Pesawat pejuang SU-35 dari Russia |
"Ada tawaran dan kami menilainya, tidak ada perkara seperti 'kami membeli esok' dalam perkara-perkara seperti itu. Aspek kewangan dan strategik tawaran itu akan diperiksa, tidak ada keputusan segera," Demir memberitahu penyiar NTV.
Demir juga menyatakan bahawa tidak tepat jika dikatakan 'era F-35 ditutup, era Su-35 bermula,' akan tetapi tawaran itu akan tetap dinilai.
Terdapat beberapa laporan baru-baru ini mengatakan bahawa pegawai Turki dan Rusia membincangkan butir-butir jualan sebanyak 36 pesawat tempur Su-35 ke Turki, selepas dua bulan lebih, lawatan Presiden Recep Tayyip Erdoğan ke pertunjukan Penerbangan dan Angkasa Antarabangsa (MAKS) yang diadakan di luar Moscow.
Laporan baru-baru ini juga mendakwa bahawa para pegawai juga membincangkan kemungkinan penglibatan Turki dalam pengeluaran beberapa komponen jet pejuang, termasuk senjata berketepatan tinggi dan peluru.
Lawatan Erdoğan ke MAKS-2019 pada 27 Ogos lalu ,beliau ditunjukkan dengan pesawat tempur stealth generasi terbaru Rusia, Su-57, jet pejuang Su-35, helikopter tentera Ka-52 dan helikopter pengangkutan Mi-38.
Sekiranya perkara ini di muktamadkan, perjanjian itu akan menjadi pembelian kedua terbesar sistem senjata dari Moscow oleh Ankara selepas pembelian dua batteri sistem pertahanan udara S400.
Pembelian sistem persenjataan S400 dari Russia telah menyebabkan berlakunya ketegangan hubungan antara Washington dan Ankara.
Sebagai tindak balas U.S telah menggantung Turki dari menyertai program pesawat pejuang stealth F-35 serta menyekat penghantaran pesawat pejuang tersebut yang telah dibeli oleh Turki.
sumber : Daily Sabah
No comments:
Post a Comment