Pages
▼
Saturday, April 27, 2019
ALKISAH PERTAHANAN NEGARA YANG SEMAKIN SURAM -MDR
Perkembangan pertahanan negara makin suram selepas pengumuman Menteri Pertahanan Malaysia (Menhan) baharu ini yang mahu menangguhkan perolehan dan pembelian aset baharu untuk memberi laluan kepada Kerajaan mengunakan dana kerajaan menyelamatkan institusi kerajaan yang dikatakan mengalami keŕugian selepas diambil kerajaan baharu selepas piliharaya umum tahun lalu.
Kenyataan Menhan dilihat tidak bersesuaian tatkala beliau dijangka akan berangkat ke Moscow, Russia selama 4 hari untuk bertemu rakan sejawatannya Menteri Pertahanan Russia bagi membincangkan kemungkinan pembelian aset tentera baharu untuk Angkatan Tentera Malaysia serta agensi keselamatan dan penyelamatan Malaysia seperti Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Russia pada Pameran LIMA'19 pada hujung Mac yang lalu menyatakan kesediaan mereka untuk menerima komoditi Kelapa Sawit sebagai cara pembayaran atau tukaran barter untuk pembelian produk pertahanan dari Russia.
Russia dilaporkan berminat menawarkan jet pejuang Su-57E, Su-35 dan Yak-130 kepada Malaysia selain helikopter Mi-17. Russia juga bersedia berkerjasama memastikan jet pejuang Russia milik Malaysia tetap terbang dan memastikan kerja penyelenggaraan pesawat diteruskan serta mendapatkan alat ganti terus dari pengeluar asal.
Russia juga bersedia menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran di Moscow Aviation Institute University of Russian.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini berdepan dengan masalah apabila memiliki banyak aset berusia dan usang. Lebih 60% aset 3 cabang ATM telah melebihi usia 10 tahun dan yang paling berusia mungkin melebihi 50 tahun.
Tentera Darat Malaysia (TD) pada awalnya merancang menaiktaraf kenderaan perisai Condor, Sibmas, Stomer serta kereta kebal ringan Scorpion. Kenderaan yang menjangkaui usia 40 tahun itu pada awalnya mahu dinaiktaraf dengan memberi nafas baharu dengan memasang beberapa bahagian dan peralatan dengan teknologi terkini.
Pada 2016, Deftech telah mempertontonkan prototaip program pembuatan semula kenderaan perisai Condor, manakala KSSB mempertontonkan prototaip naiktaraf kereta kebal Scorpion semasa Pameran DSA 2016.
Namun selepas dinilai semula pada 2018 oleh kerajaan baharu (selepas pilihanraya), program menaiktaraf Condor dan Scorpion dibatalkan dengan kemungkinan dibersarakan. Walaupun terdapat kemungkinan terdapat pengantian dengan kenderaan perisai MRAP 4x4, 6x6 serta kemungkinan penambahan AV8 Gempita 8x8, namun tiada tindakan lanjut diberikan oleh kerajaan.
Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) telah mengumumkan program 15 to 5 sebagai satu langkah untuk meningkatkan keupayaan selain pengurusan yang efisien serta kos operasi yang lebih menjimatkan.
Namun pada 2018 selepas pilihanraya umum, 2 buah Projek dibawah program 15 to 5 iaitu Littoral Combat Ship (LCS) dan Littoral Mission Ship (LMS) mengalami kelewatan yang tidak dijangka.
LCS pada tahun lalu, telah mengalami kelewatan dalam pembinaanya selepas dinilai semula oleh kerajaan baharu. Projek LCS akhirnya diteruskan pada September 2018 dan turut melakukan perletakan tunas bagi LCS ke-4.
Namun penyerahan LCS pada Mac 2019 tidak berlaku dan ia ditangguh sehingga hujung tahun 2019. Ia sekali berlaku kejutan apabila Panglima Tentera Laut melalui satu kenyataan baru-baru ini LCS pertama hanya diserahkan pada 2021. Ini disebabkan kelewatan satu bahagian dan peralatan dari Amerika Syarikat yang diperlukan oleh LCS untuk mengintergrasikan sistem berkenaan dengan keseluruhan sistem yang ada dengan LCS.
Selain itu, program 15 to 5 TLDM juga dilihat seperti tidak akan diteruskan selepas tiada perbincangan lanjut dibuat semasa pameran LIMA'19. Malah LCS bakal tidak mempunyai sistem pertahanan udara apabila kerajaan enggan meneruskab pembelian misil VL Mica sebagai langkah menentang usul Kesatuan Eropah terhadap penggunaan kelapa sawit sebagai bahan api bio.
TUDM sebelum pameran LIMA'19 dilaporkan telah meminta maklumat (RFI) dari pelbagai pengeluar jet pejuang untuk memenuhi permintaan TUDM untuk mendapatkan Light Combat Aircraft (LCA). LCA adalah jet pejuang ringan yang digunakan sebagai bantuan tambahan buat jet pejuang utama selain untuk tujuan latihan untuk bakal juruterbang jet pejuang.
Namun pada LIMA'19, tiada satu tindakan lanjut dibuat, malah kerajaan menyatakan belum masa untuk membuat pemilihan dan pembelian. Malah berita mengenai LCA terus sepi selepas tamatnya LIMA'19.
LCA penting untuk mengantikan Hawk 208/108 dan MBB339 yang sebelum ini mengalami masalah penyelanggaraan serta keselamatan sehingga berlaku kemalangan dan kehilangan nyawa.
Selain itu, status operasi MiG-29N menjadi tanda tanya apabila ia direhatkan pada 2015. Ia berpunca masalah untuk mendapatkan alat ganti serta kos baikpulih yang dikatakan mahal. Russia dilaporkan bersedia menerima 16 buah pesawat berkenaan untuk tukaran alat ganti atau penambahan Su-30MKM.
Dengan ketiadaan MiG-29N dilihat sedikit sebanyak meninggalkan kekosongan diruang udara Malaysia memberi peluang pihak tertentu untuk melakukan aktiviti provokasi dan menceroboh ruang udara Malaysia. Dilaporkan terdapat lebih 1000 pencerobohan aset tentera asing selepas MiG-29N direhatkan.
Kerajaan seharusnya menitikberatkan hal pertahanan negara seperti isu-isu lain, ini kerana Malaysia saban tahun bajet pertahanan semakin berkurangan. Ia menyebabkan kesukaran buat ATM mengekalkan keupayaan dan tahap kesiapsiagaan semakin berkurangan.
Kerajaan seharusnya melakukan satu perancangan rapi berdasarkan kemampuan dan bukannya mengunakan dana sedia ada untuk membantu perkara yang tiada kaitan dengan pertahanan.
Berdasarkan kenyataan Menhan sebelum ini, dilihat pembentangan Kertas Putih Pertahanan Negara pasti jadi tumpuan untuk melihat apa yang akan terjadi selepas itu.
Adakah pembentangan Kertas Putih Pertahanan Negara akan mengikut jejak program untuk pertahanan yang sebelum ini dirancang namun gagal sebelum dilaksanakan?
Kertas Putih adakah hanya akan jadi kertas putih sahaja tanpa sebarang tulisan didalamnya??????
sumber : petikan dari facebook Malaysia Defence Review
ReplyDeletemenang berapapun di bayar
ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
WA : +85587781483
Sedih dan kecewa dgn kerajaan malaysia ..ambil contoh dgn negara jiran kita aset² tentera mereka makin bertambah dan moden kita bila lg..
ReplyDelete