Pages

Monday, November 2, 2020

LMS KE-3 TLDM SIAP UNTUK JALANI UJIAN DILAUT

LMS ke 3 telah siap  dan sedia menjalani ujian penerimaan di laut

KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Littoral Mission Ship (LMS) ketiga iaitu kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menjalani fasa Ujian Penerimaan di pelabuhan setelah selesai fasa Pembinaan dan diturunkan ke air di limbungan Wuchang Ship Building Industry Group Ltd (WSIG) di Wuhan, China pada 28 Okt lepas. 

Cawangan Komunikasi Strategik Markas TLDM dalam kenyataan memaklumkan kapal itu bakal menjalani beberapa siri Ujian Penerimaan di pelabuhan dan seterusnya Ujian Penerimaan di laut sebelum diserahkan kepada TLDM pada penghujung September 2021. 

"Kapal LMS Ketiga ini bakal menyertai Skuadron LMS Ke-11 bersama KD KERIS (LMS Pertama) dan SUNDANG (LMS Kedua), dan sebuah lagi kapal (LMS Keempat) dijangka akan dilancarkan pada November 2020.

"Bakal Warga Kapal (BWK) LMS Ketiga dijangka akan diatur gerak ke China bagi menjalani latihan penyesuaian pada Mei 2021 di China,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan upacara rasmi penamaan LMS Ketiga ditangguhkan dan akan dilaksanakan serentak dengan upacara penyerahan fizikal kapal itu yang dijadualkan pada September 2021 disebabkan penularan COVID-19.

Sehubungan itu, bagi penyerahan SUNDANG (LMS Kedua) yang dijadualkan pada 12 April 2020 turut terjejas susulan pandemik COVID-19 dan akan diserahkan kepada kerajaan apabila BWK SUNDANG selesai menjalani latihan penyesuaian yang tertangguh di China.


Perolehan kapal-kapal LMS dilaksanakan di bawah Kontrak Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB).

Perjanjian telah dimeterai pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama pihak China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC), China.

LMS merupakan salah satu daripada lima kelas kapal di dalam Program Transformasi Armada 15 to 5.

LMS berkemampuan melaksanakan tugas rondaan, pengawasan maritim, mencari dan menyelamat (SAR) di samping menguatkuasakan undang-undang maritim Malaysia.


Sumber : Bernama & suaramerdeka.com


1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete