Pages

Thursday, March 18, 2021

FUNGSI PESAWAT CL-415 MILIK APMM

Pesawat Bombardier CL-415 milik APMM : foto dari Airliners.net

Sebut sahaja pesawat CL-415 milik APMM, sudah pastinya terbayang gambaran di kepala, pesawat tersebut sedang memadamkan kebakaran dari udara. 

Ya, itulah imej yang seringkali dipaparkan di media massa tentang keupayaan pesawat ini. Lantas masyarakat membina  persepsi bahawa itulah fungsi utama pesawat CL-415 APMM. 

Malah APMM sendiri kelihatan tidak berusaha untuk menerangkan fungsi sebenar pesawat keluaran firma Bombardier dari Kanada ini.

Jadi jika tiada misi memadamkan kebakaran, adakah pesawat hanya bersantai di stesen udara APMM? Jawapanya tentulah sama sekali tidak. Jadi apa fungsi utama pesawat CL415 APMM ini? 

Ramai yang tidak mengetahui bahawa fungsi utama pesawat CL-415 APMM adalah melakukan misi rondaan untuk memantau keadaan serta keselamatan kawasan martitim negara. 

Dengan ertikata lain ia memikul tanggungjawab untuk melakukan misi rondaan maritim. APMM mengoperasikan dua buah pesawat CL-415MP dimana ia sebenarnya adalah merupakan varian pesawat rondaan maritim bagi CL-415. 

Untuk tujuan itu, pesawat CL-415MP APMM dilengkapi dengan kepala penderia elektro-optik SeaFLIR 2 lengkap dengan kamera video dan kamera infra merah yang membolehkannya menangkap gambar dan video dalam kepekatan malam. Berbeza dengan pesawat maritim yang lain, kepala penderia elektro-optik pesawat tidak dipasang di bawah muncung pesawat  sebaliknya ia ditempatkan di bawah sayap kiri pesawat. 

Disamping itu ia turut dilengkapi dengan dua radar maritim pandang sisi atau Side Looking Airborne Radar jenis MSS-6000 untuk pemantauan jarak jauh lengkap dengan sistem AIS. Kesemua penderia dan aset sistem dikawal oleh seorang operator misi menerusi konsol kawalan. Untuk misi rondaan maritim, pesawat lazimnya membawa 4 orang krew.  

Jadi, pesawat CL-415MP APMM mempunyai tiga fungsi utama iaitu rondaan maritim, SAR dan memadamkan kebakaran.

Sumber : Malaysia Military Power

1 comment:

  1. Sebenar nya utk merawat pesawat amfibi tidak lah murah.....ada alternatif lain yg jugak bole melakukan kerja kerja yg d lakukan pesawat tersebut.helikopter jenis sederhana jugak bole d jadikan pemadam api...pengawasan maritim dengan radar yg bersesuaian d pasang d bawah atau samping badan heli tersebut.m7ngkin heli Z-18 ada potensi...

    ReplyDelete