A400M semasa misi kemanusiaan di Palu, Indonesia |
Empat pesawat yang mula diterima secara berperingkat-peringkat sejak Mac 2015 itu turut pernah melaksanakan tugas bagi mengisi bahan api pesawat-pesawat tempur milik TUDM di udara.
Selain misi kemanusiaan di Marawi, Filipina pada Julai 2017, TUDM pernah terbang ke Chittagong, Bangladesh sebanyak tiga kali iaitu pada Ogos 2017 diikuti pada Januari dan Julai tahun lalu dengan membawa kargo seberat 37 tan.
Pada Julai 2018, A400M sekali lagi terbang bersama-sama puluhan tan barangan keperluan asas dan ubat-ubatan dalam misi sama kepada mangsa banjir di Vientiane, Laos.
Pegawai Memerintah Skuadron Ke-22 TUDM, Leftenan Kolonel Yusrizal Zain berkata, paling mencabar adalah ketika pesawat itu menyertai misi kemanusiaan di Palu, Indonesia yang dilanda gempa bumi, kira-kira lima bulan lalu.
“A400M terbukti cemerlang di Palu apabila juruterbang mampu mendarat walaupun dengan bebanan (kargo) yang penuh, di landasan yang tidak boleh digunakan sepenuhnya ekoran retak akibat bencana, sekali gus menjadi pesawat pengangkut terbesar yang mendarat di sana, pada masa itu.
aksi A400M di LIMA'19 Langkawi : Foto TUDM |
Berikutan prestasi cemerlang serta tahap penggunaan yang tinggi, Skuadron Ke-22 TUDM telah mendapat pengiktirafan daripada Airbus kerana kejayaan mereka merakam jam penerbangan paling tinggi dalam kalangan semua pengendali A400M di seluruh dunia.
Selain Malaysia yang merupakan negara Asia pertama memiliki pesawat itu, Airbus A400M yang berteknologi canggih dan terkini turut digunakan Perancis, Jerman, Turki dan United Kingdom.
Yusrizal berkata, aset pertahanan negara itu telah membolehkan Malaysia menyokong pelbagai operasi kemanusiaan dengan lebih efektif berbanding dahulu kerana TUDM memiliki keupayaan untuk terbang lebih jauh dan pantas sambil membawa berat bebanan yang lebih tinggi berbanding pesawat lain.
“Walaupun A400M secara idealnya lebih sesuai digunakan untuk menyokong misi kemanusiaan di rantau Asia Pasifik, namun ciri pesawat yang serba boleh akan memantap dan mempertingkatkan keupayaan operasi TUDM.
“Pesawat ini juga merupakan duta terbaik Malaysia semasa pelaksanaan misi pelbagai hala dan mempamerkan kemampuan kendiri kami berbanding tentera udara lain dari seluruh dunia,” ujarnya.
sumber : utusan
Tahniah administration. Blog yg amat bagus. Baru terjumpa kembali. Selalu baca blog Malaysian Defense, On the Way...sahaja. Mantap blog BBBL ini. Keep it up!
ReplyDeleteterima kasih atas sokongan saudara
ReplyDelete
ReplyDeleteayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
WA : +85587781483