Pages

Wednesday, April 14, 2021

LCA TUDM....KAI FA-50 ATAU JF-17 THUNDER???

FA-50 buatan Korea Selatan

Portal media Korea times telah melaporkan FA-50 buatan Korea Selatan dan JF-17 thunder buatan Pakistan-China sedang bersaing hebat sebagai finalis dalam program Light Combat Aircraft (LCA) TUDM.

Kalau betul sumber ni maka pesawat LCA yang lain dah terkeluar dari senarai TUDM sedangkan sebelum ini heboh di portal media maya yang mengatakan TUDM akan menguji Tejas (samosa) dari India.

Menurut portal tu lagi JF-17 dikatakan memenuhi kriteria TUDM sebagai calon LCA kerana mempunyai kemampuan  persenjataan jarak sederhana yang tidak dimiliki FA-50. 

JF-17 block III dilengkapi dengan radar AESA KLJ-7A, helmet-mounted targeting system, advanced tergeting pod, data link dan mampu melancarkan persenjataan BVR.

Peluru berpandu China PL-12 (SD-10 versi eksport) merupakan misil BVR udara ke udara telah digunakan pada JF-17. Misil ini dikatakan setanding dengan misil AIM-120 AMRAMM buatan USA dan R-77 Vympel dari Russia.

JF-17 Thunder 

Selain itu JF-17 berjaya mengintegrasikan ASELPOD Electro Optical Targeting System keluaran Aselsan Turki untuk pesawat pejuang. Sistem yang sama dipasang pada F-16 dan F-4 tentera udara Turki.

Maximum payload yang boleh dibawa oleh pesawat pejuang JF-17 Thunder ini adalah kira-kira 3,700kg, manakala kelajuan  maksimum pesawat adalah 1,900km/h dengan pesawat boleh terbang sejauh 2,300km tanpa menggunakan in-flight refuelling.

Pesawat pejuang ringan FA-50 adalah varian daripada pesawat T-50 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI). 

Varian upgrade yang dikenali FA-50 Block 10 berjaya mempertingkatkan keupayaan serangan udara ke darat dan pemasangan Lockheed Martin AN/AAQ-33 Sniper targeting pod membolehkan pesawat untuk self-designate and guna peluru berpandu laser.

Dengan kelajuan 1837.5km/h (mach 1.5) dan maximum payload 4,500kg, sistem persenjataan yang dibawa lebih banyak dari JF-17.

KAI masih lagi menguji dan mengkaji upgrade  FA-50 block 10 ke block 20 yang mana boleh diintegrasikan dengan sistem BVR (Beyond Visual Range) , pemasangan misil AIM-120 AMRAAM dan misil jarak jauh Meteor.

Jika dilihat dari segi persenjataan dan harga setakat ini, kelebihan mungkin memihak pada JF-17 Thunder, namun faktor lain perlu diambil kira seperti kemudahan logistik, latihan, geopolitik dan sebagainya.

Jika berita ini sahih lagi benar. TUDM telah melakukan yang terbaik dalam pemilihan mereka dan kita tunggulah keputusan kerajaan untuk merialisasikan impian LCA negara.

sumber : MASS

1 comment:

  1. JF17 pon tak apa...yg penting pemerintah comited utk memasang peralatan avionic dan alatan lain sama ada dari turki atau eropa..tpi masalah timbul dgn engin dari rusia...ia memerlukan reparasibdan selenggaran yg cukup mahal...

    ReplyDelete