Helikopter MI-17V5 Russia |
TUN M membuat kenyataan beliau berminat dengan tawaran Russia untuk menjual Helikopter Utili MI-17 bagi program pengantian Helicopter Nuri yang dah berkhidmat lebih 50 tahun dalam TUDM.
Tawaran Russia ini nampak menarik perhatian TUN M berikutan prestasi Helikopter MI17 yang berkhidmat di bawah Unit Udara Bomba dan Penyelamat.
Pada masa yang sama, pengeluar helikopter mengemukakan tawaran 8buah Ansat Mi-8/17 dan Ka-32A11BC untuk sektor Awam.
Buat masa ini, MMP tidak ambil maklum versi apa yang ditawarkan oleh Russian Helicopters kepada Malaysia. Setakat ini nak yang terbaik pun MMP merasakan MI-17V5 adalah Versi Eksport yang terbaik boleh ditawarkan kepada Malaysia.
Ada jugak versi Mi17 V7 tetapi ianya khusus kepada PLA China dan kemungkinan ada Versi terbaru mungkin diperkenalkan kepada Malaysia.
Mi17V5 adalah Helikopter Mi17 generasi baru dan ia kini digunapakai oleh Tentera Udara India sebanyak 80 buah dan US sendiri juga membeli beberapa MI17V5 untuk kegunaan pasukan Tentera Afganistan ANA.
Ciri Helikopter MI17V5 yang MMP boleh kupas adalah seperti di bawah:
Ruang dan Bebanan
Ruang lantai kabin helicopter MI17V5 adalah 12.5m2 dan ruang efektif untuk beroperasi 23m3. Standard port side door dan ramp pada bahagian belakang memudahkan operasi troop dan kargo.
Helikopter ini juga boleh disertakan dengan extended starboard sliding door,rappelling dan peralatan paying terjun, Searchlight, sistem FLIR dan Sistem Emergency Flotation.
Maksimum Takeoff pesawat merangkumi berat 13 Tan dimana ia boleh mengangkut 36 Askar di dalam pesawat atau 4500kg bebanan pada sling.
Kokpit dan Avionik
Sistem Kokpit MI17V5 terdiri dari variasi glass kokpit yang diintegrasi kan dengan state-of-the-art avionics merangkumi 4 multifunction displays (MFDs), night-vision equipment, an on-board weather radar, dan Sistem Autopilot.
Persenjataan
MI17V5 boleh dilengkapi dengan persenjataan Shturm-V missiles, S-8 rockets, 23mm machine gun, PKT machine guns and AKM sub-machine guns.
Ketahanlasakan MI17V5
Kokpit dan peralatan kritikal di dalam MI17V5 dilindungi dengan Armor Plat. Posisi GMPG juga diletakkan dengan Armor Plat bagi memberikan perlindungan penuh kepada Juruterbang dan Gunner semasa operasi ketenteraan ini dilakukan.
Tangki Minyak Mi17V5 juga dipasang dengan foam polyurethane bagi mengelakkan ia mudah meletup. Badan helicopter juga dilengkapi dengan Engine Exhaust Infrared (IR) suppressors, Flare dan Jammer (bukan Big Gun bongok Doktor).
Enjin
Enjin Mi-17V-5 diintegrasikan dengan pengunaan Klimov TV3-117VM atau VK-2500 turbo-shaft engine. The TV3-117VM yang menjana kuasa sebanyak 2100HP dan VK2500 sekitar 2,700hp.Versi Enjin VK-2500 adalah versi termaju dari siri enjin V3-117VM. Enjin VK2500 ini dilengkapi dengan sistem full-authority digital control (FADEC).
The Mi-17V-5 mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 250km/h dan jarak operasi helicopter ini dalam lingkungan 580Km dan mampu terbang pada ketinggian 6000meter.
IkanJerungHantu, MMP
sumber : petikan dari facebook MMP
Minta pencerahan - "bukan Big Gun bongok Doktor". Publik berhak tahu cerita ini, alang2 telah pengarang sebut di sini. Terima kasih. Wassalam.
ReplyDeleteJangan dibuat upgrading lagi ke atas S61 Sea King tu. Cukup tempuh beberapa tahun lagi decommission kan pesawat2 berkenaan. Beli baru yg seperti di atas. Malaysia kaya. Amin. Kasihan anggota kita meperjudi nyawa untuk ugama bangsa dan negara.
ReplyDelete