Pages

Thursday, February 28, 2019

IFV RABDAN 8X8 DARI UNITED ARAB EMERIAH

IFV Rabdan keluaran UAE berdasarkan Arma APC dari Turki : Foto Military-today
Rabdan adalah kenderaan tempur infanteri beroda 8x8 yang baru. Ia adalah versi keluaran UAE yang telah diubahsuai dari kenderaan berperisai Turki Otokar Arma 8x8.

Beberapa tahun yang lalu UAE membeli sekitar 650 BMP-3 kenderaan tempur infantri ini dari Rusia. Penghantaran kenderaan ini dilakukan antara tahun 1992 dan 2000. UAE adalah pengendali terbesar kenderaan tempur infantri dari Rusia ini.

Baru-baru ini Kementerian Pertahanan UAE mengeluarkan permintaan untuk keperluan kenderaan berperisai 8x8 baru, yang akan menjadi lebih mudah dikendalikan, tetapi mengekalkan kuasa tembakan yang ampuh dari BMP-3. 

Pada tahun 2017 Emiriah Arab Bersatu (UAE) memesan 400 kenderaan IFV Rabdan dari sebuah syarikat tempatan Al-Jasur, yang merupakan usahasama antara Otokar Land Systems dari Turki dan Industri Kenderaan Berat UAE. 

IFV Rabdan dipasang dengan two men turret IFV BMP-3M dari Russia dan dilengkapi dengan kit perisai tambahan dan dilindungi dengan lebih baik daripada APC Arma Turki. Berkemampuan untuk membawa sejumlah 12 anggota tentera termasuk pemandu, penembak dan komander

APC Arma buatan Otokar Land Sistem (Turki)
Mempunyai berat biasa 28 tan  dan berat maksimum 30 tan malah lebih panjang dan lebar sedikit daripada APC Arma untuk disesuaikan dengan turet BMP 3. Ini menjadikan ianya berpotensi untuk dibangunkan.

Di pasang dengan enjin diesel Caterpillar 12.5 liter turbocharge yang menghasilkan 600 hp. ditambah dengan transmisi automatik Allison 4500 dengan 6 gear ke depan dan 1 belakang. Kenderaan ini boleh bergerak pada kelajuan maksimum 105 km / j dengan jarak operasi maksimum 700 km / j.

Kenderaan ini menawarkan perlindungan balistik sehingga STANAG aras 4 dan perlindungan dari letupan periuk api sehingga STANAG aras 4a / b (berkekuatan 10kg TNT). Merupakan kenderaan amfibia dan kelajuan maksimum dalam air ialah 10 km/j yang di dorong oleh dua kipas, dipasang di bawah belakang badannya.
 
Bahagian belakang mampu muat 12 personel dan dua kipas pendorong yang berperanan menggerakan kederaan ini semasa dalam air : foto military-today

Stesen senjata BMP-3 adalah meriam 100mm 2A70 semi-automatik dan pelancar peluru berpandu yang distabil dalam dua paksi dan boleh menembak peluru 3UOF HE-FRAG atau 3UBK10 peluru berpandu anti kereta kebal. 
 
Loader semi-automatik ini mampu menembak dengan kadar maksima 10 pusingan per minit. Sejumlah 40 unit peluru dan 6 misil mampu dibawa oleh kenderaan semasa menjalankan operasi.

Persenjataan kedua merangkumi sebuah mesingan sepaksi 30 mm 2A72 dan satu mesingan sepaksi PK2 7.62 mm.
 
IFV Rabdan boleh diangkut dengan pesawat pengangkut taktikal seperti C-130 Hercules, A400M atau pesawat pengangkut lain yang lebih besar.
 
UAE merancang untuk mengetengahkan pelbagai varian Rabdan. Kenderaan asas 8x8 ini dapat diadaptasikan untuk disesuaikan dalam pelbagai peranan di medan perang.
 
 
sumber : military today & armyrecognition 
 
 
 

1 comment:


  1. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D

    ReplyDelete