Pages

Tuesday, October 29, 2019

KOREA MASIH BERMINAT TAWAR LCA FA-50 PADA MALAYSIA

RMAF menguji pesawat KAI FA-50 di ADEX 2019
Korea Aerospace Industries (KAI) masih berminat menawarkan jet pejuang ringan dan latihan lanjutan FA-50/T-50 kepada Malaysia untuk kegunaan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) untuk Program Pesawat Tempur Ringan (LCA).

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) baru-baru ini menjalankan ujian penerbangan ke atas KAI FA-50 Fighting Eagle yang dibuat oleh Korea Selatan sebagai sebahagian daripada program Light Combat Aircraft (LCA).

Ujian penerbangan itu dijalankan di latar belakang Pameran Aeroangkasa dan Pertahanan (ADEX 2019) yang diadakan di Seoul di mana Ketua atau Tentera Udara dan Komander Wilayah Udara Pertama telah membuat lawatan ke Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) Sayap Pejuang ke-8 di Wonju.

TUDM dilaporkan mahu mendapatkan 24 buah jet pejuang ringan dan 12 buah pesawat latihan lanjutan dari Program LCA sekaligus menamatkan perkhidmatan Hawk108/208 dan MBB339.yang sebelum ini pernah mengalami kemalangan sehingga kehilangan nyawa juruterbang dan pegawai latihan lanjutan.

KAI juga dilaporkan sedang dalam proses membangunkan varian terbaharu FA-50 iaitu FA-50 Block 20.

Varian terbaharu FA-50 membolehkan pesawat mengisi bahan api diudara dengan terdapatnya probe pengisian bahan api. Sekaligus meningkatkan masa operasi penerbangan terutama untuk rondaan udara.

FA-50 terbaharu juga bakal menerima pod sasaran terbaharu iaitu SNIPER keluaran Lockheed Martin dari Amerika Syarikat. Ia membolehkan pesawat mengugurkan bom panduan laser dan mencapai sasaran lebih tepat.

Selain itu, varian FA-50 terbaharu juga bakal mengunakan radar AESA yang akan dibangunkan oleh KAI. Pengunaan radar AESA dijangka akan digunakan oleh penguna eksport sahaja.

Radar AESA membolehkan pesawat mengesan sasaran lebih baik dan jarak dan jauh. Selain itu, ia membolehkan FA-50 melancarkan misil " beyond visual range" (BVR).

KAI FA-50/ T-50
Selain Malaysia, KAI menyatakan terdapat beberapa negara berpontensi mendapatkan FA-50 terbaharu antaranya Argentina, Bostwana, Indonesia dan Filipina.

Argentina dan Bostwana dilaporkan mahu mengantikan jet pejuang A-4AR dan F-5E/F. Dilaporkan proses perbincangan masih berlangsung antara kerajaan dan kerajaan melibatkan sumber kewangan cara pembayaran.

Manakala Indonesia, mahu mendapatkan FA-50 bagi mengantikan F-5E/F yang ditamatkan perkidmatan tanpa pengganti. Sebelum itu, Indonesia mahu mendapatkan Su-35 dari Russia bagi menggantikan F-5E/F, namun tidak berjaya dan mengalami masalah.

Filipina yang telah mendapatkan 12 buah FA-50 dikatakan mahu menambah lagi 12 buah FA-50 untuk kegunaan Tentera Udara Filipina.

Filipina dilaporkan berpuas hati dengan keupayaan FA-50 yang telah terlibat dalam pertempuran Marawi di Selatan Filipina. Terdapat laporan Filipina mahu menaiktaraf FA-50 sedia ada ketahap FA-50 Block 20.

Walaubagaimanapun, perolehan LCA dijangka perlu menunggu sehingga pembentangan Kertas Putih Pertahanan Negara dan Rancangan Malaysia Ke-12.

Namun perolehan LCA penting bagi TUDM mengurangkan beban jet pejuang utama Su-30MKM dan F/A-18D Hornet serta persedian juruterbang TUDM untuk mengendalikan Jet Pejuang Generasi ke-5.

-Sumber : Malaysia Defence Review-


1 comment:


  1. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    ReplyDelete