Pages

Saturday, March 16, 2019

BOUSTEAD SEMAK SEMULA KONTRAK HARGA KAPAL LMS

Littoral Mission Ship 

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) - Boustead Holdings Bhd (BHB) hari ini mengumumkan penyemakan syarat kontrak untuk membekalkan empat kapal Littoral Mission Ship untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.

Dalam satu kenyataan dengan Bursa Malaysia, BHB berkata kerajaan bersetuju bahawa keempat-empat kapal itu akan dibina dan dihantar ke China pada harga kontrak yang disemak sebanyak RM1.048 bilion.

Ini bermakna kesemua kapal Littoral Mission Ship (LMS) akan dibina di China dan dengan penyemakan syarat baru ini telah berlaku pengurangan harga sebanyak RM 122 juta dari harga asal RM 1.17 bilion.

BHB merujuk kepada pengumuman awal mengenai penandatanganan kontrak antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, anak syarikat BHB, untuk membekalkan empat kapal misi pantai dengan kerjasama sebuah limbungan kapal di China.

Di bawah kontrak awal, dua kapal pertama akan dibina dan dihantar ke China dan dua baki akan dibina dan dihantar ke Malaysia untuk RM1.17 bilion.

sumber : Bernama




1 comment:

  1. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D

    ReplyDelete