN HTMS BHUMIBOL ADULYADEJ (FFG 471)

Frigat DW3000F RTN (HTMS Bhumibol Adulyadej)
HTMS Bhumbol Adulyadej (FFG-471), yang sebelum ini dikenali sebagai HTMS Tachin adalah versi diubahsuai dari kelas DW 3000F buatan Korea Selatan. Frigat stealth yang berprestasi tinggi telah dibina oleh Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering's (DSME) di bawah kontrak US $ 410 juta dari Ogos 2013.

HTMS Bhumibol Adulyadej adalah yang pertama dari dua kapal yang akan dibina untuk Royal Thai Navy (RTN) . Kapal kedua dari kelas ini akan dibina dalam negara di bawah perjanjian pemindahan teknologi.

DW3000 frigat pelbagai guna  secara rasmi diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Thai dalam satu majlis pada bulan Disember selepas dilancarkan pada bulan Januari 2017.

Rekabentuk frigat Bhumibol Adulyadej didasarkan pada reka bentuk kapal Destroyer Kelas Gwanggaeto (KDX-1) Korea Selatan, berukuran 122.5 meter panjang dan mempunyai krew 136.

Kelajuan maksimum 30 knot dan jarak operasi berterusan sekitar 4,500 batu nautika

Mempunyai berat 3,650 tan dan dijangka akan dilengkapi dengan meriam Oto Melara 76mm, sistem pelancar peluru berpandu menegak 8-sel (VLS system), pelancar peluru berpandu
anti-kapal jenis Harpoon,  sistem senjata jarak dekat Phalanx, pelancar torpedo, meriam DS-30M kaliber 30mm dan pelancar umpan. 
 
Meriam utama Oto Melara 76 mm

Sistem radar ialah radar kawalan tembakan CEROS 200 terdiri daripada pelbagai sensor, termasuk EO, IR, TV dan Laser. Di samping itu, ia mempunyai pelacak video canggih untuk membolehkan TV dan pengesanan IR beroperasi serentak.

Selain itu radar pengawasan AESA jarak sederhana dan jauh Sea Giraffe 4A.

Kapal kedua akan dipasang secara tempatan di Mahidol Adulyadej Naval Dockyard RTN melalui pemindahan teknologi (Ini juga bermakna RTN boleh membuat frigat sendiri di masa depan, keluaran tempatan).

sumber : Naval Today & Militaryleak.com 

 

DUA KAPAL PERANG TLDM SERTAI "EXERCISE AMAN 2019" DI KARACHI

KD Kasturi (FS 1500)

KARACHI, 8 Feb – Dua aset kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Mahawangsa dan KD Kasturi menyertai latihan tentera laut multinasional “Exercise AMAN 2019” di Karachi, Pakistan mulai hari ini.

Menurut laporan Bernama, penglibatan dua aset perang TLDM dalam latihan multinasional ini bertujuan meningkatkan kerjasama dan kefahaman tentera laut lebih 45 negara peserta, termasuk 11 tentera laut yang menghantar aset kapal, helikopter serta pasukan khas.

Latihan ini juga membuktikan kerjasama rapat antara Malaysia dan Pakistan.

Exercise AMAN ini diadakan dua tahun sekali sejak 2007 dan dianjurkan oleh Tentera Laut Pakistan. Exercise AMAN 2019 berlangsung mulai 8 Februari sehingga 12 Februari 2019.

Pada kali ini Delegasi Malaysia turut menyaksikan pembabitan pasukan khas laut (PASKAL) dan pasukan pemusnah bom (EOD) TLDM. Delegasi Malaysia diketuai Panglima Wilayah Laut Tiga TLDM, Laksamana Pertama, Mohamad Azuwan Harun.

Majlis pelancaran latihan multinasional di Pangkalan Tentera Laut Pakistan di Karachi itu dirasmikan Panglima Tentera Laut Pakistan, Laksamana Zafar Mahmood Abbasi dan Komander Armada Pakistan, Laksamana Madya Muhammad Amjad Khan Niazi.

KD Mahawangsa 1504
Muhammad Amjad berkata latihan multinasional itu dianjur berdasarkan kesedaran dan komitmen Pakistan untuk menangani ancaman di laut secara kolektif bersama negara-negara serantau.

“Kerjasama ini membabitkan ancaman keganasan, penyeludupan, pelanunan, penyeludupan senjata dan manusia,” kata beliau yang turut bangga dengan peningkatan penyertaan negara peserta berbanding 35 pada edisi 2017.

Konsep latihan multinasional yang dibahagikan kepada fasa kegiatan di pelabuhan dan latihan di laut itu bertujuan membangunkan tindak balas, taktik, teknik dan prosedur (RTTP) untuk berdepan ancaman bukan tradisional melalui perancangan perang taktikal.

Manakala Mohamad Azuwan berkata TLDM menghantar KD Mahawangsa dan KD Kasturi membabitkan lebih 200 anak kapal, termasuk anggota PASKAL dan EOD, untuk mengambil bahagian dalam Exercise AMAN 2019.

“Keselamatan maritim adalah isu global. Pembabitan TLDM dalam latihan ini adalah signifikan dalam usaha kita mengeratkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Pakistan,” katanya.

Bernama dijemput sebagai tetamu khas media ke Exercise AMAN 2019 selain wartawan Turki, China, Indonesia dan Oman.

sumber : airtimes.my



Monday, February 4, 2019

CAT FEROMAGNETIK PESAWAT J-16 HAMPIR STEALTH -DAKWA CHINA

 
Shenyang J-16


















China mendakwa bahawa pesawat pejuang J-16 kini mempunyai keupayaan "hampir stealth". Cat yang meliputi J-16 adalah sejenis cat Feromagnetik iaitu salutan coating yang memberikan kemampuan stealth kepada pesawat pejuang, menjadikannya hampir tidak terlihat dengan mata kasar dan hampir tidak terkesan dengan alatan elektromagnetik, media China menulis.

Walaupun di upgrade dengan cat pelapis anti radar bagi menyukarkan ia dikesan oleh radar, mungkin akan memberi sedikit kemampuan stealth yang baik namun terbatas. Kerana pesawat ini direkabetuk dengan kelebihan maneuver yang baik bukannya stealth.

J-16 adalah versi diubahsuai dari J-11, yang merupakan salinan dari pesawat Su-27 Rusia. Kelebihan pesawat pejuang reka bentuk Rusia adalah kebolehannya dalam  maneuver dan tidak stealth. 


Seperti yang dinyatakan oleh ahli militer China, Fu Qianshao memberitahu Global Times bahawa cat baru untuk J-16 hanya mengurangkan jejak radar pada pesawat, menjadikan kemungkinan risiko pesawat J-16 di kesan lebih kecil. Musuh hanya dapat mengesanya pada jarak dekat dan memberi kelebihan besar dalam pertempuran.

J-16 akan digunakan oleh Tentera Udara China sebagai pesawat sokongan kepada pesawat stealth superiority J-20. Berkemampuan membawa lapan tan senjata, termasuk bom pintar, peluru berpandu udara ke udara, dan peluru berpandu anti-kapal. China dilaporkan juga membangunkan varian J-16 untuk peperangan elektronik.

J-16 meningkatkan keupayaan China untuk melakukan serangan ofensif. Pesawat tempur ini dijangka memainkan peranan penting dalam konflik bersenjata ke atas Taiwan, selain dari J-20


Sementara pihak China gah dengan mengatakan cat anti radar ini menyebabkan pesawat J-16nya hampir halimunan, pihak Tentera Udara US menurut National Interest, telah menggunakan cat Feromagnetik ini pada pesawat F-16nya hampir sedekad yang lalu.

Keseluruhan badan pesawat F-16 telah di sapukan dengan cat Feromagnetik pada 2012 iaitu cat yang sama digunakan pada pesawat Halimunan (stealth) F-35.

Malah menurut laporan The Aviationist walaupun diupgrade dengan cat Feromagnetik namun tahap pengesanan keratan-rentas radar pada F-16 ialah 1.2 meter persegi lebih besar berbanding 0.005 meter persegi untuk pesawat F-35 dan F-22 Raptor yang sememangnya direka khas untuk halimunan.

Walaupun banyak mana cat kalis radar di masukkan pada setiap bahagian F-16, ianya tetap dilebelkan sebagai pesawat tempur generasi ke-4 tanpa disebut kemampuan halimunannya.

Hal yang sama berlaku pada pesawat J-16, kelebihan cat ini mungkin membolehkan ianya memantulkan radar dan mungkin menyukarkan sedikit radar untuk mengesannya, namun ianya tetap dianggap sebagai pesawat generasi ke-4 tanpa keupayaan stealth.

sumber : Bussiness Insider